Tuesday, August 6, 2013

Iftar di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh


Minggu lepas, dayah sekeluarga berpeluang menghadiri satu majlis berbuka puasa anjuran team eQurban.com bersama Denaihati Network dan Darul Maghfiroh. Bertempat di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting Selangor.. keadaan dan suasana persekitaran benar benar lain dan tak sama dengan apa yang dayah jangkakan. Ini kali pertama dayah sertai majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas.. dan pengalaman yang dayah lalui sangat luar biasa..

dengan anak gadis abg ilham , lemah lembut orangnya
Selama ini apa yang dayah sering lihat di kaca tv adalah sangat tidak sama dengan apa yang dayah saksikan di dunia nyata. Selama ini dikaca tv majlis berbuka bersama anak yatim nampak sangat grand dan meriah.. itu yang dayah saksikan juga bila kali pertama jejak kaki di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh... penuh dengan khemah besar. Ramai kanak kanak.. tapi semakin waktu berjalan.. semakin lain keadaan dan dan pemerhatian dayah mula berubah kepada keadaan anak anak disana.. dari raut wajah dan airmuka.. pemerhatian mereka kepada kami pengunjung kelihatan kosong.. ada airmata yang tak terlihat dengan mata kasar disebalik wajah wajah polos mereka.

Dayah banyak berbual dengan mereka. Bertanya itu dan ini.. berbual dengan anak yatim kecil mahupun remaja.. persoalan dan penerimaan mereka berbeza. Yang kecil sememangnya kelihatan seperti tidak tahu apa..yang remaja kelihatan seolah olah sudah menerima.. hakikatnya.. renung dalam mata mereka.. akan jelas lah kelihatan kekosongan dan kerinduan mereka terhadap kasih sayang orang tua.

Walaupun hakikatnya.. mereka tidak pernah kurang kasih sayang diantara mereka. Dayah dapat lihat hubungan yang cukup akrab dan mesra diantara mereka. Jelas betapa mereka mengambil berat diantara satu sama lain..betapa mereka mengasihi antara satu sama lain. Serta merta dayah bersyukur tak terhingga dengan segala kurniaan Allah. Lain. Sangat lain. Tak sama... dayah tak jumpa perkataan yang sesuai untuk dayah gambarkan apa yang dayah rasa..

yang pasti..hingga saat ini..kalau dayah terkenang , pasti ada rasa kerinduan terbit dalam hati...

moga panjang umur kami.. kami mahu kesana lagi.. insyaAllah..

suami dan anak dayah bersama tuan denaihati..
Terima kasih pada Tuan Denaihati ( abang ilham ) kerana berkongsi peluang dan ruang dengan kami.

Pada awalnya dayah nak berkongsi banyak gambar.. tapi lepas seketika.. dayah takut dan risau kalau kalau ada gambar yang dayah tertinggal.. sedar tak sedar nanti ada pulak hati yang berkecil dengan cerita dayah nih... dayah akui dayah tak ambil gambar semua anak anak yang berada di Darul Maghfiroh.. maka akhirnya dayah simpan sahaja untuk diri sendiri, keluarga dan rakan rakan terdekat... maaf pada rakan rakan yang mengharapkan cerita dan gambar keadaan yang lebih..dayah tak mampu..

sedikit perbualan yang dayah boleh kongsikan..

"kenapa adik pakai kain kat bahu macam tu?" dayah tanya kat salah seorang remaja yang ada disitu..
"sunnah kak..." jawapan ringkas yang menyentuh hati dayah... 

"nak sate..? nah ambik nih..makcik ambik lebih nih.." dayah nak beri separuh sate yang dayah ambil untuk suami dan anak dayah berbuka puasa..
"tak pe makcik..makcik tetamu..." ok...dayah nak nangis pun ada dengan adab sopan mereka..

"eh...dah kenyang ke..taknak tambah nasi ke..?" dayah tanya kat sebahagian anak anak yang sedang minum.
"nak solat makcik..lepas solat pun boleh makan.." ok..

cuba perhati sekeliling kita waktu berbuka tu.. apa yang kita nampak..

semua orang berebut nak makan dulu..macam dah setahun berlapar..termasuk la dayah nih...

huuurrrmmm..

i learned a lot there...

ada jer cerita sedih dan menyentuh hati yang boleh dayah kongsikan..
tapi kekaguman dayah terhadap kekuatan mereka... itu saja yang dayah nak cerita..
dayah tak mahu bercerita seolah olah mereka meraih simpati kita..
entahlah...salah berkata kata takut ada hati yang terasa..

suami dayah yang tercinta..
anak yatim juga..
arwah ibu pergi ketika suami dayah baru darjah tiga..
Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.