Wednesday, November 20, 2013

bila bini aku mintak kaki..ha..?!

Bini aku cerita pasal denaihati yang buat entry pasal tips rumahtangga bahagia dan 20 entry terawal akan dapat seratus hengget.. banyak tu..! Tapi dek kerana kekangan masa.. tak tersempat la aku mahupun bini aku up satu dua entry tentang tips rumahtangga bahagia.. tapi topik itu begitu menarik hati aku hingga aku rasa tak menang duit pun tak apa.. aku nak buat jugak satu entry rock tentang rumahtangga aku yang Alhamdulillah bahagia..


Subjektif.

Kebahagiaan dalam rumahtangga setiap individu tak sama. Ada yang bahagia dengan harta benda.. ada yang bahagia walaupun hari hari makan nasi kosong dengan kicap semata-mata.. dengan usia perkahwinan yang setahun jagung nih... aku rasa aku tak layak nak beri tips bahagia.. tapi aku boleh berkongsi apa yang bahagia dan membahagiakan dalam rumahtangga aku... mana yang baik nkorang boleh ambik mana yang tak baik nkorang jangan ikut...

Berkongsi.

Saat bernikah aku belajar perkataan ini. Sepenuhnya. Hidup aku bukan lagi milik aku seorang. Tapi jugak milik dia. Menjadi lelaki yang dah biasa hidup merempit..bukan mudah sebenarnya untuk aku menjadi suami kepada seorang isteri. Bila dah biasa campak spender busuk ke lantai adalah sangat seksa rasanya nak campak spender terpakai tu dalam bakul.. haha.. begitulah.. bukan tak gembira hidup lebih teratur tapi nak menerima sesuatu yang lain.. sesuatu yang tak biasa kita lakukan adalah bukan mudah.. bertahun hidup aku adalah aku yang punya tapi saat bergelar suami hidup aku nih dia yang punya... bila berkongsi hidup.. tolak ansur tu memainkan peranan paling penting.. dek kerana sayangkan isteri.. spender terpakai aku campak dalam bakul.. bertolak ansur walaupun dalam hati aku memberontak nak campak spender tu ke lantai.. kadang kadang aku lepas geram jugak buat benda bodoh.. campak spender tu ke lantai bagi puas hati aku yang rindu zaman bujang tapi lepas tu aku kutip jugak balik spender tu masuk dalam bakul.. bertolak ansur... kesian kat bini aku kang tertunduk tunduk pulak nak kutip hasil buangan suami dia nih kan.. selain itu aku pun tak sanggup jugak nak dengar dia membebel kan haha!

Bertolak ansur.

Jahanam rumah tangga kalau nko taknak bertolak ansur.
Part nih ego seorang lelaki terpaksa campak jauh jauh oiii... kadang kadang aku cuma cakap "neelofa nih cantik jugak" tiba tiba bini aku ambik remote tv tukar siaran semanis kurma saluran 119 haaa nko.. takkan aku nak puji ustazah norbahyah tu cantik kang mengamok pulak ustaz wan akasyah kang aku puji bini dia kan.. puji neelofa tu oklah bujang kot ada rezeki nak buat calon nombor dua...
Dah dia tukar siaran tv tu aku senyap je lah.. takkan nak banyak bunyi lagi ye dak.. bertolak ansur la mengalah biarlah dia nak tengok tv saluran apa pun.. haha..

Cemburu.

Tindak tanduk bini aku yang tukar siaran tv tu jelas menunjukkan dia cemburu. Cemburu nih pulak kata orang tandanya sayang. Bersyukur betul aku bila sedar yang bini aku sayang aku. Aku ingat selama nih aku je yang sayang dia.. pasal bini aku susah sangat nak tunjuk dia cemburu... biasa bab cemburu ni aku je yang selalu berlebihan.. sampai habis semua laman sosial bini aku wajib share dengan aku... takde akaun personal termasuk la blog... daripada fesbuk twitter instagram keek semua aku letak nama aku kat depan.. biar orang tahu yang "hidayah" dah berpunya... giler tak giler punya kuat aku cemburu kan walaupun bini aku tak la lawa mana.. haha..

Dalam melayan cemburu aku tu lah bini aku mempraktikkan tolak ansur dan berkongsi. Nampak tak kaitannya sekarang...? Kot tak reti berkongsi dan bertolak ansur..boleh nko nak share segala benda antara suami isteri...?

Nak cakap pasal jujur..percaya.. hormat. ..

Tu semua orang dah tahu...

Tapi hakikat hidup berumahtangga nih..


Lain ... antara nko dan aku..
Antara dia dan kamu..
Antara mereka dan mereka..

Pegang satu nih je.

Hidup berumahtangga berteraskan agama islam.

Oh...lupa pulak aku...

Satu lagi...

Sabar... sangat sangat penting dalam rumahtangga aku..
Hampir setiap malam aku bersabar dengan perangai bini aku yang suka mintak kaki dari aku... Bila nak tidur je dia suka goyang goyang kaki senang hati.. nak menyenangkan keje dia ... dia akan mintak kaki aku... letak atas kaki dia... lepas tu dia suruh aku goyang kaki aku..! Wahhh bukan main lagi kan..

Boleh je aku goyangkan kaki untuk dia..
Takde hal..
Tapi aku nak upah la kan...

Kahkahkah....

On one second thought. .. siapa yang sabar dengan siapa nih kan..? Haha..

I love my wife so much.
Kalau heliza helmi nak masuk meminang aku pun belum tentu aku terima.. auuww!



12 comments:

  1. tolak ansur tu penting. tak semua orang leh buat. hoho

    ReplyDelete
  2. biasa yang banyak mengalah en. suami.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  3. Sefahaman dan tolak ansur adalah sangat penting dalam sesebuah rumahtangga...

    ReplyDelete
  4. Jutaan terima kasih kerana sudi sertai perkongsian Tip Rumah Tangga dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  5. Mintak la kerabu kaki ayam ke.... baru ohsem!

    ReplyDelete
  6. hahaha...bab memberontak tu tak tahan....hahaha...ada jerlah..

    mmg terbaiklah entri ni..meme best!

    ReplyDelete
  7. adoi lawak la entri ni :) tp points tu betul dah tu... kami laki bini dah 11thn x penah gaduh2... takat masam muka sikit2 biase lerr...

    ReplyDelete
  8. Awwww. Those last sentences are so sweet!!

    ReplyDelete
  9. Wahhh sweet nya..heheee
    Moga berbahagia selalu ye :D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.