Saturday, September 28, 2013

bila bini aku main paintball

Debak debuk jantung aku nih..  risau..!

Bukannya dia muda lagi nak main kasar-kasar nih..
Aku tau budak sukan akan tetap minat sukan..
Tapi bini aku kan dah gemuk sekarang..
Risau aku kalau kalau dia tergolek tengah tengah melasak tu..


Kahkah..
Bunyi cam aku nih suami yang keji je kan cakap bini sendiri gemuk..

Hakikatnya..bini aku tak kisah..
Dia pun sedar dia gemuk..
Gemuk gemuk pun cantik... haha.. ini pun hakikat..

Hari nih aku join rakan blogger main paintball..
Ikut rancangan asal..aku sorang je yang patutnya turun padang..
Tapi entah macam mana..entah kenapa..entah bagaimana..
Bini aku tetiba nak main..

*mesti lah aku support kat mulut kan.. dalam hati.. aku dengan Allah je tahu

Satu ketika dulu memang bini aku jenis lasak..
Terjun longkang panjat pokok mandi lombong..
*mandi lombong tau..selasak aku nih dulu takde la aku sudi mandi lombong haha
Tapi itu semua dulu.. zaman muda..
Nih dah tua tua..
Dah jadik makcik makcik..
Nak main paintball...?

Tak tahan..tak tahan...

"Awak..saya berdebor la nak main paintball nih"
*takpe manja.. kalau nak try pi la try..ambik tempat saya*

"Betul ke nih awak.."
*betul la..lagipun saya nak servis maker saya*

"Okeylah..saya try.."
"Lagipun elok la saya try sekarang kan.."
"Takkan nak try bila dah tua kan"

Erkk..aku dalam hati dah rasa semacam dah..
Bini aku nih dah kenapa..
Dia tak sedar ke yang dia dah tua..

Haha.. :p


Dalam gundah gulana tu..
Aku tetap maintain macho..

*ate takkan teman nak tunjuk sangat muka risau kat bini teman*

Aku ingat bila aku dah bagi dia gemuk..
Dia tak melasak dah.. haha..

Kantoi pulak kan..
Ye..aku la punca bini aku gemok..
Kahkah..
Dah tu..takkan aku nak biarkan diri aku gemok sensorang kan..
Dah kata suami isteri berkongsi hidup.. hidup bersama bagai kan..
Elok la.. gemuk pun bersama sama..

Eh..eh..


First game..tak sampai lima minit dah kena shoot.. haha..
Hentak hentak kaki bini aku geram bila kena shoot..

Ini je lah gambar yang aku ada ambik masa dia main..
Jadik la buat kenang kenangan..

Second game dengan final game.. bini aku dah pandai berdikari dah.. walaupun dia tak dapat shoot orang.. *haha aku tau dia teringin nak shoot tu.. takpelah.. first time kan .. next time kalau ada peluang insyaAllah kita join ok..

Apa-apa pun... hal hal macam nih la yang buat aku makin sayang kat bini aku..
Walaupun dia dah jadik makcik makcik.. dia masih nak mencuba.. dia nak joint blogger main paintball nih pun sebab dia tahu aku dah lama giler tak turun padang..

Apa je yang aku minat.. dia sokong.. aku silat dia silat.
Aku merempit dia merempit. Aku mekanikal dia mekanikal. Aku main enjin dia main enjin..
Aku paintball dia paintball..

Aku ingat kalau aku ambik kursus menguruskan jenazah pun bini aku akan joint..

Tetiba aku syak bukan aku je cinta kan dia..
Mesti dia pun cintakan aku kan..


Tengok..tengok...
Eh... bini aku melentok lentok sebab begitu cintakan aku..
Over kan..
Ke .. memang gaya orang yang mencintai memang macam tu..
Kena lentok lentok sikit..
Kalau betul la macam tu gaya orang yang mencintai lain kali ambik gambar aku pun nak lentok lentok lebih sikit..kahkah..
*konfem bini aku hangin je nih kang..

Tapi aku dah standby dah..
Standby perisai kahkahkah..
Kalau dia merajuk dengan aku sebab entry nih..
Aku nak marah dia sebab dia main paintball tadi pakai kasut yang tak sesuai..

Aku perhati je bini aku tu..
Kasut sukan ada je dalam kereta..
Tapi taknak pulak dia pakai kan..

Nkorang nak tengok bini aku pakai kasut apa tak masa main paintball?


Kasut Pink tu..! *kahkah nasib baik dia ada ambik gambar nih..bahan bukti nih..

Patut tak aku membebel...? Kasut macam tu dia pakai masa main paintball..

Aku memang perhati je bini aku tu kan...

Besar besar besar besar je aku tengok dia..

Tapi sebab aku lebih sayangkan dia dari kasut itu
maka aku buat senyap je lah..

Tapi..

Tetap lah akan aku jadikan sebagai perisai untuk diri aku.. kahkah..

Nasib la ye manja...haha..


Bini sulung yang mengada ngada.ngada.Yang cantik. Yang gemok.. eh..eh..

Errr..aku cover story paintball tadi cuma kat bini aku je la ye..

Kalau nkorang nak baca pasal nkorang dan orang lain serta keadaan sekeliling..
Nkorang tunggu entry dari bini aku je la ye..

Aku tak berapa pandai nak mengata orang lain..
Aku pandai mengata bini sendiri je.. haha.. *memang m4mp00s aku

Walaugimanapun.. main paintball dengan rakan blogger.. best..








4 comments:

  1. sempoi main tadi bro... he he...
    gmbak anak tak masuk ke?

    ReplyDelete
  2. bestnyee... dapat join dengan bloggerII lain. anyway.. sweet couple :)

    ReplyDelete
  3. dok layan tengok dalam komen dalam FB geng2 yang g main paintball tu.. jeles ai.. kihkihkih..

    psstt: mandi lombong.. pergh.. memang kelas mak jemah.. sebab ai pun sama.. macam kat rumah takde air lak kan.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. chayok lah dayah main paintball.... mana ada dia dah tuo... kalau tiga pulohan tu tak tuo, empat pulohan pun tak tuo lagi sebab kawan2 saya nak dekat 50 pun dok panjat gunung bagai....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.