Tuesday, September 24, 2013

awak..saya berjaya berak..

Hahaha... aku nak taip.. aku gelak..
Aku nak taip.. aku gelak..
Aku yakin bini aku mesti tarik muka..
Tapi aku tetap nak cerita..
Kahkahkah.. aku gelak sorang dulu..

Err.. nkorang kalau rasa diri nkorang jenis geli geli..
Cepat cepat lah berhenti baca okey..
Jangan kata takde amaran okey..

Bini aku mengadu kat aku petang tadi..
Sejak semalam dia tak berak...
Yang tak tertahan nya. . Masa dia mengadu tu suara dia punya perlahan.. sampai aku rasa nak suruh dia watsap je la bagitahu aku apa yang dia nak cakap.. sumpah aku letih menadah telinga.. tapi sebab muka dia bersungguh sungguh cerita.. aku angguk angguk la.. lepas tu aku errmm uurmmm oooo lebih sikit.. hahaha..

Bukan apa.. lebih baik aku eermmm urmmm oooo daripada aku cakap "tak dengar la manja cakap kuat sikit" memang aku mendapat la.. bebelan dan bebelan.. biasa la orang perempuan kan.. sesikit sentap..sesikit sentap.. *tapi yang tu la jugak yang aku sayang kan..

Nasib baik jugak la.. panjang panjang lebar aduan dia.. akhir akhir rumusan aku dapat tangkap dia kata.. "ingat nak cuba makan pisang pulak la kan.. mana tahu lawas kan.."

Kahkahkah... lega aku lega...!

Otomatik aku dapat tangkap.. mesti bini aku nih tak dapat nak berak nih.. haha..

Meh aku citer sikit meh..

Bini aku nih dia trauma sikit bila nak meneran..
Sebab..?
Orang perempuan sakit nak bersalin.. sakit dia macam nak terberak..
Kan?
Yang perempuan pernah beranak normal mesti angguk angguk kepala.
Sebab tu lah..

Ala.. tak penting pun untuk nkorang paham..
Dan tak kuasa aku nak explain panjang panjang.

Yang penting..aku..

Aku lega sebab aku dapat catch up apa yang bini aku cuba sampaikan.. aku tahu dia cakap perlahan lahan tu sebab dia segan.. yelah.. dalam kereta.. selain aku.. ada kerusi.. kusyen.. tisu.. kotak tisu.. tingkap.. speaker. . Stereng kereta.  Tu yang dia segan nak cakap kuat kuat.. kalau boleh isu tak boleh berak tu biar aku je la yang tau.. kan..kan..

Padahal.. ramai lagi manusia kat luar yang hadapi masalah susah nak berak nih..

Dah bertahun pun..
Sejak doktor suggest..
Setiap kali bini aku kata dia susah nak berak.. aku akan belikan je yogurt nestle bliss tu.. kadang tak bersebab pun aku beli.. memang mujarab la nestle yogurt bliss tu dengan bini aku.. minum sebotol..paksa rela dia habiskan.. dua tiga jam lepas tu.. konfem.. selamat..
Haha..

Dah selamat tu dah la kan..

Yang aku tak paham tu.. perlu ke dia kata..

"Awak..saya dah berjaya berak"

Perlu ke bagitahu aku...

Hahahahakahkahkah..

Aku terpikir pikir la nak buat kat dia sekali..

Lepas aku berak. . Aku pulak nak cakap..

"Manja.. saya dah berjaya berak.."

Haha.. letih aku gelak sorang la haihh..
Err..nkorang tak rasa kelakar ek..

Haha lantak.. aku rasa kelakar sorang pun takpe..

Apa la agaknya bini aku kata esok nih.. haha..



7 comments:

  1. sesetengah orang mungkin kelakar tapi bagi yang pernah lalui kesukaran untuk membuang tu akan rasa 'takut' nak meneruskan hajat tu..
    macam ai.. paling ketara time dalam pantang.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. malas nak cakap apa..
    gggrrrr..

    nak buat entry balas dendam je.. boleh?

    :P

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Nilam xde link... achaner nak kunjung balas... :)

      Delete
  4. haha.. siyesly kelakar :)
    awesome

    ReplyDelete
  5. hahahaha!!! kepada akak.. seyes lawak... jangan marah en hubby akak ye... hahaha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.