Monday, March 17, 2014

Cinta itu apa ?

Dulu dayah selalu tanya kat boyfriend dayah apa maksud cinta. Boyfriend dayah kata.. dia akan jawab selepas dia jadi suami dayah yang sah..

Masa berlalu... akhirnya dayah selamat menjadi isteri dia.. dayah tanya lagi sekali.. apa maksud cinta.. dan suami dayah yang hensem tu kata.. nanti selepas dayah menjadi ibu kepada anak dia...dia akan jawab...

Okeh...fine...

Bila dayah dah menjadi ibu.... dayah tanya lagi... apa maksud cinta... dan suami dayah jawab..

Dia tak dapat jawapan lagi...

Dan dia tanya dayah balik...

"Awak rasa kalau saya kawen lagi satu.. saya dapat tak jawapan kepada soalan awak tu?"

Dayah garu kepala. Tak faham.
Dayah tak jawab. Sebab dayah tak tahu nak jawab apa.

Baru baru nih.. dayah tanya sekali lagi kat suami dayah. Apa maksud cinta?

Dan tiba tiba hakim jawab..

"Ibu nak pinjam kamus hakim tak? Kamus yang ibu beli tu ada macam macam maksud perkataan yang hakim tak faham.. hakim selalu tengok kamus "

Okeh... dayah hanya mampu menjeling je suami dayah yang ketawa...

Bertahun dayah tunggu suami dayah jawab.... dayah akan terus tunggu...

Heran nya... kenapa suami dayah takmau jawab... haishh..lepas nih dayah mesti beringat.. takmau tanya depan hakim lagi... hihi.. kelakar jugak mengenangkan betapa naifnya anak bujang dayah tu nak bagi ibu dia faham...

Yang dia tak faham sebenarnya ibu dia tengah nak bermanja dengan ayah dia.. sebab tu saja tanya soalan soalan "manja" hihi..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.