Friday, July 19, 2013

henti sebarkan puisi dayana untuk ashraf muslim

nkorang semua mesti dah baca puisi dayana untuk ashraf kan?

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

ok..ok...

puisi tu sangat menyentuh hati kan...?

tapi...tapi..tapi...

itu bukan puisi daripada dayana,isteri pertama asyraf muslim.

bukan puisi daripada dayana jadi hentikan lah penyebaran berleluasa yang mengatakan itu puisi dayana.puisi itu milik orang lain.. mungkin terhasil kerana apa yang berlaku antara dayana , ashraf muslim dan wan sakinah ... dek kerana puisi yang begitu menyentuh hati , ramai yang share ..


penulis asal dah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya...

tapi tak tahu lah kenapa tak ramai pulak yang nak share hal sebenar macam nih..
sampai pagi nih dayah tengok ramai yang share puisi dayana tanpa menjelaskan dan penjelasan yang puisi itu bukan puisi dayana tapi milik seseorang bernama ana hawana.. penulis asal puisi dayana untuk ashraf muslim tu pun dah mula rasa tak senang duduk dah..


ok... itu jer yang dayah nak share..

kalau ikutkan hati dayah tak mahu langsung cerita pasal kisah dayana , ashraf muslim dan wan sakinah nih... tak sampai hati... sedih betul bila tengok video kat mahkamah tu.. nampak sangat muka dayana yang sangat sedih dan kecewa tapi dia masih pegang tangan suami dia.... dayah tak pasti dayah boleh jadi sekuat tu jika itu berlaku pada dayah.....sebagai isteri.... dayah mungkin boleh terima jika suami berkahwin lain tapi yang sangat sukar dan berat untuk diterima ialah penipuan suami kepada isteri . dayah betul tak paham apa yang ashraf muslim kejarkan sangat nak nikah lagi satu sampai sanggup menipu macam tu... nkorang pikir la.. seseorang yang mengamalkan gaya hidup islam menipu sedangkan dia memang dah tahu menipu tu berdosa. nak kata hukum nikah tu jatuh wajib kat atas dia sebab dia adalah lelaki yang mampu zahir batin tapi dah tak mampu menahan nafsu..? dia ada isteri untuk hubungan batin.. wan sakinah belum jadi muhrim dia maka bawak la diri jauh jauh daripada orang ketiga tu...kalau sungguh dia sayangkan perkahwinan dia yang masih sangat muda tu...tapi tu lah... paham tak paham pun ashraf muslim dah selamat nikah lagi satu ... apa yang kita patut buat sebagai saudara sesama islam.. kita doakan yang terbaik untuk mereka kerana Allah Maha Mengetahui... entah apa hikmah disebalik kejadian ini.. dayana stay strong..percayalah...jutaan kaum hawa yang bersama dengan anda ketika ini..

9 comments:

  1. Kita sebagai perempuan memang amat terasa kan Dayah. Moga Dayana diberi kesabaran yg tinggi..

    ReplyDelete
  2. thanks kak dayah for the info..kesian sangat kat dayana..
    tp mmg nampak sgt muka dayana sedih tp masih mampu pegang erat2 tgn suami dia..to sakinah, remember..what u give, u get back!

    ReplyDelete
  3. pasti ada hikmah disebaliknya..
    ramai yang sakit hati tapi kita tak tahu keadaan sebenar..
    kita doakan jelah mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. amin..

    ReplyDelete
  4. lelaki hanya tau beralasan.. Kalau hati dah suke tak kenal botol kicap dgn botol cuka.

    ReplyDelete
  5. Kesian juga org yg dok kutuk Asraf :)

    ReplyDelete
  6. tau pasal ni pagi tadi. terkejut jugak. sebab yang naik kat fb, semua tulis puisi dayana -_-

    ReplyDelete
  7. Sungguh takut bila bicara soal poligami...ya Allah permudahkan dayana

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.