Thursday, December 4, 2014

Ayam penyet shah alam

Dah bulan 12.
Akhir tahun 2014.

Maybe ni kali akhir kami sekeluarga makan kat ayam penyet ni untuk tahun nih..ada rezeki tahun 2015 nanti datang lagi..insyaAllah..

Sambal kat sini sedap.
Bergedil pun sedap.
Walaupun agak jauh kat shah alam sana.. boleh dikatakan setiap bulan mesti ada walaupun sekali kami sekeluarga pi makan kat sana. Area padang jawa. Rasanya masyarakat shah alam memang tau la kat mana kedai ayam penyet ni..

Bagi dayah kedudukan kedai ni macam tak strategik. Ceruk dalam kawasan kampung. Tapi setiap kali pergi...penuh..!
Rezeki Allah dah tentukan.. tempat tersorok pun boleh jadi punca rezeki juga...kan... pulak makanan sedap.. memang rekomen atas rekomen atas rekomen.. makin femes la kedai ni..

Okeh..tu je nak cerita..

Sesaja feeling nak hapdet blog..

Mulai tahun 2015 nanti..

Dayah taknak jadik blogger dah..
Dayah cuma nak jadi seseorang yang ada blog.Tempat untuk kongsi cerita.Tempat untuk bercerita.Siap boleh letak gambar. Untuk kenangan di hari tua..heheh..

Okbai ♥

Sunday, November 9, 2014

Sunday, November 2, 2014

Alhamdulillah, asap hitam berlalu pergi

Lama dayah termenung.
Itu yang berlaku setiap kali dayah nak cerita pasal kebakaran itu.

Entahlah.

Kesukaran mengarang tu di tahap maksima sebab nak memikirkan satu satu ayat. Tak mahu melukakan hati sendiri.

Dayah belum cukup bersedia.

Alhamdulillah hati dan jiwa semakin kuat.
Dayah dah boleh tidur malam semula.
Sehari dua nih dah takde mimpi ngeri lagi.

Alhamdulillah bantuan sokongan dorongan yang tak putus putus dayah terima banyak membantu.
terima kasih Allah kerana menghantar bantuan dan pertolongan Mu melalui mereka.

Alhamdulillah.

Dayah dah mula duduk rumah baru.

:)

Saturday, October 25, 2014

Terbakar. Dugaan tahun baru.

Lama termenung mencari sedikit kekuatan untuk bercerita. Sesuatu yang dayah nak luahkan. Tapi tak terluah.

Dayah nak kongsi pengalaman.

Ingat nak kongsi tu mudah.Sekadar menaip dan bercerita.Dayah kan manusia yang banyak cakap.Pom pang pom pang tu benda biasa bagi dayah. Ok. Dayah ingat nak bercerita.

Online.

Termenung.

Nak cerita apa?

Banyak yang boleh dayah cerita.
Dari awal kejadian hingga akhir kejadian.

Ok.

Tarik nafas. Hembus.

Berat.

Tak semudah yang disangka.

Sesungguhnya dayah serahkan sepenuhnya segala rasa pada Allah s.w.t.

Sejak malam kejadian. Itu yang dayah fikir. Itu yang dayah rasa. Perasaan melihat segalanya yang kita sayang hilang begitu saja memang sukar nak diluahkan. Berat. Tak tahu bagaimana nak susun atur ayat ketika bercerita kerana ia melibatkan hati dan perasaan sendiri.

Terima kasih pada setiap orang yang sudi hulur bantuan dan pertolongan.

Terima kasih banyak banyak.

Terima kasih.

Hingga kini. Dayah masih belum luahkan segala perasaan yang berombak dalam dada. Dayah masih belum keluarkan segala rasa ribut dalam hati. Walaupun pada suami. Sekadar berkongsi secebis gundah gulana dengan beberapa sahabat dan segenggam resah gelisah dengan suami dan anak.

Menangis. Belum.
Belum. Menangis.

Tarik nafas. Hembus.

Bersyukur tiada nyawa yang terkorban.
Itu lebih dari mencukupi.

Allah masih pinjamkan insan yang dayah sayang di dunia ini.

Manusia yang dayah cintai masih ada di sisi.

Bersyukur. Terima kasih Allah.

Sunday, October 19, 2014

Rumah saya terbakar

Saya buntu.
Saya rasa terkejut.

Terkejut yang amat sangat.
Sampai tak keluar airmata.

Sejak tengah malam semalam.
Melihat dari kejauhan api membakar satu persatu barangan peribadi dayah.

Dayah sungguh buntu.

Betul tak tahu nak buat apa.

Sangat ber syukur kerana ada orang sekeliling yang sudi membantu.

Terima kasih dayah ucapkan.

Dugaan Allah.

Allah tak beri apa kita mahu.
Allah beri apa yang kita perlu.

Thursday, October 9, 2014

kisah raya haji tahun ini


gigil jugak rasa tangan dayah nak menaip hehehe lama nau nau rasa tak hadap blog... tetiba datang mood nak pom pang pom pang....haaa...meh la share pasal raya haji yang lalu...

dayah balik kampung suami dayah..
kat ipoh perak.
sehari sebelum raya dayah sampai..
lepas tu terus pi tesco..
beli udang sebab plan nak masak nasi lemak sambal udang..
nak makan pagi raya tu..
kuah kacang..daging..ketupat palas..lemang dengan nasi impit ada jugak la..
dah kata raya kan.....cuma suami dengan anak dah request tu..
dayah masak jugak lah...pasal dayah dah jarang sangat masak..
hihi..

malam raya tu teringat  ingat susah betul nak tidur..
dayah jenis manusia susah nak tidur bila pindah tempat tidur..
last tengok jam pukul 4pagi kot..lepas tu sedar sedar lengan sasa kejut
suruh bangun solat subuh...sejuk oiii kat kampung... liat betul rasa nak bangun tu..
heheh..dah la payah nak tertidur kan...

lepas subuh sambung tidur balik kejap..
pukul 7 bangun telepon mak dayah dulu hehe..
sembang ngan keluarga sendiri dulu lepas tu baru mula masak nasi lemak..


lepas tu macam biasa raya pi masjid solat...lepas tu balik makan makan makan..
dalam pukul 9 tu suami dengan anak dayah pi tengok lembu yang dikorbankan..dayah lepak umah je basuh basuh pinggan....makan...sembang sembang...tengok tv... orang tak ramai kan raya haji...kat kampung suami dayah pun lengang jer...

sepanjang petang tu takde buat apa dah.. aktiviti memang makan sembang makan sembang tengok tv. lepas asar baru dayah merajinkan diri sikit mekap sebab nak ambik gambar syok sendiri ni...hehe.. lepas tu hapdet kat instagram sana... 

lepas settle amik gambar...terus cuci mekap....sambung makan lagi..
hehe kat kampung suami dayah tu ada satu lauk nih dipanggil daging masak hitam...sedap kemain.. tu yang dayah dok berulang makan tu....orang tak ramai..jadi tak la segan kan ...haaaa tetiba tercerita kat belog...abih sumer orang kampung tahu.....hehe..

lepas maghrib tu dayah ikut suami dayah pi umah pakcik dia..sembang sembang..makan lagi..hihi..

sekejap je kat umah pakcik dia...lepas tu laju laju balik..  nak kejor tengok akademi fantasia... haha...

masa tengah tengok akademi fantasia tu dayah rasa letih sangat dah...mengantuk..penat.. semua ada lah.... tak sempat tunggu habis af tu dayah dah tertidur...balik kampung biasalah... segala toto bantal semua memang depan tv je kan..


sedar tak sedar gitulah berlalunya sehari...kisah hari raya haji tahun nih..

alhamdulillah rezeki murah tahun nih..
perniagaan kecil dayah masih ada.
syukur.
terima kasih banyak banyak kat semua orang yang sudi beli dari dayah.

insyaAllah , ada rezeki lebih tahun depan dayah nak tumbangkan lembu sekor masa raya haji.
moga dipermudahkan, aamiin..

okbai..

Friday, October 3, 2014

Bulan 10 dah eh..

Cepat nya masa berlalu..
Tau tau je dah bulan 10...

Mula la dayah terpikir pikir...
Terkenang kenang..
Sejauh mana azam awal tahun 2014 terlaksana...?

Hurmm..

Rasa macam ada tiga empat perkara yang masih belum berjaya dayah buat..
Dan masih ada beberapa minggu sebelum tiba tahun baru.

Dan dayah harap menjelang akhir tahun nanti dayah berjaya buat semua yang dayah plan nak buat dalam tahun 2014..

InsyaAllah.

p/s: rindu dengan kamu wahai blog ♥

Saturday, September 6, 2014

#kbba , cabaran 30 hari, day 6

Apa anda makan hari ini.
Task ke enam.

Biskut kering celup dalam teh panas ooohhhh sedapnya dengan ice cream.
Sepanjang hari ini saja la yang dayah makan. Suami dengan anak sepanjang hari keluar. Father and son time kata mereka.. daripada pagi diorang keluar jogging lepas tu terus breakfast kat luar.  Balik siap hensem hensem wangi wangi diorang terus keluar pi tengok wayang , balik petang siap macho macho diorang pi gym balik maghrib siap gagah gagah pi latihan silat. Haaaaa... sepanjang hari kat luar..dan siap pesan kat dayah tak payah risaukan diorang.. jangan masak dan rehat banyak banyak.

Heehee.. actually makcik dayah tak berapa sihat.. jarang dayah ni tak sihat.. jarang batuk..jarang demam.. tapi bila sekali dijangkiti demam batuk selsema nih...boleh bawak meleret lebih seminggu.. ^_^

Dan sedikit rasa tak sedap tekak. Tonsil bengkak. Doktor suggest makan aiskrim. Katanya melegakan anak tekak dan bantu surutkan tonsil yang bengkak. Makan aiskrim.  Hahah.. kita yang tak tau apa pasal medic ni memang rasa nak gelak. Macam tak logik pun ada orang tak sihat disuruh makan ice cream.  Lantak lah.. syok jugak melayan se kotak ice cream sensorang. Makan. Dah kenyang simpan balik dalam peti ais. Lapar. Makan lagi ice cream. Sorang sorang balun se kotak macam tu. Puas nafsu makan. Puas hati. Kekekeke.. sesekali sulam dengan biskut dan teh panas. Boleh je nak masak bubur ke.. sup ke..tapi takde selera nak makan.

Layan la biskut kosong celup teh. Feveret. Ikut hati teringin nak makan megi kari letak fishball letak telur.. humang aii sodapnyeeee tapi suami ku tak bagi hihi.. dia kata kalau nak makan megi kena sihat dulu.  Dua kali pikir dah macam budak budak pulak dayah nih..heehee..

Itulah makanan saya hari ni.
Biskut kosong cicah teh panas.
Aiskrim.
dan hundred plus.. tak suka..
:( kena paksa telan jugalah....

Sekian

Friday, September 5, 2014

#kbba , cabaran 30 hari, day 5

Tiga perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih.
1. Maafkan i.
Heehee.. i kena pilih yang terbaik untuk masa depan i. Dengan ayat omputih best man win , i harap u redha. i takmau u kenang lagi kisah silam ya. i bahagia sangat sekarang ni. i minta maaf kerana tak memilih u. i yakin pilihan i tak salah. i tahu i jahat sebab putuskan hubungan kita demi dia, again, i have to do what i had to do. i choose him. I'm sorry. Let me go from your heart. It's belong to someone else. Not me. I'm so sorry.
2. Sekarang i meniaga online. Jual outfit plus size. Heehee.. i dah makin gemok. see..beruntung u kan? kalau i tak tinggalkan u dulu.. maybe u kawen dengan orang yang bakal gemok, ye dak? Haaaa.. tolong bgtau kenkawan u ye..mana tau ada orang mencari pakaian plus size kan..i ada jual tau.
3. Selain jual outfit plus size, kenkadang i buat cakes and cookies. For my husband sebab dia suka makan cakes and cookies yg i baked. Biasanya i akan baked lebih, packing then jual kat kenkawan terdekat atau jiran jiran. So kalau u nak cakes or cookies, bagitahu la.. i biasa buat chocolate flavour,  tapi bayar la ye.. hahah..
i ni je jenis banyak cakap u pun tau kan tapi task ni kata 3 perkara so i cakap dengan u 3 saja la ye.. okbai!
P/S: gigil kepala lutut nak bercakap, pasal yang mintak putus aku! Kang kalau kena penampor jepun, tak ke naya?

Thursday, September 4, 2014

#kbba , cabaran 30 hari , day 4

Buku kegemaran anda.
Cakap pasal buku. Memang kegemaran dayah. Dayah memang suka membaca. Apa yang menarik minat semua dayah baca. Dayah memang ada banyak buku. Segala macam jenis buku. Semua buku dayah sayang. Takde pilih kasih.
Cabaran hari keempat, buku kegemaran anda. Kalau nak cerita pasal buku kegemaran... haaaaaa... boleh juga..
Bukan semua buku kesayangan dayah tu dayah suka kekekeke.. walaupun suka membaca... kan..kan..kan.. ada je buku yang dayah tak minat tapi dah orang tersayang hadiah kan... dayah baca juga. Dayah kan suka membaca..buku tu je yang dayah tak suka.. hahah.. macam complicated..sukar difahami kan..
Kejap suka baca buku..kejap kang tak suka buku.. tapi kalau dibaca dengan teliti.. mesti paham maksud dayah tu.. tak paham jugak.. jom kita ngeteh...dayah explain bagi paham nak...... jom la..... hihi..
Buku kegemaran dayah. Doraemon. Berpuluh silap silap beratus komik ada dalam simpanan dayah. Paling win komik doraemon. Buku la tu.. buku komik..
Hihi.. terimalah kenyataan...  buku komik doraemon adalah buku kegemaran dayah..tengoklah.. buku tu dah kuning kelabu asap dah..naik lunyai.. dayah baca ratus kali.. ratus kali ketawa sorang..
Nak buat cemana... otak dayah memang beginilah...orang lain buku kegemaran semua grand va va voom kan... terimalah diri dayah seadanya..tolong jangan ejek dayah sebab buku kegemaran dayah adalah komik doraemon.
Jangan eh..jangan ejek. Ni hak peribadi. Ingat senang ke nak berterus terang nih..?
Bagi buku lima kang..nak??

Wednesday, September 3, 2014

#kbba , cabaran 30 hari , day 3

Sesuatu yang menguatkan anda.
Aku tengok je task nih.. aku senyum.
Aku tahu aku ada gambar yang cukup sesuai bagi aku la.. keadaan waktu aku ambik gambar tu.. itulah yang aku sedang fikirkan masa tu. Kekuatan aku.
Tak pernah terfikir yang aku akan guna gambar ni secepat nih. Masa aku amik gambar nih.. memang aku ada fikir nak abadikan kenangan manis tu..cuma tak sangka secepat nih..memandangkan masa aku ambik gambar tu aku tengah malas update blog kan..tapi aku ambik jugak gambar tu curik curik.. ^_^
Kekuatan aku.
Seorang suami yang sudi terima aku seadanya. Dan seorang anak yang terpaksa terima perangai ibu dia sepenuh jiwa raga. Heehee..
Masa ni jalan jalan raya ke perlis. Almost maghrib.. singgah sebuah surau yg dikelilingi sawah padi. Aku solat dulu masa nih.. bukan berjemaah. Cuma aku sengaja tunggu mereka habis solat. Nak salam cium tangan suami ambik berkat!
Sangat menyentuh hati bila aku tengok suami aku yang hensem berjemaah dengan anak yang soleh. Tu yang aku terus curik curik amik gambar. Masa tu lah terdetik dalam hati aku. Kekuatan aku.
kekuatan aku, solat.
Walau solat aku tak sempurna.
Banyak cacat cela.
Rompong dan rongak sini sana.
semoga Allah ampunkan dosa kita semua.. aamiin..
ikhlas, dayah.
^_^

Tuesday, September 2, 2014

#kbba , cabaran 30 hari , day 2

5 cara memenangi hati anda.

Ikut nafsu hipokrit dayah teringin betul nak jawab begini...
1. Hadiah kan dayah rumah banglo
2. Bagi dayah sebuah kereta audi
3. Belanja dayah sepuluh gram emas setiap bulan
4. Bawa dayah shopping setiap minggu
5. Belikan dayah handphone baru seriap kali ada model terbaru dari sony
Wahhh...gitu... mengalahkan ratu cantik dah kekdahnya.. hahah..

Sebenarnya.. dayah rasa susah betul nak jawab soalan ni. susah nak cakap pasal hati. Haha.. jenis oldskool macam dayah nih.. bila disentuh pasal hati nih.. memang lama lah dayah pikir.. pikir.. pikir..  tak boleh buat main pasal hati nih.. ♥

lepas lama fikir..ini yang mendapat tempat teratas. cara yang mampu menambat hati.


1. Sentiasa berasa dalam tangga teratas la kot. Belanja dayah kfc..! Hahah.. kfc ni sangat dekat dengan hati dayah.. kecik kecik dulu bila ada hari istimewa yang nak di rai..kfc la  makanan nampak mewah yang senang dimiliki.. orang tua dayah selalu beli kfc je lah.... kami bukan keluarga kaya.. jadik bila dapat makan kfc tu dia punya gembira memang tak terkata. Beli tak banyak pun..tapi masing masing makan berkongsi.. oowwhh sangat manis.. jadi kfc always win.. walau kami adik beradik akhirnya kini dah mampu..(Alhamdulillah) tak pernah lagi lupa diri. Susah nak explain kat orang yang tak alami apa yang kita lalui.. heehee.. kfc always win. Always. Dekat di hati.


2. Belanja nasi ayam pelisss.. hehehe.. makan lagi... kakakakakahkah.. mana tak gemok kan... hihi.. tapi sungguh la.. dayah ni penggemar nasi ayam... kalau pergi pasar malam ada lima stall nasi ayam..lima lima tu dayah akan beli dan try.. kekekeke.. rasa sikit sikit.. share la ngan keluarga.. janji merasa.. mujur juga packaging nasi ayam ni bukan jenis penuh.. selalu nasi kan secawan.. adoii.. dah sembang pasal nasi ayam pulak makcik nih kannnn.. hihi.. sungguh la.. nasi ayam sering menambat hati.. tak pernah gagal la setakat nih.. ♥ hikhik..

3. Durian crepe. Nampak je durian crepe..terus masuk setengah inci dalam hati ni.. ngahahaha.. teman kan oghang peghak... segala yang berkaitan dengan durian teman suka.. paling win durian crepe.. pasal durian crepe dah kawen dengan creme yang sedap dan manis..gituh... buat sementara.. durian crepe memang antara makanan menarik di dunia... tapi durian crepe ni baru hadir setahun dua je.. jadik tak mustahil nko akan digantikan yer durian crepe.. hahahahah.. buat masa ni.. durian crepe juga dekat di hati..


4. Nasi ayam.. lagiii..?? Yup.. nasi ayam.. hahahah.. Iolls tak mampu menipu diri sendiri.. sesungguhnya nasi ayam nih sangat sangat memikat hati... ehh.. nasi ayam seperti didalam gambar diatas sahaja.. yang hanya dijual disatu tempat saja..yang hanya dijual oleh pakcik dan makcik yg berniaga di depan masjid kajang saja.. haaa siap bgtau lokasi.. pi la try..  dia punya nasi..sambal kicap sup ayam semua mabeles...oii..oii.. makan sepinggan boleh buat hati terpikat setahun oii.. haha.. nkorang tak pernah rasa maka nkorang tak tau.. jadi terima saja kenyataan nasi ayam diatas adalah antara perkara menarik di dunia yang menambat hati dayah.. hihi.. (mi kari dia pun sedap jugak....haahaa sempat promote..)


5. Never say never. Sate dan cendol.. yup.. makanan lagi.. hahah.. sukati lah.. dah memang ini yang menyentuh hati dayah.. phewww.. membesar kat kajang buat dayah sebati dengan sate.. hihi.. satu malaysia ada jual sate.. tapi cuma satu kedai tu je yang menarik hati dayah..setiap minggu! Kalau terbabas seminggu tak pergi.. the next following week mesti nak jugak jugak.. adalah satu kedai yang agak terpencil kat kajang nih.. terpencil terpencil pun setiap malam sate yang dijual nya laris dibeli pelanggan setia.. hehe..
Cendol tu bukan minat sangat..terpaksa beli je.. sebab kesian kat orang yang jual nya..takde orang nak beli cendol dia.. semua dok  beratur beli sate je.. selepas bertahun tahun.. jadik kebiasaan.. cendol tu dah jadik kegemaran la sudahnya.. hikhik..

Senang je rasa nya kan... bawak pi makan .. makan..makan.. sampai gemok.. haha.. maca senang je nak memenangi hati Ioll kan.. dah memang setiap manusia tak sama.. lagi pulak.. sebenarnya hati dayah dah lama takde.. dah bertahun tahun lamanya.. dayah dah serah hati dayah kat dia.. dayah dah takde hati nak dimenangi dah..


Hahah.. bajet sweet la makcik dayah ni kan.. kekekeke..
Tapi itu la kenyataannya.. sebab tu susah nak settlekan task yang ini.. yang ada kat dayah sekarang hati lelaki hensem tu lah... sebab tu kuat makan.. hahahah.. dah memang rahsia memikat lelaki ialah kenyangkan perutnya.. gitu...haha.. semoga alasan ini logik diterima...

Peace yawww..!


P/S : donut tu pun memikat jugak tu.. menambat hati jugak tu.. kan... hihi. ♥

Monday, September 1, 2014

#kbba , cabaran 30 hari , day 1

Haaaaa... sungguh dayah terpengaruh la kali n dengan satu fenomena baru ye.. tetiba penuh wall fb dengan hashtag cabaran tiga puluh hari.. biasa nampak hashtag kelab blogger ben ashaari je.. cam biasa dayah jadik silent reader je.. baca mana yang sempat.. komen dah malas.. membebel setakat dalam hati je... hihi..

Dalam dok baca baca dan baca.. hati dayah rasa macam best jugak la cabaran nih.. mampu ke nak hapdet blog tiga puluh hari direct dengan task.. dan game macam ni kena jujur lah dari hati kan.. ke dayah je anggap begitu? Hehe.. tak kisah lah.. yang penting lepas fikir seketika.. dayah rasa nak join.. mana tau mampu menarik minat nak ber blog hari hari macam satu ketika dulu lepas nih kan..

Maka dayah mencarik cik sue, dan mintak cop mohor nak join..

Cabaran hari pertama,

1 gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda.


Setakat nak gambar terbaru.. no hal..hehe..
Kaki selfie macam dayah akan sentiasa ada gambar terbaru kekeke.. kalau tak fikir aurat tengah mandi pun mau ada satu gambar selfie hahah.. mujur lah tahap ketagih selfie tak sampai tahap itu lagi.. hihi.. gila kalau tersebar gambar selfie masa mandi.. mau viral dengan tajuk makcik tak sedar diri berselfie ketika mandi kang...

Ok..ok..

5 fakta mengenai dayah.

1. Sangat suka makan kfc. Hahah.. mana tak gemok kan. Eh.. gemok tu fakta jugak tapi semua orang boleh nampak jelas.. jadi tak perlu la makcik bg kenyataan bertulis lagi ye dak.. haha.. yup.. dayah sangat suka kfc. Mujurlah tak perlu buat penerangan jelas tentang fakta diri sendiri kan.. jadi.. boleh berhenti disitu. Dayah suka makan kfc.

2. Dayah sangat suka nasi kerabu dengan solok dan daging bakar. Deerrr..
Makanan jugak yang jadik pilihan... haha.. sedappp lah nasi kerabu... sendiri tengok sendiri terliur pulak sekarang... hahah.. tapi ini lah fakta. Dayah suka nasi kerabu.

3. Suka dengar suria fm. Sebab ada linda onn.. heheh.. sekarang dah lebih syok sebab ada adibah noor.. haaaa.. 3 in 1 pulak fakta kali nih.. pakej. Dayah suka dengar suria fm.suka linda onn.suka adibah noor. Daripada gambar boleh dikenal pasti dayah suka makan nanananano, suka charge tepon masa memandu dan suka guna smart tag bila lalu tol. Hahaha.. ini semua fakta la.. yang dayah buat hari hari tapi tak semua orang tahu kan..

4. Dayah suka memandu laju laju bila dapat peluang. Selalu hadap jalan jammed tersengguk sengguk.. kalau dapat masuk gear 3 tekan sikit masuk gear 4.. tak tahan masuk gear lima.. turun gear 4 balik kejap.. gear lima balik.. pergghhh.. dapat cecah 140km tu amik gambar lepas tu watsap kat suami dayah yang hensem tu bagi dia sakit dada dengan perangai bini dia..hahah.. biasanya dayah dapat peluang tekan minyak kat highway je la.. memandu la selaju suka hati nkorang selagi nkorang yakin jangan over sangat dah sebab malang tak ber bau kan.. masing masing dah besar.. tahu masing masing dah ada tanggungjawab kan.. ha.. dah kenapa aku yang bawak laju aku pulak yang membebel kan... kekeke.. ok.. satu lagi fakta.. tak padan dengan gemuk..dayah suka bawak laju laju.. bila keadaan mengizinkan lah...

5. Dayah suka ambik gambar candid yang cantik. Bukan senang nak dapat candid yang cantik kan..sesetengah gambar candid buat seseorang nampak tak berapa lawa.. kenkadang gambar goyang.. lighting tak cukup.. macam macam la.. gambar candid kan.. bukan nye orang tu tau nak sedia posing kan.. haaa.. ampun mummy daddy.. anak menantu letak gambar candid mummy daddy kat sini..hihi..

Gitulah.. lima fakta yang dayah rasa nak share dengan orang ramai walaupun dayah tau orang ramai bukan nak baca pun.. hahah..

Tetiba dah habis.. sikit sangat mintak pun kekekeke.. dengan manusia banyak cakap dan suka berlebihan macam dayah ni.. lima tak cukup.. hahah.. fakta jugak tu.. hihi..

Selain daripada suka makan, dayah jugak suka lelaki tu... hiihii.. #FaktaPalingPenting

Wednesday, August 27, 2014

bowling kat alamanda

dah berkurun sangat rasanya dayah tak update blog dengan penuh perhatian.

sejak terbaca entry rindu awak juta juta persen tu.. hati memang asyik teringat ingat kat blog..
tak tau la apa kena mengena cerita tu dengan urat saraf dayah nih.. mungkin sebab gaya penyampaian cerita tu dekat sangat dengan hati menyebabkan kita rindu kat blog sendiri kot...

so sementara mood tengah ada meh la kita berkongsi cerita...

last week bapak mentua dayah ajak meeting kat alamanda,
meeting pasal nak buat persembahan masa sambutan raya kat balai.
meeting nya kejap je...lepas tu kitorang main bowling...

rasa macam dah berkurun tak ngadap bowling...dayah memang tak pandai main sangat tapi sebagai perempuan zaman milennium ni kan..segala benda mesti nak cuba buat...selagi bersesuaian... buat.. 
sebab tu sejak dulu walau  tak pandai cemana sekali pun kalau ada peluang lontar bola bowling tu.. dayah mesti  lontar.. ioll takde la hebat kan.. setakat nak dapat 30 ke 40 markah tu.. pe de hal...kacang.. heehee..


sempat la amik satu gambar ramai ramai walaupun tak ready lagi...

haaaa... masa ni memang kemain semangat nak menang.
motip utama ioll nak kalahkan bapak mentua ioll kahkah..
sebab dia kan dah tua.. mesti tak larat nak campak bola bowling tu kan..
hikhik..


gambar candid ni mom in law yang amik..
ioll ni memang pencinta gambar candid hewhewhew..
gambar candid yang cantik..puas hati tgk..
bukan senang nak amik gambar candid kan..
tambah dengan kamera henpon je...
tu bapak mentua ioll tu muka frust la tu..
baling ke longkang la tu.. hihi..


first time hakim main bowling dua set.
naikkan pagar tu kiri kanan, so memang takkan jatuh ke longkang la..
actually hari tu sepatutnya kitorang hadirkan diri ke open house kenkawan..
tapi dah bapak mentua ioll panggil mengadap..
cancel la semua plan....... hakim dah buat muka sedih dah..
yelah..tak jadik jalan jalan kan...
tapi bila diberitahu yang grandpa dia nak belanja bowling.. yuhhuu..
#rezekiJanganditolak















bapak mentua dayah amik game tiga set.. memang puas hati lempar bola bowling tu sampai lebam hekhek... masing masing dah tua woooo... sambil main sambil ambik gambar... rileks..takde apa nak kejar kan...kan..

padahal masa ni ioll dah a little bit stresssssssss...
pasal bapak mentua dayah tu nampak je dah tua eeihhh tapi lontaran dia masih power... gggrrrr.. kitorang laki bini memang tertinggal jauh la dari markah dia...siyes stress.. walaupun bila papa strike dayah dok high five... 10percent dalam hati tak ikhlas eh..kahkah.. sakit hati orang tua tu strike yang kitorang memanjang longkang....
pppffftttttt.. suami dayah yang hensem kata sebab dia dah lama tak main bowling jadik skill dah hilang..
ppppppffffffttttttt sekali lagi...


nih namanya moment sakit hati..
melalui gambar... boleh agak tak apa citer nya?

bapak mentua yang separuh hensem cakap kat suami yang sangat hensem , kalau jatuh dua dua pin bowl tu, amik beg duit dia sebagai ganjaran... kah...! ingat senang...
hahah..! konfiden je kan orang tua tu offer beg duit kat anak lelaki dia... mentang mentang dia power bowling kan...mentang mentang dia tau kemampuan anak lelaki dia kan... gambar nih memang memori pahit kat suami dayah hahah..saper saper yang ada dalam situasi nih pun akan stress... cemana orang amatur macam kitaorang nak jatuhkan pin tu kan.........................
takpe papa... takpe............


papa dengan adik ipar yang paling bongsu, one and only adik suami dayah... buat masa nih lah... tak tau la kan kot akan datang ada rezeki nak dapat adik ipar kan... mom in law ioll masih remaja gitu...(papa je yang warga emas..orang lelaki zaman skrg mmg sentiasa nampak tua dari usia sebenar kan...) haaaaa... hakim dok main dengan mak su dia la satu row... dayah dengan suami dayah dan papa satu row.. mom in law tak main sekali masa tu..

papa kata nanti ada tournament antara adik beradik papa..
ada hadiah... yezzaa kalau ada hadiah harus main bebetul... segala bakat sukan bawak keluar..
tapi.....tu pun kalau suami dayah tak merajuk dengan papa dia lah....
maklumlah....suami dayah tu kan anak lelaki tunggal.... manja sangatttttttttttttttttttttttttttttttttttt..
^_^

kepada suami kesayangan ku, pls jangan merajuk dengan papa sebab isteri mu ini nak berentap tournament bowling okeh..? lama dah rasa nya tak rebut pingat piala trofi dan hadiah... kali terakhir pun masa hari sukan tadika enam tahun dulu..... hikhik..

:P


walaupun gambar ni goyang....dayah nak letak jugak...
sebab rasanya ni memang kali pertama hakim main dua game berturut turut..
dia memang happy la.... tapi selalu hentak kaki bengang dengan mak su dia.. mak su dia nye score lagi tinggi hahah..tercabar la kot kelakian dia kannnn... penat pujuk eihhh budak kecik nih...

gaduh kawan gaduh kawan gaduh kawan..
last last dayah meletop jugak marah suruh dia duduk diam diam.. kekeke..

marah sebab sayang anak wwoooooo....
^_^


hhaaaaa...... dulu dulu dayah selalu jugak main bowling dengan skirt labuh...
hari tu balik open house weeihhh dengan jubah ioll lontar bola bowling tu ehhh..
kekekeke... lantak situ dengan etika pemakaian ketika bersukan hahah..~

eehhh... bayar pakai duit bapa mertua ioll okeh..
bukan duit uollsss..bluekk..
:P


last....!

selfie ngan anak tersayang..
tak mekap tak bedak tak lipstik apa pun tak!
takde 360 takde edit terimalah kedut di muka seadanya..
dengan suami tercinta nan hado gambar..

haha..siyes tak teringat nak bergambar dengan cik abang kita tu pasal last game tu..
tetiba father in law ioll kata..

"saper kalah belanja makan"
pergghhh..

stress tau stress...

bukan kisah sangat bab belanja makan..
kisahkan taknak kalah tu..

haaaaa.....dah la beria kan kengkonon target nak kalahkan bapak mentua sendiri..
alih alih orang tua tu yang markah tinggi...

eeeiiihhh tak ble terima kenyataan rasanya tau..

markah kitorang laki bini kalaudah campur pun masih tak boleh lawan markah bapak mentua dayah tau!
aaarggghhh ikut hati memang nak repeat hahah..tapi dah lewat malam...tenaga pun dah tak berapa nak ada...
next time je lah kan..........................

balik malam tu tetiba kan suami ioll kata...

"sekarang dah taknak selfie dengan suami dah... yelah..."

hahaha....
rupanya dia perasan la makcik tak  bergambar dengan dia... macam dulu dulu..

nak salahkan bapak mentua boleh dak...?
keekekeeekeee..yelah..kalaupapa tak ajak fight.. takde la stress..
kalau tak stress..mesti ingat nak amik gambar berdua kan...

tak pun salahkan suami..
apasal dia perform bebetul.. kalau perform bebetul mesti papa dah kalah..
kalau papa kalah..mesti gembira dan kita mesti amik gambar kenangan kan..?

haaa...pilih salah satu diatas ye encik suami..

yang penting....ioll tak bersalah....kekekeke..

p/s : makcik dyh takde kuasa nak approve komen kalian.. tapi makcik baca satu satu tau..
tunggu la BIGBOSS sorang tu baca.... nanti kalau isteri pandai pandai approve komen kang tak syok la..
makcik kan jenis manusia nak buat apa pun nak restu suami jugak dulu.. walaupun benda tu kecik je seperti nak tukar duit syiling dengan duit kertas sebab nak beli air tin kat mesin...selagi suami tak kata ok awak tukar la duit tu selagi tu la makcik renung je telepon tunggu keizinan..tahan la dahaga tu.. #VillagePeopleTahun50an sangat makcik nih kan... nak buat cemana....terima la saya seadanya..
thank you sudi baca..thank you sudi komen..
heeeeeeee ^_^


p/s: encik suami... baca la komen.. approved la komen... pehlissss.. walaupun komen tak banyak mana tapi untuk blog kecil macam ni..dah ada orang nak komen tu pun dah rasa happy sangat tau..... heehee..

Monday, August 11, 2014

Teringat kenangan manis

Dua tiga hari lepas beraya.. tuan rumah tu sekeluarga main mercun dan bunga api secara besar besaran.. memang meriah open house tu dengan kanak kanak main bunga api yang remaja main mercun dengan muzik yang berkumandang tak putus putus lagu raya makanan yang sedap sedap.. pemandangan dan suasana biasa open house hari raya.. kelainannya rumah tu kat tepi padang golf kat monterez sana..

Bila ada bunga api boom baam boom..

Makcik dayah teringat kenangan masa bercinta sepuluh sebelas tahun yang lepas.. dalam setahun beberapa kali "boyfriend" makcik dayah bawak tgk pertunjukan bunga api.. tahun baru, malam merdeka..malam tahun baru cina.. masa tu masih mentah sangat sebagai remaja belia yang jelita.. tengok bunga api dengan orang yang dicintai feeling dia adalah sangat best dan dalam seluruh couple yang ada di malaysia kita rasa kita adalah pasangan paling romantika sekaliiii.. gitu feeling nya..

Masa tu.. makcik dayah selalu fikir..

Kan best kalau dapat ambik gambar kenangan berlatarbelakangkan bunga api...kenangan yg best kot..kan?

Tapi..bercinta waktu tu.. waktu student.. waktu handphone nokia 3310.. mana nak ada camera.. segala memori simpan kat otak je.. kamera zaman tu masih pakai filem dan kos bergambar agak mahal.. eeeehhh kalau dikenang memang syahdu sungguh la rasa hati.. impian zaman remaja..

Dah selamat menikah dah beranak pinak.. dah zaman cenggini canggih senang nak bergambar..dah tak ingat pulak impian satu ketika dulu..

Jadi kebetulan masa ada bunga api masa pi open house tu.. otomatik ntah kenapa makcik dayah teringat... teringat impian suci murni masa muda remaja dulu.. bila cerita kat suami makcik dayah.. terus dia ajak selfie... oouhhh..

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal.
Pucuk dicita ulam mendatang.

Laju laju makcik dayah capai henpon dalam bag dan klik klik klik tak tgk kiri kanan dah...hikhik..

Sepanjang malam dalam perjalanan balik tu... makcik dayah rasa makcik dayah asyik senyum sorang je.. happy betul rasanya mengenangkan kenangan lama.. dan tak sangka satu hari makcik dayah dapat juga ambil gambar berlatarbelakangkan bunga api..

Udah rasa macam dalam drama tv pun ada.. hiihii..

Salah satu kenangan manis..

Ok..tu je nak cerita..
Kbai!

Thursday, August 7, 2014

Belek gambar si dia pukul 3 pagi

Fikir panjang nak meluah rasa hati kat blog sendiri. Sebelum ni dayah ada buat blog kosong dan private semata mata nak guna bila rasa nak meluahkan perasaan.. ala ala diari zaman dulu menulis zaman sekarang keletang keletung dihujung jari tapi dayah lupa dah email serta password utk blog itu.. dah lama sangat sangat tak guna.. blog kudus ni pun bernasib baik masih wujud sebab dah autolink.. kalau nak kena log in balik memang tak lah.. tak teringat password dah.. nak harap suami dayah yang hensem dan semakin seksi.. hhuurrmmmpphhhh dia pun dah lama tak hapdet blog..  masing masing sebok.. bila ada masa terluang tu memang guna sebaiknya untuk perkara yang sepatutnya..

Dan kenapa pada pukul 3 pagi tiba tiba makcik dayah ni nak hapdet blog?

Ada satu rasa dalam hati.
Rasa. Dalam hati dayah.

Rutin suami dayah sejak beberapa bulan yang lepas, pergi gym dan setiap malam sebelum midnight dia sampai la rumah.. suami dayah dengan penuh disiplin mengikuti ntah apa class membina badan kat gym demi mendapatkan badan yang sasa dan seksi.. ntahlah awek mana yang nak ditackle nya tu ye dakkk :p maklumlah dayah kan makin tua.. mana tahu kan.. kan.. kan.. lelaki kan boleh kahwin 4... tu yang suami ioll dok pulun jaga badan kan... #eh !

Biasanya setiap malam suami dayah akan tanya nak apa apa makanan tak?
Nampak tak sesuatu? Suami sibuk ke gym menguruskan badan dan isteri dia tanya pasal makan makan makan.. dia takmau isteri dia kurus pasal isteri dia gemok gemok ni pun nampak lawa :p kang kalau kurus bukan main jelita nanti.. hihi #syoksendiri sukati la ioll nak tulis apa kekdahnya... ;)

Macam biasa suami dayah yang hensem gagah tampan kacak seksi dan sasa tanya kat dayah nak apa apa makanan tak.. maklumlah gym dia dekat dengan downtown.. kan penuh dengan local food hinggalah western food kat downtown tu.. macam biasa dayah mesti la order kan hehe.. rugi lah tak order.. bukan orang lain yang tanya nak makan apa..suami sendiri.. kang kalau tak jawab dosa.. maka dayah jawab la pertanyaan suami dayah dengan penuh kasih sayang.. :p

Dan bila suami dayah sampai.. dihulurkan plastik yang mengandungi makanan yang dayah nak.. dan sebungkus plastik yang berisi dodol.

Ya.

Sangat tragis tangisan terharu dalam hati dayah.. sebab memang tahun ni..setakat nih.. dayah rasa macam tak puas makan dodol.. hekhek.. dasar kuat makan sangat kan.. mana tak gemok kan kan kan ;)

Siyes memang rasa sangat sangat sangat kat anak tekak.. macam nak makan dodol puas puas.... tapi permintaan tinggal permintaan.. tak terkeluar kat anak tekak nak suarakan kat suami dayah yang hensem dan tampan itu.. kadang terfikir sensorang kalau meminta minta sangat tu macam tak bersyukur pulak dengan rezeki yang ada setakat ni.. gitu.. maka senyap kan saja la keinginan hati nak makan dodol puas puas.

Tu yang sangat mengharukan bila tetiba ada sebungkus besar dodol dalam satu lagi bungkusan plastik tu.. hurmm tetiba rasa suami sendiri adalah sweet dan romantik. Fikir dua kali dia memang begitu sejak dulu pun. Sweet dan romantik. Sejak akhir akhir nih seksi dan sasa masuk dalam pakej suami :p

Kita tak cakap kita teringin nak makan apa.. tetiba dia belikan.. rasa macam chemistry yang ada tu ber lip lap lip lap berkelip bagai bintang bersinar bagai bulan gitu...

Hakikatnya, rezeki Allah kurniakan ♥

Tapi sebagai anak melayu yang tak boleh lari dari drama swasta.. feeling feeling syok sendiri suami ku bukan saja seksi dan sasa tapi jugak sweet dan romantik dayah tetap merasakan sesuatu dalam hati bila tgk ada dodol utk dayah..

Dup dap dup dap..

Rasa macam cinta.
Kompius pun ada.
Cinta kat dodol?
Atau kat orang yang membeli dodol tu?

P/S: mula mula ingat nak up gambar dodol.. pikir lima enam kali.. baik up gambar mengada ngada kitorang hiiiihiii..

Wednesday, July 16, 2014

Di waktu seluruh malaysia marah awek stereng lock

Tak tau la kenapa..

Walaupun budak perempuan tu berkelakuan dah macam gangster.. simpati dayah tetap pada perenpuan tu..

Tak tertahan dalam hati bila baca komen komen yang mengutuk perbuatan dia. Yup apa yang dia buat salah.. mengamuk dalam keadaan marah..

Budak budak lagi kot...?

Entahlah...

Pelik.  Tapi dayah akui yang dayah rasa kagum dengan keberanian gadis stereng lock tu..

Pengalaman yang dayah lalui.. itu yang buat dayah kagum.. memang banyak pemandu biadap kat luar sana..

Daripada video perempuan mengamuk dengan stereng lock tu dayah nampak pakcik tua tu ada jugak tunding jari dan ckp kat perempuan tu jangan buat mcm tu kat dia...

Hurmmm..

Mungkin dayah racist. Maka dayah kata padan muka. Tapi mengenali sikap perangai bangsa itu buat dayah yakin.. kalau tak kerana orang sekeliling dan pakcik tu takde geng.. dia tentu dah tunjuk belang jugak..

Dah tersebar dah status anak dia mencarut dan maki perempuan tu...

Nampak jelas yg anak pakcik tu pun lebih kurang je.............. yelah... sekarang hampir satu malaysia mengutuk budak perempuan yang mengamuk dengan stereng lock tu kan... sah sah mereka rasa mereka ada back up yang kuat...

Kalau ya pun budak perempuan tu melampau dan bersalah... yang lain lain tu..... sedikit sebanyak lebih kurang ada takde sama je... kutuk budak tu.. ada yang libatkan mak bapak...

Yang sentuh pasal mak bapak budak tu...
Cuba kalau ambik balik soalan ni..
Mak bapak nko tak ajar ke supaya jangan menghina orang.. jangan libatkan mak bapak orang kerana anak buat salah.

Dayah tak tau la...

Tak tau kenapa...

Semua orang mengomen macam diri masing masing mulia sangat....

Yup. Budak tu buat salah.

Tapi cara kita nih... membantu ke budak tu jadi betul..

Kesian dia..

Kesian jugak kat kita..

Hurmmm..

Kepada awek stereng lock.
Akak kagum dengan keberanian awak.
Tapi tetaplah... keberanian awak yg melampau tu salah....
Tak patut apa yang awak buat tu..
Tapi semua orang buat salah dalam hidup ni..
:)
Bertabahlah.
Semoga awak kuat.

:)

Saturday, June 21, 2014

Kerja ku sekarang

Beli barang.
Ambik gambar.
Upload gambar.

Jual barang.

Tu lah kerja dayah sekarang.
Gembira. Dan rasa lebih puas.

Tapi dia punya letiiiiiihhhh.......

Phewww!

Kadang kadang rasa jugak macam nak give up. Dalam pada nak give up tu sedar tak sedar dayah dah mula melangkah setapak lagi dalam hal hal meniaga nih. Daripada cuma meniaga kecil kecilan secara online.. lebih kurang seminggu lagi dayah akan mula berniaga secara offline juga..

Dayah dah sewa tapak meniaga kat bangi..ruang nya kecil saja..tapi sewa boleh tahannnn jugak la mahal hehehe.. pikir beratus kali..ntah ntah dah ribu ribu kali pikir nak berniaga ada tapak tetap sebab nak membayar sewa setiap bulan dan perlu komitmen yang tinggi nak meniaga tunggu kat kedai sendiri.. nak upah orang memang tak mampu lagi..

Banyak benda difikirkan.

Sedar tak sedar.. kurang lebih seminggu lagi.. hurmmm.. gusar jugak dalam hati terfikir salah betul keputusan yang dayah buat tapi kalau tak pernah mencuba macam mana nak tau ada hasil atau tak kan kan kan..

Semoga kedai kecil dayah semakin maju aamiin..
Semoga setiap barang yang dayah jual dibeli orang aamiin..

InsyaAllah ♡

Okeh.. yang nak dipublish kisah harian banyak sangkut kat draft tapi kisah kisah mcm tu dayah tgu suami dayah baca dulu then kalau dia approve baru publish..

Setakat bebelan kosong macam ni dia kat sebelah dah boleh dengar dayah cakap sambil menaip hehe.. so boleh publish terus.. segala komen komen kalian.. ha.. mesti ada yg terfikir kenapa komen nkorang tak publish.. dayah baca je komen kalian yg sudi komen tu.. tapi tu lah.. bab bab approve ni mmg dayah serah kat tangan suami dayah la.. :)

Gini la gayanya bila hidup berkongsi segala galanya..

Okeh.. nite.. ♡

Tuesday, June 10, 2014

Pantas masa berlalu

Dah bulan jun..
Dah setengah tahun..

Dayah rindu juga dunia blogging..
Kadang kadang perasaan tu datang..
Cepat cepat dayah halau pergi..

Buat masa ni..
Fokus dayah adalah pada perniagaan kecil dayah..

Alhamdulillah.. perniagaan online yang bermula secara kecil kecilan ni dah mula nampak hasilnya.. dayah bersyukur sangat sangat dengan rezeki yang Allah s.w.t kurniakan..

Segala hasil penat lelah berusaha siang malam.. bukan senang untuk stabilkan pendapatan apa lagi dayah bermula dengan modal yang kecil.. insyaAllah sedikit masa lagi dayah akan ada tapak kecil untuk dijadikan butik kecil.. tapak perniagaan tetap..

Dayah tak nafikan dayah mula menarik nafas lega dan mula senyum dengan apa yang dayah perolehi hari ini.. bukan mudah untuk mula berniaga.. dan sebenarnya lebih payah untuk cuba kekal dengan nya.. tapi tak mustahil untuk berjaya dengan kerja keras dan usaha tanpa kenal erti putus asa.. janji Allah itu pasti..

Terima kasih Allah.

Terima kasih semua orang yang menyokong dayah sejak dari dayah mula berniaga hingga sekarang.. semoga kalian sudi menyokong dayah lagi di masa depan..

Dayah tak nafikan.. permulaan dayah sedikit lancar dan mudah kerana sokongan rakan blogger.

Kalian tahu siapa diri kalian.
Terima kasih.

Dan paling dayah sayang dalam hidup..
Suami dan anak dan anak..

Terima kasih banyak banyak banyak ♥

Yeay...! Tetiba buat entry ala ala retis menang award kan.. haha..

Suka hati titew la.. blog titew..

:p

Satu hari nanti..... dayah harap dayah akan mula berblog secara konsisten kembali.. :)

Monday, May 5, 2014

Ku tewas

Gitu la title entry pasrah..

Memang sambil mengunyah pizza tu..
Mata dayah dok belek je ruangan bawah kat dalam pkns bangi tu.. huhu..

Jadi lepas makan.. dayah tarik la tangan hakim singgah singgah kejap la "kononnya"  haha.. walaupun dah pasti dah hakikat masa tu.. mesti terbeli jugak kang....

Billion nih memang pasaraya yang dayah dah kenal pasti sejak zaman sekolah menengah lagi... harga barangan yang dijual semua mesra poket... hihi ayat feveret bff dayah la tu.. dah jadik mak mak ni berbelanja harus yang mesra poket sajo... hikhik..

Puas hati la..dayah beli 3 helai tshirt dengan sepasang baju tidur hakim dan jumlah keseluruhan 60 hengget lebih.. tshirt yang cantik..kualiti yang baik.. memang berbaloi baloi.. kalau tak mengenangkan takut kena bebel ngan suami dayah.. hehe.. memang dayah rasa dayah nak memborong lagi... heeee tapi siyes tak sanggup nak dengar suami dayah bebel.. beli benda yang tak perlu sebenarnya.. hehe biasa lah perempuan kan kan kan..

Walaupun dah ada segala keperluan kan.. pantang nampak perkataan sale.. tetiba rasa segala kain baju kat umah tak cukup lah..dah kecik la..dah sendat la.. dalam otak tu asyik pikir.. murah murah.. rugi aku tak beli nih Ngahahahaha.. kalau dikenang memang ngeng! Ntah apa yang ruginya tak tau la kan..hihi..

Beringat ingat la dayah membeli tadi..

Nih dalam nak up cerita pun..masih dok cakap dalam hati.. rugi tak beli lebih sikit tadi.... memang sesuatu betul lah.. pasaraya, jualan murah dan perempuan. Huhu..

Dah selesai beli.. baru ingat misi mencari tiket wayang... haha.. dan ngam ngam beli.. suami dayah telefon... adehhhh..

Bersambung.

Sunday, May 4, 2014

Dalam setiap gigitan mesra

Sedapnya.. Alhamdulillah Allah beri nikmat Allah beri rezeki.

Maybe tak sesedap pizza hut atau Domino's yang femes itu kan kan kan.. sesekali harus support local product.. niat ioll suci murni.. hihi..

Sejak dua menjak jadi usahawan wanita nih... gitu lah... setiap kali nak beli sesuatu.. fikir panjang panjang..
Hihi..

Kalau dulu tak pernah pikir apa.. ada duit extra je.. beli beli dan beli..

Okeh.. menikmati pizza pah yang sedap. Menepati citarasa tempatan dan harganya mesra poket serta restorannya adalah selesa dan layanan serta servis yang diberikan memang terbaik. Kat kompleks pkns bangi.

Tingkat satu..
Dan dayah nampak kat ground floor macam ada jualan murah je.. hurmmm..

Gatal je kaki nak jengah jengah..
Boleh kot singgah kejap kan..?

^_^

bersambung..

Misi mencari tiket

Awal pagi kitorang keluar hari nih.. nak mencari tiket wayang cerita spiderman..

Beli awal la.. sebab nak seat belakang.. plan nak tengok maybe rabu atau khamis.. huhu.. tu pun belum tentu dapat tiket kang.. hero hero dayah nih nak seat belakang belakang je.. tak berapa nak suka la walaupun seat tengah.. cam tak syok feel dia..

Suami dayah yang hensem gi gym.. work out je memanjang dia tu.. haha.. nak maintain hensem kan.  Bini dia nih je yang tak insaf insaf..tak reti reti nak exercise langsung.. hihi.. dalam hati memanjang feeling selamat sebab dah ada orang sayang..gituh.. esok esok kalau orang tu kena kebas ngan awek hot haaaaa agaknya baru nak nangis nangis pasang badan balik kan kan kan.. ;)

Biasalah orang perempuan memang ramai cam ni.. selagi tak terkena.. buat tak kisah je... aaaiishh seram pulak pikir bukan bukan nih..

Sekarang kitorang tengah tunggu pizza masak.. kat kompleks pkns bangi.. teringat kak jie bila datang sini..dayah first time datang sini masa jumpa kak jie.. masa tu la rasa makan pizza pah.. sedap jugak weiiihhh..haha.. jatuh hati terus..

Kali nih dtg lagi.. lepas makan baru pi carik tiket wayang..

Lapar giler dah..

Keluar dari pagi sebab ada customer nak beli blouse.. c.o.d kat area bangi.. alang alang sekali keluar.. sambil menyelam minum air gituh.. hihi..

Ok.. bersambung..

Bau pizza pah dah masuk kat hidung..
;)

Sesekali mekap

Haaaa dayah memang jarang sangat sangat mekap mekap nih... tak berapa nak selesa... kita orang biasa kan.. rasa selesa jadik diri sendiri je... tapi semalam kan meneman suami dayah pi kenduri kenkawan dia.. dayah nak nampak la cam matang sikit... hewhewhew.. dah banyak kali dengar orang komen dayah nampak muda dari usia sebenar.. mestilah happy nampak muda kan kan kan.. tapi semalam dayah nak nampak matang.. hihi lagipun suami hensem kat sebelah kan.. terasa sangat la cam nak berhias sikit untuk dia..

Dan bila dayah yang touch up diri sendiri ini yang dayah tahu buat cuma pakai eye liner letak sikit eyeshadow tambah sikit maskara lepas tu tenyeh lipstik.. siap... dan rasa diri sendiri lawa sangat la dah tu.. hihi..

Perempuan dan mekap.... hurmm..
*biasalah tu* sambil tangan dibahu anak mata hitam tengok atas gituh..

Bila sesekali mekap..sesekali rasa lawa luar biasa..mula la timbul rasa ketagih tau.. mula la rasa macam esok nak mekap lagi la.. ha.. memang payah la nak buang perasaan syok sendiri tu dari jiwa ini.. hehe.. ^_^

Ok..saja lepas gian.. lama tak hapdet blog.. windu ooohhh nak bebel bebel kat blog. . Aaisshhhh...

Okbai.

Saturday, May 3, 2014

Penuh dengan kenduri

Seharian... sejak pukul 11am hingga pukul 4pm, hari nih dayah berkejaran memenuhi 4 undangan majlis perkahwinan kawan kawan suami dayah...

Mujur je semua majlis berdekatan.. dan jalanraya hari nih tak jammed langsung antara bangi-putrajaya-sungai besi-kampung baru yeah happy sangat sangat sebab dapat attend empat majlis berlainan dan semua makanan sedap sedap.. hehe..

Bila pergi majlis kenduri kawen nih.. dayah mesti akan teringat majlis sendiri.. otomatik flash back kisah sendiri biarpun ambil masa beberapa minit je.. tetap teringat kenangan lalu.. tetap terkenang betapa dah bertahun dayah jadi isteri orang.. dayah rasa gembira dan bahagia. Dayah doa setiap hari agar Allah pinjamkan segala kebahagiaan ini hingga akhir hayat dayah aamiin..

Bukan mudah menjadi seorang isteri. Dugaan dan cabaran setiap rumahtangga tak sama. Dayah dengan suami dayah sampai hari nih masih mencari kesefahaman walaupun dah bertahun tidur sekatil. Menjadi suami isteri tak bermakna kita akan memahami pasangan kita semudah kita menghafal a b c sebab perangai manusia berubah ubah.. kalau tak suami yang berubah.. isteri yang berubah dan perubahan itu hadir dalam pelbagai rupa pelbagai cara..

Bagi dayah kita sendiri yang bentuk sama ada mahu acuan bahagia atau sebaliknya.

Sehingga hari ni... dayah dengan suami dayah masih bercinta.  Masih terus cuba mengenali hati budi masing masing dan tak dapat nak elak perselisihan faham dan berbeza pendapat. Setiap kali muncul krisis.. mesti akan ada adegan masam muka.. haha.. kalau terkenang sendiri mmg dyh senyum sengeh sorang sorang pasal dah tua tua pun ada adegan panas merajuk rajuk lagi antara kami tapi bagi dayah itu antara penyeri hubungan rumahtangga.. setiap kali rajuk pasti ada pujuk..peluk peluk.. hihi..

Tak kisah siapa yang salah.. yang penting lekas lekas selesaikan.. alahai... fikir fikir dan fikir.. janganlah kerana hal yang kecil nak perbesarkan hingga akhirnya hubungan boleh jadi teruk berantakan..

Dayah sayang suami dayah. Kebanyakan masa dayah tak kisah mengalah untuk dia.

Dayah tahu suami dayah sayang dayah. Sebab kebanyakan masa dia sentiasa mengalah untuk dayah.

Sama tak serupa. Yang pastinya dalam hati kami ada cinta.

:)

Dah kenapa tetiba nak sembang pasal hal rumah tangga kan.... eeehhhhhh pergi kenduri kawen punya pasal la ni haha.. terbawak bawak mood rumahtangga jadiknya..

Selamat pengantin baru utk semua yang baru sah menjadi suami isteri ♡

Okbai.

Tuesday, April 29, 2014

Akhir bulan april

Esok hari terakhir bulan april kan...?

Dah satu pertiga tahun 2014 dayah lalui... penuh dengan suka duka.. dan macam macam kisah yang jadik.. ada je dayah update dalam blog... tetapi tak dibaca oleh suami dayah lagi.. maka takde kelulusan nak publish semua entry entry tu.. kadang kadang rasa ralat jugak sebab apa yang dayah tulis.. apa yang dayah cerita kat blog adalah sesuatu yang dayah bersedia untuk berkongsi cerita.. heeee ^_^ tapi tu lah.. dayah memang perempuan melayu kuno tahun enam puluhan.. nak publish entry pun mintak izin.. almaklum lah.. segala dosa dayah kan suami yang tanggung hehe.. maka sebab itu lah dayah rela tunggu suami dayah free.. baca dulu satu satu entry dan publish..

Hurmm.. dulu dayah pernah cuba nak buat duit dengan blog.. tipulah kalau dayah kata tak pernah merasa hasil daripada blogging.. pernah.. Alhamdulillah.. mungkin tak sebanyak orang lain..dayah tetap happy..

Cuma.... dunia blog yang semakin mencabar buat dayah penat.. penat nak kejar untuk berjaya.. tambah tambah bila dah makin tua nih.. alahai.. industri blog juga ada politik tersendiri dan dayah tak mampu nak berada dalam kancah politik itu.. berpura pura senyum sedangkan dalam hati sangat menyampah.. rasa benci nak berpura pura begitu.. so not me... yeah.. nak review event.. nak review produk.. nak kena jaga ayat.. nak kena sentiasa jaga hati.. ohhh letih sangat lah...

Yang best tentang blog. Kenal ramai sangat blogger yang baik baik hati.. yang positif.. yang penyayang.. yang ini sangat sangat best.. memang rakan rakan blogger yang positif nih.. takde galang gantinya.. dah banyak yang dayah cuba lakukan dalam hidup dayah.. rakan rakan blogger yang positif paling win lah.. mereka sudi bantu antara satu sama lain susah senang bersama tak berkira.. haishhh banyak la kalau nak senaraikan..

Ada positif. Ada negatif. Itu yang dayah rasa dengan dunia blog.

Seseorang yang banyak bebel mcm dayah akan sentiasa ada je topik nak hapdet dalam blog.. sentiasa ada je menda yang boleh diceritakan.. ^_^

Adalah tak mungkin dayah nak stop blog..
Kecuali Allah tak izinkan.. dayah takde lah nak stop blogging.. dayah akan menaip dan menaip bila bila masa.. nak cakap pasal apa.. nak cerita pasal apa..

Dayah akan cakap je.. dayah akan cerita je.. cuma bezanya.. matlamat..

Hehe.. teringat dayah pernah join minum pagi yg tak berapa pagi dengan denaihati kat shah alam beberapa bulan lepas.. dayah seorang je perempuan masa tu.. segan dan malu tak payah nak cerita lah.. dayah cekalkan hati demi nak cedok ilmu...

Hurmmm.. dayah ada cakap masa tu.. dayah xde matlamat dalam berblog..

Yup.. sampai sekarang dayah rasa dayah masih belum jumpa matlamat dayah..

Hurmmm.. maybe memang dah ditakdirkan.. blog dayah hanya untuk suka suka dayah mengomel.. share cerita yang biasa biasa.. ^_^

Walau apa pun.. dayah sayang blog nih..

Okeh.. takde apa nak cerita dah..

:)

Thursday, March 20, 2014

Aku dah tak peduli nuffnang

Haha.. title entry berlagak daripada dayah... tapi sesungguhnya ia tulus ikhlas daripada hati...

Actually nak hapdet entry pasal benda lain...tapi singgah jengah email dulu tadi.. ternampak email dari nuffnang.. katanya jemputan eksklusif..wahh macam heran jugak jemputan apakahhh.. mengenangkan kita nih sedar diri kita blogger ikan bilis kan.. macam pelik bila terima email "jemputan" daripada nuffnang... haaa... walaupun dalam hati dah teragak sesuatu......... klik email dan baca.... yeahhh dah agak dah... memang sesuatu sangat la... jemput buat entry jika nak menyertai party ulang tahun nuffnang.. kena buat entry kreatif dan pos gambar kat instagram..

Ek elehhh.. poyo betul nuffnang nih... dengan berlagak dayah ckp.. "follower aku lagi banyak daripada follower nuffnang kat instagram sana.. apa jadahnya aku nak bagi promo free.." budusss.. aku pos gambar promote nuffnang.. jemputan belum tentu dapat... nak buat entry kreatif...? Aaahhh nko buat la entry kreatif mana pun... nuffnang tu memang dah ada list feveret blogger yang dia nak jemput...

Dulu zaman dayah tengah nak explore dunia blog nih... boleh la dayah layan... buat entry bagai.... Sekarang dayah dah faham "dunia sebenar" blog.. memang lantak nko la nuffnang... hantar jemputan khas pun belum tentu dayah nak pergi..

Zaman tu dah berlalu...

Dayah dah tak kuasa dah nak hadap event event nih.... kecuali yang dayah memang nak... haaaa tu lain lah... bila kita nak pergi sesuatu event tu ertinya ada la sesuatu yg kita nak tahu... tapi kalau saja saja pergi event nak cover story nak ber party party.... bye bye lah.. cukup setahun lebih berada dalam dunia itu... dayah rasa tak boleh nak ngam dengan keadaan dan suasana tu lagi...

Dayah nih jenis "nak muntah" dengan keadaan hipokrit.. haaaa... nkorang nak kata apa kata.... nak tinggal komen pedih pun tinggal la.. dayah tak amik kisah dah.. melalui pengalaman tak seberapa yang dayah ada... 80 peratus dunia blog yang melibatkan event dan glamour nih penuh dengan dusta dan kepura-puraan.

Yang tak pernah pergi event memang takkan paham.. disebalik penulisan dan gambar yang indah indah ada dalam blog yang cover event... ada "kepahitan"
Sesama kita yang alami saja yang tahu.. nak akui atau tidak... suka hati lah....

Maka... berbalik kepada cerita asal...

It's not a goodbye kepada nuffnang..
Gila nak goodbye.. ada 21 hengget dalam akaun tu.. haha.. tak naik naik duit nuffnang dayah... dah lama tak peduli traffik... dah lama tak peduli uv...

Alhamdulillah online bisnes semakin baik.

Dulu dayah nak buat duit dengan blog.. maka dayah jaga hati perut nuffnang baik baik.. yelah... dalam banyak banyak advertiser yang ada... dayah tak nafikan dayah paling suka dengan nuffnang... tapi tu lah kan... dayah makcik makcik... maka nuffnang tak suka dayah.... tak syok la kan bertepuk sebelah tangan nih...

Maka dayah carik alternative lain untuk buat duit dengan blog... Alhamdulillah I've founded it. Berniaga. Dan dayah bebetul rasa dayah dah mula buat duit dengan blog... lebih banyak yang dayah dapat sekarang jika nak bandingkan dengan berblog dulu dan harapkan duit dari iklan atau event... aaahhh memang jauh beza sangat la.. puas hati kerana dayah mula berjaya buat duit dengan blog tapi dengan cara dayah sendiri...

Takde nak harap advertiser dah...

Maka nuffnang... ketahuilah... dayah memang tak pandang nkorang dah...

Nkorang memang dah ada favourite blogger yang nkorang nak jemput.. kenapa nak hantar email macam tu kat blogger blogger ikan bilis macam kami ni... kalau blogger ikan bilis mcm kami nih buat entry se kreatif mana pun.. kamu takkan pandang kami.. kan nuffnang?

Hurmmm..I tulis berdasarkan pengalaman.....

Takdelah kecewa dengan nuffnang sebab semua staff dia baik baik dan friendly.. setiap event nuffnang.. kebajikan blogger memang terjaga.. paling win..payment tak pernah delay... maka atas dasar dasar ini lah... walaupun dayah dah tak harapkan duit dari iklan blog... dayah tetap kekalkan iklan nuffnang.. sebagai tanda menghargai... peluang yg nuffnang pernah bagi kat dayah..dulu...

Okeh... dah takde apa lagi nak luahkan..

Since dah tak berapa nak jaga hati perut nuffnang nih... rasa lebih syok ber blog... sebab dah takde "cikgu" nak perhati.. kita bebas tulis apa saja.. tak peduli langsung pasal iklan iklan nih..hehe..

Ok... bye..

Monday, March 17, 2014

Cinta itu apa ?

Dulu dayah selalu tanya kat boyfriend dayah apa maksud cinta. Boyfriend dayah kata.. dia akan jawab selepas dia jadi suami dayah yang sah..

Masa berlalu... akhirnya dayah selamat menjadi isteri dia.. dayah tanya lagi sekali.. apa maksud cinta.. dan suami dayah yang hensem tu kata.. nanti selepas dayah menjadi ibu kepada anak dia...dia akan jawab...

Okeh...fine...

Bila dayah dah menjadi ibu.... dayah tanya lagi... apa maksud cinta... dan suami dayah jawab..

Dia tak dapat jawapan lagi...

Dan dia tanya dayah balik...

"Awak rasa kalau saya kawen lagi satu.. saya dapat tak jawapan kepada soalan awak tu?"

Dayah garu kepala. Tak faham.
Dayah tak jawab. Sebab dayah tak tahu nak jawab apa.

Baru baru nih.. dayah tanya sekali lagi kat suami dayah. Apa maksud cinta?

Dan tiba tiba hakim jawab..

"Ibu nak pinjam kamus hakim tak? Kamus yang ibu beli tu ada macam macam maksud perkataan yang hakim tak faham.. hakim selalu tengok kamus "

Okeh... dayah hanya mampu menjeling je suami dayah yang ketawa...

Bertahun dayah tunggu suami dayah jawab.... dayah akan terus tunggu...

Heran nya... kenapa suami dayah takmau jawab... haishh..lepas nih dayah mesti beringat.. takmau tanya depan hakim lagi... hihi.. kelakar jugak mengenangkan betapa naifnya anak bujang dayah tu nak bagi ibu dia faham...

Yang dia tak faham sebenarnya ibu dia tengah nak bermanja dengan ayah dia.. sebab tu saja tanya soalan soalan "manja" hihi..

Friday, March 14, 2014

Jerebu teruk. Tak pergi sekolah.

Cuaca panas. Jerebu. Mata pedih. Anak tekak pun jadik sakit. Perit.

Satu hari dayah mesti paksa hakim minum sekurang kurangnya 3 botol air mineral botol besar tu... yeah... definitely bukan jenama spritzer atau mana mana air yang dikeluarkan daripada taiping.. ahaks!

Selagi ada pilihan..selagi tu kita elak yang meragukan...gituh... ^_^

Okeh.. dayah bukan nak cerita pasal air mineral spritzer.. dah banyak dah blog yang cerita pasal punca air spritzer tu.. sila google.. heeee.. :)

Balik ke cerita asal...

Hari ni sekali lagi hakim tak pi sekolah minggu ini... badan dia macam nak demam...ibu dia dah gusar...hihi.. over kan dayah... heee ;)

Bawak dia pi klinik... balik klinik terus singgah servis kereta... berat hati rasa nak servis kereta proton nih.. aaisshhh.. rasa kedekut betul nak keluarkan duit tu... haha.. pakai kereta nak...! Servis taknak! Kan..kan...

Semua orang rasa macam tu tak..? Rasa terpaksa servis kereta.. huhu..

Minor servis... rasanya seratus lebih je.. sayang kereta nih... maka terpaksa terpaksa pun... dayah hantar gak la servis.. saja up entry.. bagi ingat sikit.. hihi...

Okeh.. lepas servis kereta ... kita pi cuci kereta pulak...

Bersambung..

;)