Monday, October 28, 2013

bila bini aku nak tikam aku

aku dah tua..jadik aku tak ingat tarikh.. tapi seminggu dua yang lepas aku ada buat satu demo tempur parang tekpi sempena satu majlis tahunan kat tempat silat aku. ini tahun kedua dan moga moga majlis ini akan terus berlangsung dengan  penuh gilang gemilang setiap tahun.


awal pagi lagi aku dah angkut anak bini aku ke sana.
dah berjanji dengan ramai orang nak ada kat sana awal pagi dan kalau boleh nak semua orang on time.. aku taknak la jadik penyebab majlis rosak kan jadi seboleh-bolehnya aku menepati masa kali nih... biasanya kalau bukan hal penting... kata majlis mula pukul 9pagi.. sebagai melayu tulen yang selalu pegang janji melayu..pukul 9pagi la aku baru nak keluar rumah.. haha.. standard la kan.. melayu kampong macam aku memang tak reti tengok jam.. seumur hidup aku... satu majlis je aku tak berani datang lambat.. majlis nikah aku.. *giler la kalau aku lambat..mahu aku takde bini sampai sekarang..hehe..dah la zaman dating pun aku asyik lambat je.. :P
 
sebelum majlis bermula dan berakhir..pesilat gayong biasanya memang dididik membaca doa mohon keselamatan dan keberkatan daripada Allah s.w.t
gambar nih tak cantik sangat...ada gambar yang aku lebih puas hati... tapi sebab aku malas nak transfer...aku pakai je gambar apa yang ada... semua aku curik dari instagram bini aku yang takde follower tu.. haha... tapi tetap bini aku rajin nak upload gambar kat sana.. kesian bini aku kan.. takde follower pun tegar jugak upload gambar syok sendiri.. haha..
 
nkorang nak tau kenapa dia takde follower tak..?
 
sebab aku tak approve la... haha gila..
 
rupanya aku yang keji disebalik follower yang takde..
 
kasik privacy sikit lah..
 
kadang kat instagram sana upload gambar tak bertudung pakai short peluk cium..
maka tak kuasa la aku nak approve follower.... :)
 
nkorang ada request ek?
jangan kecik hati lah..
 
get to know us first la before nkorang nak kecik kecik hati...
sebelum nkorang nak dengki dengki..
kenal kitorang dulu...then baru nilai...ok?

 

perkenalkan...bini aku yang dah gemok dan tak berapa lawa..
makcik dayah haha.. yang baru baru nih naik angin kat facebook kerana seorang blogger durjana..
sampai sekarang emosi dia tak stabil... kong ajo nko blogger durjana... *aku dendam nih.. saper suruh nko sakitkan hati bini aku...siap nko.....
 
ramai orang tanya aku..
kalau tak tanya aku pun...
mesti tertanya tanya..
bini aku tak marah ke aku suka ejek dia gemok..
 
jawapannya... mana boleh isteri marah suami.... dorhaka tahu..!
kahkah..
 
dia kena terima kenyataan la kan dia dah gemok...
bukan dia jer yang susah nak terima kenyataan tau..
aku pun susah nak terima kenyataan..
maklumlah...dulu peluk saiz m.. sekarang peluk saiz xxXXL.. haha..kahkahkah..
matik aku kena tikam kang...


kan....dengan anak sekali nak rodok bapak dia... cess...


gambar hiasan je tu... cantik gambar nih... bini aku suka giler.. *pandai earm amik gambar

takde la bini aku nak cederakan aku...

gila.. kang aku sakit kang... saper nak bagi nafkah batin kat dia..

OPPS..! terlucah pulak.. *err aku menyindir  nih.... mohonlah terasa... erk!


aku yang hensem , earm yang kurang hensem sikit dari aku dan hakim

gambar kenangan dengan partner of the day..
actually nih first time aku berentap dengan mamat yang kurang hensem sikit daripada aku nih..
tapi hari tu rumput licin...basah..
so..masing masing bermain dengan berhati hati..
a bit slow la..
it was not my best performance.. according to my wife lah..
dia kan jurukamera dan juruvideo aku yang sejati..
setiap gerak langkah aku dia tahu..
tapi... personally aku puas hati dengan apa yang aku beri..
orang tak tahu betapa payahnye nak perform dengan senjata tajam atas rumput basah macam tu..
melibatkan nyawa ooo..
 
*nasib baik yang cakap aku main tak best tu bini aku..suara merdu..takde la aku hangat hati sangat  haha... aku kan jenis manusia yang bajet sempurna..mana boleh terima orang kondem aku kan.. 


thanks earm..!
sudi ulang amik gambar macam nih..
terharu tau hati aku yang gagah nih.. haha..
ini first time wajah gemok isteri aku masuk dalam aksi silat aku..hehe..
dah la jenis kulit hitam..
kehulu kehilir ambik gambar dan video untuk aku..
makin legam bini aku..
cukup pakej kot..
dah la dah gemok...makin hitam legam pulak aku tengok..
wakakakakakah... *boleh consider nak kawen lagi satu nih..
hahaha.... hahaha.. mampos aku..

sudah..sudah..


antara aksi ulang tayang.... aku ada bagitahu kan...gambar nih sumer aku cilok dari instagram bini aku.... gambar hiasan je... gambar aksi sebenar kat kamera..malas aku nak transfer..


 
 

comel kan bini aku...

hahaha....dah kutuk sesedap ikan masak tiga rasa... tetiba nak puji pulak..!
siyes tau...
bini aku comel walaupun dah gemok..

kisah benar.

1- ada sorang mamat , pesilat jemputan la.. suruh anak aku kirim salam kat bini aku...

"adik... kirim salam kat kakak adik"

haa.... tau anak aku kata apa?

"hei..itu ibu saya la.. nampak ayah saya yang hensem tangan besar kat tengah tu"

2- depan aku nih.. pesilat jemputan Tanya bini aku dah berpunya ke belum , kalau belum dia nak minta no telepon...

3-aku rasa sakit hati pulak nak cerita. dah la!

*ini bukan jeles nih..ini sakit hati je..

hot jugak bini aku yang dah gemok tu..
dengan comot tak mekap tak wangi garang...ada jugak orang nak ngorat eh..
kena kasik gemok lagi ni..biar nampak macam makcik makcik lebih lagi.. :P

p/s : saper tak sayang bini weiiii...


pesilat pesilat hati singa pun reti posing posing amik gambar ala model ek.. apa nkorang ingat gadis gadis je ke tahu ambik gambar gedik....kitorang pun boleh... tapi posing masing masing nak tunjuk gagah la kan..
antara best shot bini aku yang aku suka tengok... kalau bagi aku yang ambik gambar macam nih memang goodbye la.. takde makna gambar nih nampak manis macam nih.. aku selalu rasa gambar yang cantik hasl daripada photographer yang baik.
satu lagi gambar kenangan...

 
last...sebelum aku nak balik..sempat la aku bergambar dengan orang kuat majlis... dua dua hensem.. tapi tu lah.. aku kena terima hakikat yang aku lebih hensem...
 
kahkahkah..
 
*isteriku......................................update la blog.... nak baca la kisah himpunan wajadiri plku kali nih daripada kacamata awak manja.................................. I love you. 
 
eh..lupa pulak aku curik update dari henpon bini aku..kang mesti publish keluar nama dia.. camner ye.. cut and paste je la kan.. log out log in balik... aaahhhh sudah.. tu la .. kutuk bini sendiri lagi.. sekarang aku nak kena pi Tanya kat dia pulak cemana nak ubah alih entry aku haha.. lebih sikit la bodek.. manja I love you lapan kali seribu setiap hari... oh isteri oh.. help me ..


4 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.