Thursday, November 7, 2013

aku suami yang keji..?

sepuluh kali aku fikir aku nak letak title apa kat entry kali nih ..

serba tak kena..

semalam anak aku marah betul dengan aku.
marah budak berumur tujuh tahun.
sepatutnya aku ketawa..
tapi aku tak mampu.

aku rasa bersalah.

lepas maghrib... bini aku ajak aku makan kat luar.
tapi aku leka membelek "senapang paintball" aku...
hujung minggu nih ada game wooo..
so..barang nak kena cantik lah kan..

so..bila bini aku ajak makan kat luar...
aku cakap la taknak...
dia cakap lagi...

"hakim ajak makan kek..."

aku cakap kat bini aku..

"ok.. pergilah..."

dia salam aku cium lebih kurang lepas tu cepat cepat masuk dalam kereta..
aku ternampak jugak muka dia macam nak menangis..
tapi nafsu jantan aku lebih fikirkan nak siapkan barang aku...

so.. aku tengok bini aku selamat masuk dalam kereta je... aku tutup pintu.

tiba -tiba...

'tok..tok..tok...'

aku dengar bunyi pintu kena ketuk.

aku bukak je pintu...

"ayah... ayah nih kenapa...? ayah lupa ke hari ni hari jadi ibu?!"

"ayah tahu tak ibu dah menangis kat dalam kereta tu cakap ayah tak nak makan kek taknak keluar"

wooo..anak aku bebetul marah woo..

aku kelam kabut carik handphone double check date...
tepuk dahi..!

mampos..!

"macam mana aku boleh lupa nih???"

nkorang takkan boleh bayangkan betapa pantasnya aku naik atas siap mandi tukar baju terus masuk dalam kereta dan tak berbunyi langsung sebab aku rasa tak tahu nak beri respon macam mana..!

bini aku kat sebelah memang tengah nangis nangis la sedih suami dia nih tak ingat birthday dia..

anak aku dok la peluk ibu dia pujuk...

aku..?

senyap je bawak kereta terus pi kedai kek...

dalam hati...

"abih la... takde chance la aku nak kawen dua nih...bini aku dah sentap nih"

sebagai lelaki macho....
aku mesti bertenang.....
walaupun dalam hati kacau bilau...
tak boleh tunjuk la kat anak bini aku...

so...

aku buat ayat karangan...........baaiiikkkk punya..

"manja...sayang mintak maaf ye lupa birthday manja"

*apa apa hal mintak maaf dulu sebab aku tau bini aku jenis macam mana

"manja...sayang terlupa... manja..."
"awak pun tahu kan suami awak nih jenis macam mana..."
"memang jenis tak ingat tarikh tarikh nih..."
"tak ingat tarikh bukan bermakna tak sayang isteri"
"saya sayang isteri saya nih.."

boleh tak time aku pelan pelan nak pegang tangan isteri aku...
tetiba anak aku cakap...
"tapi ayah ingat pulak tarikh main paintball"
kecik besar kecik besar je aku tengok anak ku tu!

aahhh..!
nasib baik anak...
kalau tak mahu aku tangan tangan kan je...
susah payah bapak dia nih susun ayat tau..!

geram aku..!

sudahnya aku senyap je sampai kedai kek.
mujur aku tak perlu tanya bini aku nak kek apa..
sebab aku dah tahu kegemaran dia...
kot aku tanya la semalam dia nak makan apa..
mahu keluar amukan dari bini aku..
dah la tak ingat birthday bini... makanan kegemaran pun tak ingat...
tak berlaku...tak berlaku...


nasib baik carrot cake nih ada semalam....

so... dalam sedih sedih dia tu.. dia makan jugak la...
nkorang bayangkan dia makan sambil nangis tau...
sedih sangat la hati tu suami dia tak ingat birthday dia kan..

orang keliling tak tahu apa...
semua senyum senyum....
adik adik yang serve kat sana siap tanya aku lagi...

"bang,wife abang terharu abang buat surprise ke bang?

erk..!

"tak dik.. bini abang nangis bukan sebab dia terharu...dia sedih abang lupa birthday dia"

terus senyap adik tu berlalu pergi...

gambar nih aku ambik kat instagram bini aku dengan caption... carrot cake yang sedap tapi entah kenapa rasa pahit...
wwwhhoooaaahhhh...!

sebagai lelaki....aku tak boleh gelabah..!

"manja...sayang minta maaf ye...terlupa birthday manja"
"tarikh paintball pun bukan sayang ingat sangat...cuma senang ingat sebab hujung minggu"
masa aku cakap ayat nih aku siap bulatkan biji mata kat anak aku!
"manja... mana ada suami tak sayang isteri...... saya sayang awak..."
"ok.....untuk tebus lupa nih saya ganti dengan basuh pinggan selama sebulan setengah..."
"boleh ..?"

aku tak kisah bini aku nak cakap boleh ke  tak boleh ke..
nak marah pun aku tak kisah dah masa tu...
sebab aku taknak dia senyap....
senyap...senyap....
dia makan kek sambil lap airmata menitik sambil kunyah...
taknak cakap dengan aku langsung.

tapi dengan anak aku....boleh pulak dia sembang.
anak aku ajak ambik gambar...
boleh pulak dia lap airmata..
ambik gambar..


lepas tu tak ajak aku bergambar sama...
aku pun rasa nak cebik bibir nangis sama..

aku betul betul terlupa birthday bini aku...
aku pun heran kenapa dengan aku...

macam mana nak berbini dua kalau tarikh birthday untuk seorang isteri pun aku lupa..kan?

pagi tadi bini aku masih merajuk lagi...

aku tak tau la sekarang dia masih sedih lagi ke...
merajuk lagi ke...

aku call dia taknak jawab.
aku mesej ke watsap ke..
dia tak layan..

tapi tu lah..
aku syukur jugak aku terlupa birthday bini aku...
save sikit duit tak payah beli hadiah kan..?

kahkahkah...

*harap harap bini aku nak senyum geram dengan usikan ini..

percayalah .. bila sehari tak dengar suara isteri...nkorang akan rasa sunyi..

*syok woo... tak dengar orang membebel..itulah hakikatnya... kahkah..
best jugak kalau bini aku nih merajuk dua tiga hari kan.. kahkah..

"fuhh..fuhh.. manja.. mesti geram kan..kan..kan..?

*salah satu teknik memujuk bini..

5 comments:

  1. Hah tulah lupa lagi...hehe sian Dayah..mintak hadiah besor tau tebus lupa tu ya Dayah hahaa

    ReplyDelete
  2. nanti bagi hadiah best2 kat dayah ye :)
    kte sayang kawan kte sorang ni :)

    ReplyDelete
  3. lpas bc entri ini, terus check tarikh lahir bini gua..hahaha

    ReplyDelete
  4. Suami kakcik tak pernah ingat tarikh lahir kakcik sepanjang 27 tahun kami berkahwin! ;-)

    ReplyDelete
  5. he he he... saje tu kan.. saje je

    nanti mesti ada surpriseeeee

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.