Thursday, December 19, 2013

makan makan dengan blogger

KLCC , antara tempat menarik di Kuala Lumpur.

tapi apa yang aku nak cerita nih takde kena mengena dengan KLCC pun..
haha.. bini aku nih yang suka sangat dengan KLCC..
senibina bercirikan islam .. antara sebab kenapa bini aku suka KLCC ..
biarlah dia suka kat KLCC .. daripada dia suka kat warga asing yang kerap melepak di KLCC 
kebelakangan ini kan.. kan.. kan.. aku memang berterima kasih sangat kat warga asing yang membanjiri
KLCC nih.. sebab diorang lah bini aku dah jarang mengajak aku kesana.. haha..

berhampiran dengan KLCC nih ada sebuah restoran yang sangat cantik hiasan dalamannya..

jangan ditanya la tarikh bila...memang aku tak ingat la..
aku kan lelaki hensem yang makin tua... dalam ingatan aku nih asyik dok ingat sempat tak berbini dua..
jadik tak dapat la aku nak ingat tarikh tarikh nih bagai hai..

nama tempat pun aku tak ingat sebenarnya.. tapi dah ada gambar tisu nih.. aku ingat la..

aku dok belek gambar yang ada dalam handphone bini aku sebenarnya...
aku kan suami kuat cemburu , wajib la belek handphone isteri kan.. bila tengok gambar gambar yang ada nih...aku teringat la... aku belum lagi abadikan kenangan makan makan malam itu..

malam tu aku pi makan dengan bini aku kat Flora Terrace @ Hampshire Place.

sampai sekarang aku masih tak faham kenapa bini aku suka upload gambar kat instagram dia yang takde follower tu tau... haha.. kesian dia takde follower wooo.. instagram aku dah seribu lebih dah follower..
Alhamdulillah aku ada peminat..kahkahkah..

instagram bini aku
instagram aku

pada malam yang berbahagia tu aku dengan bini aku together-gether pi makan kat tengah KL okey..
tapi suasana dia macam kat restoran lima bintang yang jauh dari hiruk pikuk kotaraya... dekorasi bebetul cantik... tapi aku tak mampu nak letak gambar dekorasi yang cantik tu untuk tatapan nkorang.. baik aku yang hensem atau bini aku yang tak berapa nak jelita nih...dua dua tak teringat nak ambil gambar dekorasi restoran tu.. sampai sampai je makanan dah terhidang... perut memang tengah lapar kan... jadik tak toleh kiri kanan dah lah... aku terus senduk nasi untuk bini aku..

nasi goreng flora..satu senduk cukup...
dah gemuk kan... malam pulak tu... tak payah makan banyak banyak.. haha..

lagipun sebelum makan nasi.. dah makan spring roll yang sedap... aku makan setengah kali lima.. haha..
sikit je kan.. setengah kali lima.. bini aku dapat setengah je.. tak boleh banyak.. dah gemuk.. tu pun sebab flora spring roll tu sedap..aku bagi la bini aku setengah.. bagi dia rasa.. nanti kalau aku tak bagi dia rasa dia kata aku tipu pulak kan... bagi dia rasa setengah je..biar dia teringat-ingat betapa sedapnya spring roll tu.. haaa.. nkorang tak payah nak kesian kesian kat bini aku ye... kurang kurang bini aku dapat jugak rasa setengah.. nkorang ada ke rasa...? kahkah.. takde kan.. lagi kesian...

haaa... sebelum rasa nak start kereta serbu Flora Terrace @ Hampshire Place tu.. baca entry aku sampai habis dulu yer.. penat aku menaip nih..
daging masak hitam , udang sambal dan chicken masala.

dia punya sedap...........
sampai aku lupa bini aku depan mata..boleh?

memang aku tak pandang kiri kanan dah..
macam berada dalam dunia sendiri bila mengunyah tu..
perasaan aman damai..
jiwa tenang..
menikmati kunyahan setiap kali aku suap makanan dalam mulut aku..
sambil mengunyah sambil tak lupa jugak control hensem dan perut boroi aku..

cam cantik je.. cam cantik je..
tudung tu lah.. bukan bini aku..
bini aku dah tua..dah tak cantik okey..
tengok la bini aku nih kan..
orang kata makan sikit cukup.. dah gemuk..
degil... dia tarik dekat dekat  semangkuk chicken masala tu dekat pinggan dia.. hhnnnssss..
tu lah lauk ayam.. apasal sedap haaa... kan bini aku dah banyak makan.. issyyy...

ok..
ini memang highly rekomen okey..
daging masak hitam nih memang sedap giler..
walaupun rupa dia hitam.. tapi dia sedap wwooo..
macam bini aku la.. hitam dan menyelerakan...
eh.. macam takde kena mengena je kan..
tak jadik pulak punchline aku nak buat lawak kan..
tapi betul lah..
apasal taste aku nih yang hitam hitam je kan..
daging masak hitam
bini aku hitam..
isy..tak boleh jadik..
buat la muka pasrah dan redha kat situ yer..
habis semangkuk daging masak hitam tu aku pulun..
haha..
aku gemuk takpe.. hensem..
bini aku gemuk..tak boleh... tak lawa..
untung kan bini aku dapat laki hensem kan..
blue lagoon dan lily kiss .. air nih dua dua aku balun..
bini aku kan kampung... mana dia reti minum air kaler kaler macam nih..
kahkah..
chocolate fondant.
aku malas nak cerita la betapa sedapnya makanan nih..
selain bini aku.. chocolate fondant ini antara nikmat dunia yang aku tak nak lupakan lah..!
hoi..sedap tau tak..!
ok...
aku kalau malam jumaat memang aku pilih bini aku la kan.. *demi pahala lebih :P
tapi malam malam lain aku lebih rela ngadap chocolate fondant tu dulu..haha..
kalau dapat sambil layan tv... memang pergghhh la...
sedap..!

kesimpulannya...

berbaloi datang tengah kota raya kuala lumpur untuk menikmati makan malam yang istimewa dengan si dia.

tempat cantik macam tu memang sesuai sangat untuk berdating..
dari makanan sampai minuman membawak ke servis restoran..
semua tip top..

terbaik..!
kitorang memang nak datang lagi...
nkorang tak nak ke..?

sila belek belek facebook flora terrace untuk sebarang pertanyaan ye..


yang baju kuning tu..nama dia ieda..
aku tak tahu la kenapa dia begitu gembira..
sebab dia sorang je yang angkat tangan kan..
kahkah..
kalau nkorang ada rasa ingin tahu kenapa dia dok angkat tangan lagu tu..
nkorang mungkin boleh baca kat sini
aku baru lepas baca tadi..
sebab tu aku ingat nama makanan tu seketul seketul..
kalau tak jangan harap la aku nak ingat..
birthday bini sendiri pun lupa..opps..!

ok..
lagi satu yang aku syok tengok malam tu..
couple couple suami isteri yang ada semua sporting sporting dan romantik romantik..
tak kisah pun nak bergambar berpegang tangan atau berpeluk bahu dengan suami isteri masing masing..
ada jugak couple husband and wife yang aku tak sempat nak kenal..
bila tengok gambar ramai ramai nih..
baru perasan... kan..?

kepada yang belum belum kawen tu..
contohi blogger blogger suami isteri yang ramai ramai nih ye..
belum jadik muhrim...tak payah nak peluk peluk tau..
dah halal.. haaa...silakan...

bukan apa..
zaman sekarang nih anak gadis bertudung litup je lebih..
tapi perangai.............. eh...eh..

aku nak cerita pasal makan makan je tadi kan....
;)

terima kash yaya dan suami.

4 comments:

  1. best dapat makan ramai2 dengan blogger

    ReplyDelete
  2. daging masak hitam Flora Cafe memg daboooommm~ terliur T____T

    ReplyDelete
  3. sooooo sweet sangatttttt tauuuuu suami kak dayah yang gagah perkasa hensem tapi cakap isteri tak jelita eyyyyy kemainnn tauuuu :p panggil yaya dengan nama yaya. rasa macam hilang gagah dia sebab selalu yg panggil yaya ni yg manja2 jee kahkahkahkahkah :p

    ReplyDelete
  4. sweet kau orang tau tau tauu takkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.