Friday, December 27, 2013

semalam



Dayah nak cerita hal semalam...

Malas sangat nak menaip nak mengarang.. tapi ada masa terluang.. nak membelek online shop..dah tak terlarat dah otak dayah ni nak fikir pasal hal yang berat dan serius.. blogwalking pun tak larat nak mengomen... last last belek handphone.. tengok gambar gambar yang ada.. ternampak gambar makan tengahari semalam..

Semalam lunch kat pizza hut..
Baru nak mencuba pizza baru tu.. yang seafood dengan cheese.. dah lama nak try.. selalu dayah pi pizza hut berdua je dengan hakim.. semalam suami dayah ada.. akhirnya ada peluang jugak merasa pizza itu.. kalau makan pizza nih dayah bukan kisah sangat pizza tu.. dayah kisahkan cheese nye je  yang sebenarnya.. haha.. hanya pencinta cheese saja yang faham okeh..hikhik..
Semalam makan kat warta bangi.. wwooohhh kompleks warta dah tukar nama tapi dayah tak ingat apa.. walau macam mana pun orang lama tetap la sebut warta... hehe.. kat sebelah luar banggunan ada jual macam macam makanan jugak.. dayah ternampak ada durian crepe.. mak aiiii.. macam dah lama tak makan kan... selain pencinta cheese.. dayah pencinta durian jugak... haaaa.. yang sedap sedap semua dayah cinta kan.. yang menggemukkan... hihi.. bayangkan... semalam pizza hut bau durian.. haha.. lepas nih mesti kat pintu pizza hut akan tampal note 'tak boleh bawak masuk makanan luar' Hahah..


Haaaaa... tu dia orang perak junior...
Hakim tak makan durian negeri lain.. hihi.. dia cuma makan durian negeri perak je.. betul nih.. kalau durian negeri lain macam tak sesuai dengan dia.. sejak dia kecik lagi.. dayah tak tau la apasal.. tapi sebab yang untung dayah..maka dayah biarkan je.. haha.. dayah kalau dengan durian negeri mana pun boleh... asal sedap je dayah balun.. tapi kalau dayah nak bagi hakim makan durian.. dayah cakap je la kat hakim yang tu durian perak.. senang.. kadang dia tanya jugak.. mana ibu dia nih tahu durian tu dari negeri mana ... dayah selalu bagi jawapan selamat.. 'ibu tengok warna durian tu kuning.. ibu rasa durian perak la.. kalau salah..hakim maafkan la ibu ye' haaaaaaa gitu lah...


Masa nih suami dayah pi bank..
Kitorang habiskan durian crepe cepat cepat.. sebab suami dayah tak berapa suka durian crepe...katanya mengarut makan macam tu..campur buah dengan krim.. hihi.. maka cepat cepat kitorang habiskan durian crepe dan pura pura hirup soup.... sslluurrpppp..sedap...

Nampak chicken wing...alamak aiii..diri sendiri pulak terliur.. ngeng betul..hihi..

Saja dayah request chicken wing.. rasa macam dah lama tak makan chicken wing pizza hut.. rasa dia tetap lah sama.. macam tu jugak sedapnya... tapi dayah perasan kat menu ada set baru.. ada chicken wing yang pedas.. tapi bagi dayah yang oldskool nih... tak reti lah nak mencuba benda benda baru nih.. sesekali boleh la.. dah tahu chicken wing original sedap... takde la dayah nak tukar tukar lain dah.. :)


Tu dia.... large lagi yang suami dayah order..

ni lah gambar last yang dayah ambil kat pizza hut semalam.. lepas simpan handphone dalam bag.. mula makan...makan..makan... sembang...makan...makan... iyo.. banyak makan daripada sembang... menikmati ... gitu..

Malas la dayah nak cerita details.. macam mana sedapnya pizza itu.. macam mana lazatnya cheese itu...macam mana rangupnya udang itu... dayah malas nak cerita.. cukup lah dayah tepek gambar... menengok gambar sendiri pun air liur rasa nak menitik tik tik tik... huiiiiii... macam nak repeat lagi pulak rasa.. tapi tak baik tamak kan.. dah pernah rasa tu cukuplah... lebih baik kalau ada duit lebih.. kita sedekah sikit pada yang memerlukan.. duit makan kat pizza tu walaupun cuma lima enam puluh ringgit.. jumlah tu dah banyak dah untuk mereka yang memerlukan.. kongsi rezeki.. insyaAllah akan ada lagi bahagian kita kan... #notetoself

Lepas makan...terus gi ukm..
Suami dayah ada mesyuarat silat kat sana...
Kitorang ni taknak ikut........ tapi sebab dah alang alang keluar sekali... haaa jom la kita ke ukm.. join meeting...

Dayah dok lepak sini tak sampai sepuluh minit kot...
Bosan...dah tak berapa minat silat la kebelakangan nih..

Dok camwhore dengan hakim...


Lebih kurang la sepuluh minit..
Customer dayah call bagitau dia dah ready nak jumpa..
Haaaa...ada customer nak ambik skirt by hand..janji nak jumpa kat pkns bangi... laju laju dayah tarik hakim ikut dayah..

Sebab dayah plan lepas bagi skirt kat customet.. dayah nak carik beg sekolah agama untuk hakim...kalau boleh nak carik baju sekolah..kasut sekolah semua..

Memandangkan suami dayah ada meeting..
Kitorang pergi berdua je lah..
Together gether anak dan ibu nih berjalan..
Gigih nak carik baju sekolah la konon..

Macam tak percaya.. tahun lepas dayah Iagi dok sebok sediakan kelengkapan dan peralatan sekolah darjah satu.. tahun ni dah nak naik darjah dua dah anak dayah..
Hikhik..

To be continue...

Byenye

4 comments:

  1. Comel tgk gelagat anak beranak ngeeee

    ReplyDelete
  2. sedapnye pizza akak oi......... lamenye ida tak makan pizzaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Tiap-tiap hujung tahun aktiviti shopping barang keperluan sekolah anak2 memang menjadi keutamaan.. keperluan mak dengan ayahnya tolak ke tepi dulu.. hehehe..
    Darjah dua dah dak Hakim.. bilalah kita dapat jumpa kan.. ;)

    ReplyDelete
  4. macam sedap jee...macam lapaq jeee perut ni...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.