Saturday, December 28, 2013

Suka hati aku boleh?

Macam tak tau nak letak title entry apa.. dayah cuma nak abadikan gambar kenangan nih kat sini..

Biarlah takde saper nak tengok pun..

Takpe..

Yang penting ia kenangan manis dayah..

:)

Friday, December 27, 2013

semalam



Dayah nak cerita hal semalam...

Malas sangat nak menaip nak mengarang.. tapi ada masa terluang.. nak membelek online shop..dah tak terlarat dah otak dayah ni nak fikir pasal hal yang berat dan serius.. blogwalking pun tak larat nak mengomen... last last belek handphone.. tengok gambar gambar yang ada.. ternampak gambar makan tengahari semalam..

Semalam lunch kat pizza hut..
Baru nak mencuba pizza baru tu.. yang seafood dengan cheese.. dah lama nak try.. selalu dayah pi pizza hut berdua je dengan hakim.. semalam suami dayah ada.. akhirnya ada peluang jugak merasa pizza itu.. kalau makan pizza nih dayah bukan kisah sangat pizza tu.. dayah kisahkan cheese nye je  yang sebenarnya.. haha.. hanya pencinta cheese saja yang faham okeh..hikhik..
Semalam makan kat warta bangi.. wwooohhh kompleks warta dah tukar nama tapi dayah tak ingat apa.. walau macam mana pun orang lama tetap la sebut warta... hehe.. kat sebelah luar banggunan ada jual macam macam makanan jugak.. dayah ternampak ada durian crepe.. mak aiiii.. macam dah lama tak makan kan... selain pencinta cheese.. dayah pencinta durian jugak... haaaa.. yang sedap sedap semua dayah cinta kan.. yang menggemukkan... hihi.. bayangkan... semalam pizza hut bau durian.. haha.. lepas nih mesti kat pintu pizza hut akan tampal note 'tak boleh bawak masuk makanan luar' Hahah..


Haaaaa... tu dia orang perak junior...
Hakim tak makan durian negeri lain.. hihi.. dia cuma makan durian negeri perak je.. betul nih.. kalau durian negeri lain macam tak sesuai dengan dia.. sejak dia kecik lagi.. dayah tak tau la apasal.. tapi sebab yang untung dayah..maka dayah biarkan je.. haha.. dayah kalau dengan durian negeri mana pun boleh... asal sedap je dayah balun.. tapi kalau dayah nak bagi hakim makan durian.. dayah cakap je la kat hakim yang tu durian perak.. senang.. kadang dia tanya jugak.. mana ibu dia nih tahu durian tu dari negeri mana ... dayah selalu bagi jawapan selamat.. 'ibu tengok warna durian tu kuning.. ibu rasa durian perak la.. kalau salah..hakim maafkan la ibu ye' haaaaaaa gitu lah...


Masa nih suami dayah pi bank..
Kitorang habiskan durian crepe cepat cepat.. sebab suami dayah tak berapa suka durian crepe...katanya mengarut makan macam tu..campur buah dengan krim.. hihi.. maka cepat cepat kitorang habiskan durian crepe dan pura pura hirup soup.... sslluurrpppp..sedap...

Nampak chicken wing...alamak aiii..diri sendiri pulak terliur.. ngeng betul..hihi..

Saja dayah request chicken wing.. rasa macam dah lama tak makan chicken wing pizza hut.. rasa dia tetap lah sama.. macam tu jugak sedapnya... tapi dayah perasan kat menu ada set baru.. ada chicken wing yang pedas.. tapi bagi dayah yang oldskool nih... tak reti lah nak mencuba benda benda baru nih.. sesekali boleh la.. dah tahu chicken wing original sedap... takde la dayah nak tukar tukar lain dah.. :)


Tu dia.... large lagi yang suami dayah order..

ni lah gambar last yang dayah ambil kat pizza hut semalam.. lepas simpan handphone dalam bag.. mula makan...makan..makan... sembang...makan...makan... iyo.. banyak makan daripada sembang... menikmati ... gitu..

Malas la dayah nak cerita details.. macam mana sedapnya pizza itu.. macam mana lazatnya cheese itu...macam mana rangupnya udang itu... dayah malas nak cerita.. cukup lah dayah tepek gambar... menengok gambar sendiri pun air liur rasa nak menitik tik tik tik... huiiiiii... macam nak repeat lagi pulak rasa.. tapi tak baik tamak kan.. dah pernah rasa tu cukuplah... lebih baik kalau ada duit lebih.. kita sedekah sikit pada yang memerlukan.. duit makan kat pizza tu walaupun cuma lima enam puluh ringgit.. jumlah tu dah banyak dah untuk mereka yang memerlukan.. kongsi rezeki.. insyaAllah akan ada lagi bahagian kita kan... #notetoself

Lepas makan...terus gi ukm..
Suami dayah ada mesyuarat silat kat sana...
Kitorang ni taknak ikut........ tapi sebab dah alang alang keluar sekali... haaa jom la kita ke ukm.. join meeting...

Dayah dok lepak sini tak sampai sepuluh minit kot...
Bosan...dah tak berapa minat silat la kebelakangan nih..

Dok camwhore dengan hakim...


Lebih kurang la sepuluh minit..
Customer dayah call bagitau dia dah ready nak jumpa..
Haaaa...ada customer nak ambik skirt by hand..janji nak jumpa kat pkns bangi... laju laju dayah tarik hakim ikut dayah..

Sebab dayah plan lepas bagi skirt kat customet.. dayah nak carik beg sekolah agama untuk hakim...kalau boleh nak carik baju sekolah..kasut sekolah semua..

Memandangkan suami dayah ada meeting..
Kitorang pergi berdua je lah..
Together gether anak dan ibu nih berjalan..
Gigih nak carik baju sekolah la konon..

Macam tak percaya.. tahun lepas dayah Iagi dok sebok sediakan kelengkapan dan peralatan sekolah darjah satu.. tahun ni dah nak naik darjah dua dah anak dayah..
Hikhik..

To be continue...

Byenye

Tuesday, December 24, 2013

sampai hati bini aku...

sayu betul hati aku...
selama ni aku ingat cuma aku hero gagah dimata bini aku..
rupa-rupanya...........

huh..!

meh aku ceritakan satu satu...

la nih bini aku tengah dok polish casing handphone dia..
dengan penuh kasih sayang dia lap..dia belek.. dia usap..
aku pun sejuk hati je tengok..
yelah..
harta harta tu pun aku yang beli..
mestilah aku senang hati bila tengok bini aku jaga , usap dan belai harta dunia tu kan..
terasa lah dia hargai apa yang aku bagi..


ini antara casing handphone yang bini aku sayang sangat sangat..
campur yang dia tengah pakai...dia ada tiga casing handphone hello kitty..
semua aku yang belikan untuk dia..
nak harap dia beli sendiri...? memang tak lah..
bini aku tu kang casing kosong sepuluh ringgit pun dia kata mahal..
baik beli makanan... itulah ayat feveret dia..
mana tak gemok kan bini aku tu kan...
makan je dia ingat.. haha..
dua casing nih pun bini aku sayang jugak...
pun aku yang belikan..
aku tau taste bini aku..
polkadot dan vintage..
dua dua nih aku beli untuk dia  masa nak dekat raya hari tu..
satu aku belikan masa outstation ke penang..
satu lagi aku belikan masa tunggu dia dok fitting baju..
berjam-jam... aku nak tengok dia tukar baju dalam fitting room tu dia tak bagi..
haaaa... sudahnya aku jengah kedai handphone..
sebab hati asyik teringat bini sendiri yang sedang tukar baju..
tapi tak dapat tengok... haha.. tu la tangan tercapai casing untuk dia..
dengan harapan masa beli tu... kalau tak dapat tengok tukar baju kat situ..
dapat tengok malam kang kat umah..jadiklah.. kahkah..
niat belikan casing beserta sesuatu ... keji tak keji...
yang nih aku beli khas untuk dia tanda minta maaf sebab lupa birthday dia..
haha..ini memang giler kan... lupa birthday bini sendiri...
kesian bini aku..
kesian lagi kat aku...
nkorang tak tau betapa senangnya aku nak pujuk bini aku tu...
haha..
takpe..
gentle okey..dah lupa tu..mengaku dan minta maaf. senang cerita..
yang nih paling baru...
last month...
jalan jalan dating kat mines..
bini aku pegang pegang casing blink blink nih..
ok..
sebagai suami yang hensem...aku belikan la untuk dia satu..
takpe......memang tanggungjawab suami carik duit untuk isteri kan..

tu lah aku kata...
senang hati aku tengok bini aku belek belek casing dia satu satu..
dengan penuh kasih sayang lagi..
sekali aku terperasan..
dia belai belai satu lagi casing...hitam...
eh..?!
bila masa aku belikan dia casing warna hitam...
aaahhhh...nih yang tak boleh jadik nih...!
amboi...!
spiderman hoi...!

super hero kurus kering dan blur blur nih yang bini aku minat..?
tak cukup tough hensem macho bergaya ke aku sebagai hero dia hah..?!

spiderman..

aku musykil la ni... mana bini aku dapat casing nih..
aku tahu dia jenis tak beli barang barang macam nih..
dia keluar dengan siapa beli benda nih..

haaa....mula la aku usha bini aku baik baik..
takde pulak tanda tanda isteri curang kat muka dia..

habis..saper yang bagiiiiiiii casing tu..?
mana bini aku dapat casing tu..?

tengah jantung aku berdegup kencang..
tengah dada aku bergelora..

tetiba anak aku datang dekat..
capai casing spiderman tu..
dan berkata..

"ayah.....cantik tak hadiah hari jadi hakim bagi kat ibu..? haaaa...ayah kan bagi hadiah baju henfon..hakim pun nak bagi jugak hadiah baju henfon...tapi bezanya ayah lupa harijadi ibu..hakim tak lupa..."

okey anak okey....
rupanya anak aku yang bagi kat bini aku casing tu...
tapi..
perlu ke dia dok ulang ayah dia nih lupa birthday ibu dia..?
perlu ke...?

dia saja la tu kan nak menyakat aku...
dapat point nak menyakat bapak... bukan main lagi...

ppiiiaaappp..
aku cubit sikit..
haha..
padan muka dia...!
puas hati aku...

kahkah..

anak aku.............sukati aku la...
nkorang tengok la kan..
bukan main lagi diorang bergambar tanpa aku..
anak aku ni kan..
over bukan main lagi...
dia tak tau ke yang dia sendeng sendeng tu bini orang...!
huh..!
 nasib baik la aku sayang....

Thursday, December 19, 2013

makan makan dengan blogger

KLCC , antara tempat menarik di Kuala Lumpur.

tapi apa yang aku nak cerita nih takde kena mengena dengan KLCC pun..
haha.. bini aku nih yang suka sangat dengan KLCC..
senibina bercirikan islam .. antara sebab kenapa bini aku suka KLCC ..
biarlah dia suka kat KLCC .. daripada dia suka kat warga asing yang kerap melepak di KLCC 
kebelakangan ini kan.. kan.. kan.. aku memang berterima kasih sangat kat warga asing yang membanjiri
KLCC nih.. sebab diorang lah bini aku dah jarang mengajak aku kesana.. haha..

berhampiran dengan KLCC nih ada sebuah restoran yang sangat cantik hiasan dalamannya..

jangan ditanya la tarikh bila...memang aku tak ingat la..
aku kan lelaki hensem yang makin tua... dalam ingatan aku nih asyik dok ingat sempat tak berbini dua..
jadik tak dapat la aku nak ingat tarikh tarikh nih bagai hai..

nama tempat pun aku tak ingat sebenarnya.. tapi dah ada gambar tisu nih.. aku ingat la..

aku dok belek gambar yang ada dalam handphone bini aku sebenarnya...
aku kan suami kuat cemburu , wajib la belek handphone isteri kan.. bila tengok gambar gambar yang ada nih...aku teringat la... aku belum lagi abadikan kenangan makan makan malam itu..

malam tu aku pi makan dengan bini aku kat Flora Terrace @ Hampshire Place.

sampai sekarang aku masih tak faham kenapa bini aku suka upload gambar kat instagram dia yang takde follower tu tau... haha.. kesian dia takde follower wooo.. instagram aku dah seribu lebih dah follower..
Alhamdulillah aku ada peminat..kahkahkah..

instagram bini aku
instagram aku

pada malam yang berbahagia tu aku dengan bini aku together-gether pi makan kat tengah KL okey..
tapi suasana dia macam kat restoran lima bintang yang jauh dari hiruk pikuk kotaraya... dekorasi bebetul cantik... tapi aku tak mampu nak letak gambar dekorasi yang cantik tu untuk tatapan nkorang.. baik aku yang hensem atau bini aku yang tak berapa nak jelita nih...dua dua tak teringat nak ambil gambar dekorasi restoran tu.. sampai sampai je makanan dah terhidang... perut memang tengah lapar kan... jadik tak toleh kiri kanan dah lah... aku terus senduk nasi untuk bini aku..

nasi goreng flora..satu senduk cukup...
dah gemuk kan... malam pulak tu... tak payah makan banyak banyak.. haha..

lagipun sebelum makan nasi.. dah makan spring roll yang sedap... aku makan setengah kali lima.. haha..
sikit je kan.. setengah kali lima.. bini aku dapat setengah je.. tak boleh banyak.. dah gemuk.. tu pun sebab flora spring roll tu sedap..aku bagi la bini aku setengah.. bagi dia rasa.. nanti kalau aku tak bagi dia rasa dia kata aku tipu pulak kan... bagi dia rasa setengah je..biar dia teringat-ingat betapa sedapnya spring roll tu.. haaa.. nkorang tak payah nak kesian kesian kat bini aku ye... kurang kurang bini aku dapat jugak rasa setengah.. nkorang ada ke rasa...? kahkah.. takde kan.. lagi kesian...

haaa... sebelum rasa nak start kereta serbu Flora Terrace @ Hampshire Place tu.. baca entry aku sampai habis dulu yer.. penat aku menaip nih..
daging masak hitam , udang sambal dan chicken masala.

dia punya sedap...........
sampai aku lupa bini aku depan mata..boleh?

memang aku tak pandang kiri kanan dah..
macam berada dalam dunia sendiri bila mengunyah tu..
perasaan aman damai..
jiwa tenang..
menikmati kunyahan setiap kali aku suap makanan dalam mulut aku..
sambil mengunyah sambil tak lupa jugak control hensem dan perut boroi aku..

cam cantik je.. cam cantik je..
tudung tu lah.. bukan bini aku..
bini aku dah tua..dah tak cantik okey..
tengok la bini aku nih kan..
orang kata makan sikit cukup.. dah gemuk..
degil... dia tarik dekat dekat  semangkuk chicken masala tu dekat pinggan dia.. hhnnnssss..
tu lah lauk ayam.. apasal sedap haaa... kan bini aku dah banyak makan.. issyyy...

ok..
ini memang highly rekomen okey..
daging masak hitam nih memang sedap giler..
walaupun rupa dia hitam.. tapi dia sedap wwooo..
macam bini aku la.. hitam dan menyelerakan...
eh.. macam takde kena mengena je kan..
tak jadik pulak punchline aku nak buat lawak kan..
tapi betul lah..
apasal taste aku nih yang hitam hitam je kan..
daging masak hitam
bini aku hitam..
isy..tak boleh jadik..
buat la muka pasrah dan redha kat situ yer..
habis semangkuk daging masak hitam tu aku pulun..
haha..
aku gemuk takpe.. hensem..
bini aku gemuk..tak boleh... tak lawa..
untung kan bini aku dapat laki hensem kan..
blue lagoon dan lily kiss .. air nih dua dua aku balun..
bini aku kan kampung... mana dia reti minum air kaler kaler macam nih..
kahkah..
chocolate fondant.
aku malas nak cerita la betapa sedapnya makanan nih..
selain bini aku.. chocolate fondant ini antara nikmat dunia yang aku tak nak lupakan lah..!
hoi..sedap tau tak..!
ok...
aku kalau malam jumaat memang aku pilih bini aku la kan.. *demi pahala lebih :P
tapi malam malam lain aku lebih rela ngadap chocolate fondant tu dulu..haha..
kalau dapat sambil layan tv... memang pergghhh la...
sedap..!

kesimpulannya...

berbaloi datang tengah kota raya kuala lumpur untuk menikmati makan malam yang istimewa dengan si dia.

tempat cantik macam tu memang sesuai sangat untuk berdating..
dari makanan sampai minuman membawak ke servis restoran..
semua tip top..

terbaik..!
kitorang memang nak datang lagi...
nkorang tak nak ke..?

sila belek belek facebook flora terrace untuk sebarang pertanyaan ye..


yang baju kuning tu..nama dia ieda..
aku tak tahu la kenapa dia begitu gembira..
sebab dia sorang je yang angkat tangan kan..
kahkah..
kalau nkorang ada rasa ingin tahu kenapa dia dok angkat tangan lagu tu..
nkorang mungkin boleh baca kat sini
aku baru lepas baca tadi..
sebab tu aku ingat nama makanan tu seketul seketul..
kalau tak jangan harap la aku nak ingat..
birthday bini sendiri pun lupa..opps..!

ok..
lagi satu yang aku syok tengok malam tu..
couple couple suami isteri yang ada semua sporting sporting dan romantik romantik..
tak kisah pun nak bergambar berpegang tangan atau berpeluk bahu dengan suami isteri masing masing..
ada jugak couple husband and wife yang aku tak sempat nak kenal..
bila tengok gambar ramai ramai nih..
baru perasan... kan..?

kepada yang belum belum kawen tu..
contohi blogger blogger suami isteri yang ramai ramai nih ye..
belum jadik muhrim...tak payah nak peluk peluk tau..
dah halal.. haaa...silakan...

bukan apa..
zaman sekarang nih anak gadis bertudung litup je lebih..
tapi perangai.............. eh...eh..

aku nak cerita pasal makan makan je tadi kan....
;)

terima kash yaya dan suami.

Tuesday, December 17, 2013

Punca utama tiada air

Semalam dayah terbaca kat internet dan terdengar berita yang mulai 17 disember 2013.. beberapa kawasan sekitar kuala lumpur dan lembah klang tiada air berikutan kerja kerja pembinaan mrt. Yang paling tak boleh dayah lupa bila dengar tiada bantuan air tambahan yang disediakan..

Macam tak percaya je..
Macam hairan je..

Yelah..tanpa rasa bersalah je pihak berkenaan kata tiada bantuan air sedangkan semua orang pun tahu betapa pentingnya air dalam kehidupan seharian kita nih kan..

Entah apa yang patut dibuat.. bukan mudah nak jimatkan air tambah tambah jika ahli keluarga ramai. Tips jimat air walaupun di google tetap takkan sama dengan realiti hidup satu satu keluarga.. walaubagaimanapun cara jimat penggunaan air mahupun mencari tips dan cara menyimpan air atau menakung air.. dipenghujung hari.. air yang ditakung akan tetap habis..

Yang penting.. bagaimana dengan orang tua.. warga emas.. kanak kanak.. bayi.. ibu mengandung.. dan ramai lagi nak survive tanpa air...

Mrt projek untuk rakyat..

Tapi kalau boleh jangan la sampai menggangu kehidupan rakyat..kan...?

Tuesday, December 10, 2013

Hidup berasingan

Itu yang dayah rasa sehari dua nih..

Dayah sebok dia pun sebok..

So malam nih kita berdua bersama sama beromantik romantik..

^_^

Banyak sangat sangat nak cerita..

Lama sangat sangat tak membaca cerita..

Kadang kadang lupa blog..

Kita kena dulukan apa yang penting dalam hidup kitakan..

Rindu sangat dengan blog sendiri..

:)

Dan rindu rakan blogger juga..

Okbye.

Saturday, November 30, 2013

Ini memang lawak

Tak tau la siapa yang buat kartun nih..

Tapi kartun ni buat ioll gelak menggila..

Ngahahaha..

Memula dyh tak faham..
Suami dayah je gelak sensorang..
Gelak menggila..

Dayah tanya la apa..? apa..?

Dia tunjuk la gambar tu..
Zomba tengah carik otak..

Dayah tanya la apasal dia tak makan orang tu..

Suami dayah kata sebab orang tu pakai baju FAM..

So.. dia rasa FAM takde otak la kot..
Dia jalan la..

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Kahkahkahkah kahkahkahkahkah

Kahkahkahkah kahkahkahkahkah

Letih dayah gelak..

Dahsyat betul la peminat bola sepak ni..
Kreatif betul..

Sinis..

Haha..

Lawak..

Serius ini lawak..

Mesti orang FAM sakit hati dengan lawak ni..entah la.. ioll tak minat bola.. lantaklah..

Tapi tetap lah..

Ini lawak..

Ngahahahaha..

Friday, November 29, 2013

makeover bini nkorang dengan kos minimum

kahkahkah...

aku gelak berdekah dekah dulu sebab aku tahu rupa bini aku macam mana bila tengok jer entry nih..

bini aku sekarang dah mula berniaga secara online ...

so sekarang ayat yang kerap aku dengar dari dia ialah...

nak give up.. nak give up.. nak give up... nak give up katanya...


bini aku nih memang suka dan minat dengan skirt labuh sejak dulu lagi......

tapi bila dia dah kuat makan dan jadik makin gemuk ... wakakakahkah..

memang susah lah nak jumpa skirt labuh yang cantik cantik ...

itu lah akhirnya dia decide untuk jual skirt plus size ...
selain dia boleh pakai skirt cantik ...
orang orang gemuk yang lain jugak boleh....
haha..

disebabkan bini aku punya citarasa yang tinggi ...

oh well ... nkorang tengok la pemilihan dia dalam memilih lelaki untuk jadi suami ... kan..
haha...

macam mana dia pilih lelaki hensem dan tampan gagah tak berapa seksi untuk dijadikan suami..
macam tu lah jugak pemilihan yang dia buat ketika membeli sesuatu...

tak ada skirt yang tak cantik dalam almari bini aku....

setiap kali bini aku pakai skirt labuh labuh macam nih otomatik dia jadik cantik...
sedap mata aku memandang... sedap jugak la aku nak peluk peluk kan.. ahai..!

setiap skirt tak seksi yang dia nak jual...
dia memang ambik sehelai... buat koleksi peribadi...

cemana  pendapatan dengan jualan online...?

tak banyak...

kenapa aku kata tak banyak...?

sebab bini aku jual murah...

murah gedabang gedebung...

ikut hati aku memang rasa nak marah...

mana tak rasa nak give up bila dia tak nampak untung...

katanya...................

"tak sampai hati nak jual mahal..."

tak sampai hati...
huhu..

nak aku lempang bagi kesedaran kang dia failkan penceraian di mahkamah pulak..

maka bila dia kata tak sampai hati jual mahal mahal tu..

aku pun berpura pura la kata..

"oh...baiknya hati isteri saya"

padahal dalam hati aku kan..

"aku lempang sekali nak tak?"

haha..

tapi aku suka tengok awek aku yang gemuk nih perlahan lahan pandai posing depan camera..
orang pemalu posing... memanjang muka tak nampak..


yang nih posing untuk aku...
syok je dia watsap kat aku...
syok je aku up kat sini...

sah isteri aku naik angin.. mengamok..

haha..

aku memang suka bagi isteri naik angin.. suka bagi dia mengamok...

biar dia cepat nampak tua...

nanti kalau bini muda aku tanya kenapa nak kahwin lain...

aku boleh la bagi alasan ... bini sulung aku kuat mengamok dan nampak tua..

kahkah..

eh, nkorang taknak ke make over bini nkorang...

meh beli skirt kat bini aku meh...

dia jual skirt online murah murah je...

beli la woiii..!

apa jenis kawan nkorang nih tak nak support aku nih hah..!

haha..

https://www.facebook.com/bachonlineshop

http://instagram.com/bachplussize

Thursday, November 28, 2013

Suami aku nih kan........! eeeeeeeeeeeh!

Sangat kuat menyakat.

Most of the time dayah rasa sweet..
Tapi kadang kala tu rasa sakit hati jugak hahaha..

Nak melawan kang berdosa kan..

Mengumpat dalam hati pun berdosa jugak..

Dah tu... ioll kena  belajar la sabar redha pasrah.. huhu..

Semalam dyh tweet feeling dayah..

Boleh pulak dia reply tweet tu..

Haha.. kelakar pun ada bila suami dayah ber tweet tweet nih..dayah tahu dia tak minat twitter punya apps tapi demi bini dia nih dia hadap jugak.. hikhik..

Mengetahui dan menyedari yang suami sayang isteri buat isteri dia nih rasa macam.....

....

..
.

Sakat lah suami oiii..
Sakat lah..

My fm pun boleh..

Satu malaysia kan...

Wednesday, November 27, 2013

ww : Tips blogging untuk semua

Tips nih dari blogger yang memang dah berjaya buat duit kaw kaw tau..

Dayah share dengan kawan kawan ye..

;)

Tuesday, November 26, 2013

bila anak bertanya , ibu ada duit ?

ok fine....!

mentang mentang la ibu dia nih apa pun nak bajet kan...!

suami dayah outstation...

so..dayah tanya lah hakim...... nak makan apa............

"anak nak makan apa..?"
"nak ibu masak ke makan luar je..?"

tu la dia hakim tanya..

"ibu ada duit tak..?"

wah.wah...

bertimbangrasa jugak anak ioll nih haha.. reti pulak dia tanya dulu kan..

taknak basuh pinggan la kata kan..

entah drama tv mana entah dia pernah tengok...

makan kat kedai takde duit nak bayar end up cuci pinggan berlambak lambak..


dayah cakap "ibu tinggal dua puluh ringgit je.."

hikhik..

boleh tau budak kecik nih kata...

"haaaa....jom makan kat doll tomyam ibu... kat situ cukup duit ibu tu kalau order....."

boleh tak...boleh tak...boleh tak anak ioll decide kat mana nak makan dengan bajet rm20..? boleh lah... lagipun doll tomyam nih dekat je... tak sampai sepuluh minit naik kancil dah sampai... makanan pun menepati citarasa dan selera ioll... huhu..
 

ambik gambar sementara tunggu makanan sampai...
hikhik...
hakim memang pasrah dan redha je dengan perangai ibu dia dah haha...

ada ketika dia yang offer dulu "ibu nak ambik gambar tak.. nak tak..nak tak.." gitu...
yang buat geram bila dia tanya tu sebenarnya time bateri handphone dah nak habis haha.. mana mau camwhore bagai kalau bateri handphone dah nak habis kan..kan..kan... haaaaa..... time tuuuuuuuu lah dia akan offer ibu dia baaaaanyak kali.. "nak ambik gambar tak" geram je......... dia tau dayah bersungut bateri handphone nak habis time time tu la dia nak menyakat..weihhh zaman sekarang anak anak berani menyakat ibu bapak ehh kalau dayah masa kecik dulu menyakat mak bapak dayah mahu makan penampar jepun hahaha... nasib baik mama dengan abah dayah dulu takde smartphone wakakakakahkah...

^_^

makan berdua dengan hakim kali nih takde pulak orang nak mengorat dayah
kehkehkeh *makcik tak sedar diri
tapi biasanya memang ada je tau orang mengorat dayah kalau berdua je dengan hakim..
diorang kata dayah nih kakak hakim.. haha..
*tampar diri sendiri
eh... eh...
tengok la hakim...
dia buat memek muka tu dengan sendirinya..
tak payah ibu dia suruh suruh dah... sampai je makanan dia get ready..
bukan makan..
get ready bergambar dulu..

haha...nasib la anak...
ibu yang belanja maka suka hati ibu lah hehe...

nasi goreng daging merah + telur mata
portion dia banyak so memang dayah order satu je...
kata bajet rm20 je kan.kan..kan..

share la ngan hakim..
lebih baik begitu kot..
tak cukup boleh order lagi..
kalau tak habis...
membazir dah kan..


sirap bandung dengan durian belanda...
air memang tak dapat la nak share kan... nanti pedas tak cukup air .. naya..!

kitorang makan cepat cepat..
lepas tu terus balik...

makan bila encik hitam keris emas kitorang takde memang sunyi la..
hehe..

^_^

haaiippp... kena stop mengarang nih..
bahaya.. kang terluah pulak feeling rindu dendam kat sini..

oh no...!

hikhik..

okbye....!

dayah rasa sentap lah..! serius nih..

ianya tak sepatutnya berlaku kan..
nak sentap sentap macam budak kecik...
hikhik..
tapi dah itu yang terasa kat dalam hati ioll..
nak buat cemana kan..

sebagai manusia biasa..
yang ada hati dan perasaan..
sentap tu tak dapat dielakkan..

"sentap la sensorang...apasal nak bagitahu semua orang..?"

excuse me..... suka hati i lah.. haha...


tadi dayah dok la membelek page yang dayah baru buat kelmarin..
belajar membelek ikut henpon..
lepas tu hakim datang tanya "ibu buat apa"
dayah pun explain la kat dia..

"ibu tengah belajar nak handle facebook perniagaan online ibu nih....."
sambil tunjuk henpon kat dia...

lepas tu........boleh pulak dia cakap...

"baru 41 je yang tengok perniagaan ibu...?"
"baru 41 orang...?"

"ibu ada 41 kawan je ke ibu...?"

haha.... 41 je kawan ibu....?

sedih nye ibu nih eh...?

"tak hakim... yang 41 orang nih bukan semua ibu kenal..."

"tapi dia tulis 41 la ibu..."

"memang 41 orang tu yang klik like facebook perniagaan nih... tapi kawan ibu yang like kat bawah dia...nampak nih tulis boni kacakhitam keris emas dan 14 others... haa...yang nih ibu kenal..."

"14 campur ayah campur boni kacak jadi 16 je la kawan ibu... lagi sikit...."

hu..hu..hu....

sentap okey..sentap..!

haha..

dayah nih dah la jenis kalau anak bertanya dayah akan terangkan sampai dia paham....
kalau dayah tak reti nak terangkan sesuatu...dayah tolak kat ayah dia suruh explain hikhik..

"kesian ibu.... takpe ibu... nanti ibu bukak facebook hakim tambah sorang lagi letak nama hakim kat situ yer..."

oh..oh..oh... i is terharu la dengan isi hati anak i itu hihihi...

gitulah...

persoalan si kecil meninggalkan impak yang besar dalam hidup dayah petang nih...

yelah.. i kan orang jahat... sikit je lah yang nak kawan dengan i... sobsobsob...

tapi siyes lah..

dayah ada je invite kenkawan bagi la sokongan moral kat dayah kan sila la like page dayah kan gitu tapi.......... bila orang tak popular request like macam tu la rupanya... takde makna nye perhubungan dua hala kat dalam facebook tu... ia buat dayah sedar siapa yang ada hati dan siapa yang kurang hati. towards me and our friendship la gitu...

tak kisah lah kawan kawan ku...

kalau nkorang kedekut like pun tak apa...

tapi anytime je kalau nkorang perlukan like dari dayah... roger eh...

laju laju dayah mesti klik page nkorang...sebab bukan kena bayar pun kan....

kepada 16 orang kenkawan terawal  yang sudi like page dayah...

dayah akan sentiasa ingat nkorang...

nkorang baik....

:)

terima kasih.

cabaran berniaga online hikhik...
antara nak putus asa dan nak berjaya...

dayah nak pilih tengok tv lah...

okbye..

^_^

Monday, November 25, 2013

iklan kat ben ashaari dot com

ada la satu hari dayah jenjalan kat instagram...
lepas tu dayah terperasan la kat bahagian info ben ashaari tu...
dia ada letak nombor telefon dia... hikhik...untuk pengiklanan eh..
dayah mula la kan terpikir...pikir...
 
"ben nih blogger retis.... dia main letak je nombor dia...camner kalau ada orang kacau nombor dia?walaupun untuk iklan kan.."
 
hah..?
 
macam mana...?
 
 

kan...kan...kan...
 
dayah mula pikir sensorang kan.. eehhh ben ashaari nih ... dia memang suka kot kalau ada orang watsap dia kan... haha... dayah rasa macam nak try test tengok lah... kalau dayah watsap blogger retis macam nih... diorang reply tak...?
 
nkorang ada rasa ingin tahu macam dayah tak...?
ada...?
eh..?
dasar kepochi macam dayah la kan.. hak hak hak...
 
ok..
 
meh kita watsap ben ashaari nak..?
 
 

ha ha ha...
 
nkorang rasa ben ashaari tension tak.. kah kah kah..
 
haha..haha..
 
nkorang rasa dayah bebetul watsap ben tak..
 
kehkehkeh..
 
nkorang rasa gambar diatas original ke dah edit...?
 
haha haha..
 
tekalah...tekalah...
 
*bersambung
 
 
*********************************************************************************
 
tak payah nak bersambung sangat la dayah kan..kan.kan..
 
haha..
 
actually dayah kan sedang belajar belajar meniaga secara online....
so... dayah memang mencarik tapak untuk beriklan...
 
sana sini nasihat yang dayah terima daripada orang yang dah berjaya buat duit dengan berniaga nih semua menekan kan pengiklanan tu... penting nak promosi kan barang apa yang kita jual... kalau tak promosi macam mana orang nak tahu ye dak..?
 
dayah jual skirt cantik...!
 
rugi la kalau nkorang tak nak beli ..
 
haha.. *sempat promosi sendiri tapi seriously skirt nih cantik dan tinggal sikit sangat sangat kat dayah nih....sekarang dayah dah melangkah ke bulan kedua meniaga nih dah mula ambik stok baru...
 
:)
 
banyak jugak tempat dayah tanya untuk pengiklanan nih...
 
tahu la kan dayah nih buat apa pun nak dapat approve dari suami dayah dulu kan...
bincang bincang melalui watsap je.. *suami titew outstation jauh tak suka nak mengenangkannya
 
bincang bincang melalui watsap...
 
kitorang mintak la quotation daripada abang ben...
 
ketaq gak nak tanya..
yelah... blog berprofile tinggi kan...
 
Alhamdulillah... everything goes well.
 
tak sangka sebenarnya senang sangat nak berkerjasama dengan ben ashaari nih...
 
I learned something.. don`t judge people before you get a chance to know them.. hehe...
nak buat cemana kan... makcik makcik macam dayah memang cepat jump to conclusion je..
malas nak piker banyak hahaha..
 
semoga dayah kuat semangat nak meniaga...aamiin..
 
my second month...
^_^
 
putus asa..?
lemah semangat...?
 
semua ada...
 
ingat senang ke nak meniaga...
haaaa...
 
I`ll blog about it later...
:)
 
okbye.
 
 
antara skirt yang dayah jual...
cantik kan..?
 
hikhik..