Thursday, August 15, 2013

Cara buat tempoyak sedap

Makcik dayah nih bukan penggemar tempoyak.. makcik dayah suka makan durian fresh fresh dari dusun..  sentiasa jadik pilihan utama lah.. lepas tu baru pandang bubur durian ke..  nasik durian ke.. ssslluurrppp.. sedapnye nasik durian... nkorang pernah makan nasik durian..?

Nasik panas gaul dengan durian..tuang air suam..campur garam sikit dan gula sesedap rasa.. makan panas panas.. sedap weiihhh sedap....! Rasa nak joget setempat bila terkenang.. heehee..

Cara cara buat tempoyak sedap dan mudah.

Sebaiknya pilih durian yang elok elok kuning lagi lemak tu.. kebanyakan orang suka buat tempoyak dengan durian yang tak berapa kuning dan tak berapa lemak.. sebab tu hasil tempoyak jadik kategori B.. nak hasilkan tempoyak gred A kasik la bahan bahan gred A jugak kan..

Asing kan isi durian dengan bijik durian. Dayah pakai sarung tangan plastik demi menjaga kebersihan dan kualiti tempoyak.. lepas tu gaul dengan gula sikit dan garam banyak sikit..lepas tu letak dalam bekas tutup rapat rapat..

Sehari dua lepas tu.. buang air durian yang akan muncul dalam bekas durian tadi.. bawak keluar durian tu..air yang memang akan muncul dari bekas durian tu buang.. nak simpan tempoyak biar kering.. tak berair.. rajin rajin check bekas tempoyak "kome" yer.. setiap kali berair.. buang air tu.. nkorang kalau tak buat mmg takkan paham apa makcik cakap.. kalau buat tempoyak sendiri nanti tahu la..

Err... peram je la tempoyak tu paling kejap pun seminggu la.. tempoyak nih kalau simpan kering elok elok boleh tahan lama.. makin lama peram makin sedap...

Sssllluuurrrppppp.... meleleh air liur ioll!

Okbai.

5 comments:

  1. Kakcik tak boleh makan tempoyak, nanti sakit kepala. tapi, sesekali kakcik makan juga.

    Durian memang kesukaaan kakcik. :)

    ReplyDelete
  2. Akak dayah....umi QI x pandai makan tempoyak...tp sgt2 menghormati adat tradisi makanan melayu kita...hope soon leh cuba nih :)

    ReplyDelete
  3. pada yg suka durian dah tentu teruja tengok.. ;)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.