Friday, August 2, 2013

Janji jangan dicapati

"Kalau hakim puasa lebih dua puluh hari.. ibu belikan hakim mercun...bunga api.."

"Boleh?"

Itu soalan hakim.. tahun lepas..

Dayah tak belikan mercun..sebab dia kecil lagi..ada bunga api je..

Tahun nih pulak dia tak minta dibelikan mercun..mungkin dia rasa dah jadik "abang" dah besar dan puasa pun sebab nak bagi ayah ibu dia pahala.. maka ibu ayah dia hadiahkan la dia sekotak mercun.. ada bunga api sekali tapi bunga api nih biasanya dayah yang main hikhik..

Senyum lebar hakim bila tahu ada mercun dan bunga api.. tapi nak main kat kampung nanti.. tak ble main kat kejiranan dayah.. ada banyak baby.. kena bertimbangrasa hidup berjiran nih...

Tak sabar nak balik kampung..

Kampung suami dayah..

Balik jenguk orang kampung.. bukak puasa sama sama.. nak terawih bersama.. ohhh.. nak gi bazar ramadan.. pusing pusing ronda kampung petang petang.. syok...

Lepas subuh pagi nanti bertolak ke utara. ahad malam lepas terawih balik KL.

:)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.