Wednesday, July 17, 2013

Iftar di Restoran Tupai Tupai, Shah Alam

Ahad lepas , suami dayah yang hensem tu ajak buka puasa kat restoran tupai tupai.. dayah okey je walaupun sedikit hairan sebab sepatutnya kami suami isteri buka puasa kat satu restoran di bangi , jemputan kawan kawan.. seingat dayah itu lah plan yang suami dayah cakap masa malam sabtu... tapi dayah malas nak tanya banyak (puasa la kata kan...) dayah ikut kan je lah..... pulak tu suami dayah offer nak belikan langsir raya untuk sliding door kat umah...dayah memang laju laju cakap okey la kan.. yang lebih mengejutkan... dayah ingat suami dayah nak bawak pi makan kat restoran tupai tupai cawangan bangi je... rupanya sampai ke shah alam uollsss....heran jugak dayah tapi segala kehairanan tak disuarakan sebab suami ioll berhenti kereta depan jakel .. lain kali kalau rajin ioll cerita la pasal langsir yer.
sementara tunggu waktu berbuka....periuk pun belum letak.. makanan pun belum ambik.. buffet steamboat kat restoran tupai tupai shah alam nih dah ada nasi dan lauk siap masak jugak maka sementara nak tunggu makanan pilihan nkorang masak..boleh makan nasik dulu..ada kuih muih jugak.. manusia manusia hensem depan mata dayah nih memang dah lapar sangat dah masa nih...letih meneman wanita yang bertakhta dalam hati diorang nih memilih langsir raya tadi...*rambang mata wei.. itu murah ini cantik ..pheewww...
lima belas minit sebelum azan maghrib.. kitorang dah mula pi ambik satu satu makanan..
stimbot , antara kuah tomyam dan sup . kuah tomyam dia memang sedap dap dap dap la haiiiii.. dayah memang ambik seafood sesaja dan cendawan cendawan cendawan.. i is mushrooms lover..
kuih muih .. sedap sedap semuanya... teh panas dengan air sirap bandung.. sedap.. sirap pun sedap.. puas hati lah makan kat restoran tupai tupai nih ... lama dah dayah tak berbuka kat restoran tupai tupai nih.. kali terakhir beberapa tahun lepas itu pun dekat KL nun ha..kepada semua..kat sini ada surau.. bahagia kan..?
yang dayah tak sangka... ehhh...ehhh... ada ramai blogger bukak puasa kat sana hari tu.. terkejut jugak dayah...tengok kiri kanan...terpinga-pinga jugak bila nampak wajah wajah blogger favourite dayah ada kat sana... rasanya ramai yang kenal mereka nih kan...? deq noor dan iera kan .. 
dan rupa-rupanya... ada ainaa roseberry..  ok... satu ketika dulu dayah tak kenal saper ainaa nih.. maklumlah dayah nih blogger makcik makcik.. ainaa pulak blogger jelita masih single and available.. kot? memang jauh sangat hala tuju dan cerita kat blog kitorang nih...maka memang antara makcik dayah dan cik ainaa memang tak kenal la antara satu sama lain... tapi sejak kes *muja bukan nama sebenar ( saper yg tahu tu tahu lah...yang tak tahu tu tak payah ambik tahu tapi kalau rasa nak tahu jugak boleh belek entry seminggu dua lepas...) ok sambung cerita.. sejak kes entry *muja bukan nama sebenar...dayah baru la kenal dengan ainaa nih...sebab dia ada singgah blog makcik dayah nih dan tinggalkan dua komen... dan kisahnya...kerana komen kedua dia lah yang suami dayah tukar rancangan buka puasa hari ahad tu.. sampai ke shah alam pi berbuka semata mata sebab salah satu komen ainaa berbunyi "kalau tak puas hati jom jumpa depan depan" suami makcik dayah kan hulubalang melayu yang sejati maka disebabkan itu lah dia sengaja bawak dayah berbuka kat sana... supaya orang yang mencabar tu berpuas hati.. hhhuuurrrmmm... hal dah lama... dayah dah tak pedulik pun tapi suami dayah kata "saya tak suka budak tu cabar cabar isteri saya macam tu setakat kat blog berani kalau awak tak pergi tanya sendiri biar saya yang tanya apa yang dia tak puas hati..." maka sempena bulan ramadan nih dayah pun bertegur sapa dengan ainaa dan tanya dia tentang komen dia tu > klik sini kalau nak tgk komen yang mana < dayah tanya dia kot ada apa yang dia tak puas hati.. dayah tak boleh nak bantah cakap suami dayah dah... dia memang jenis "melayu boleh" yang begitu...yang ada maruah dan harga diri yang tak boleh diperkotak-katikkan walaupun di zaman millenium nih sumer orang dah bersikap 'lebih kurang lah'... kesimpulannya dayah dah berjabat tangan dengan ainaa.. we are muslim sisters takde apa nak digaduhkan and i`m glad my handsome husband faham yang bini dia nih seorang yang pemaaf..hal yang lepas jangan dikenang lagipun makcik dayah nih memang tak suka nak pikir masalah masalah mengarut nih.. nak mengelakkan muka cepat berkedut la gitu.... hati dan perasaan dayah takde rasa nak marah pun kat ainaa tu masa jumpa... :D by the way... ainaa nih bebetul cantik in person..putih dan tinggi lampai.. suara pun sweet jer... moga moga takde la salah paham lagi di masa akan datang...      ok... itu aje lah cerita dayah setakat nih...sehingga tiba waktu mengomel di entry lain...bye..bye...

8 comments:

  1. #takde kena mengena dgn n3 ni.

    dayah, dalam camera akak penuh gmbar anak dayah masa kat flora ritu.ni anak akak punya pasal....

    ReplyDelete
  2. wah sukanya kotak komen macam ni, hari-hari boleh membebel kat blog akak..oh akak berbuka puasa dengan blogger tu semua er.

    ReplyDelete
  3. kiranya akak pergi makan sana tanpa merancang dengan blogger tu yea..hehee..oklah tu..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, berkat bulan baik, bulan penuh berkat ni, akak n aina dah berbaik2..kite ni sesama muslim dah mcm sedara mara kan kak..tak best klu bermasam2 muka kan...heeee

    ReplyDelete
  5. yang dah lepas tu, lepaslah.. ;)
    moga ikatan yang terjalin tidak terputus.. ;)

    ReplyDelete
  6. Weh! Uncle pon peminat cendawan lah! Sbb tu uncle selalu ala ala mabuk cendawan je....

    (Nasib baik uncle tak makan situ hari tu... Kalau tak, habis blogger2 lain lari takot tengok muka uncle ni... Haha!)

    ReplyDelete
  7. Wah bestnyer.. Meriah sugguh dengan blogger.. :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.