Thursday, March 13, 2014

status halal diragui

Paparich.

Dayah cerita pada hakim.. kekangan masa menyebabkan dayah pernah beberapa kali singgah membeli di paparich.. bukan kelazatan makanan atau minuman yang ditanya pada dayah tapi dia bertanya paparich tu ada sijil halal ke?

Dayah terkedu kejap.

Dayah teringat.. dayah tak pernah check sendiri..
Dayah hanya bertanya pada kawan yang ada dengan dayah waktu itu. Kawan yang sama sama membeli makanan dan minuman disitu. Saat terkenang sikap sambil lewa dayah semasa membeli makanan dan minuman di papa rich..dayah rasa sangat kesal. Dayah patut check sendiri .. dayah patut pastikan sendiri.. bukan sekadar bertanya dan menerima bulat bulat tanpa usul periksa.

Dalam terpinga pinga tak tahu nak jawab apa pada hakim... dia cadangkan kat dayah kita pergi paparich dan check sendiri.. haaaa.. betapa anak hensem dayah tu memahami yang ibu dia nih tak mampu nak jawab soalan dia tentang status halal yang dia tanya.. hehe.. seram sejuk sebenarnya dayah rasa sepanjang perjalanan ke paparich tu..

Macam mana kalau paparich tiada status halal jakim?

Dalam berdebar dup dap dup dap..

Dayah sampai kat paparich dan lega......
Dari jauh dah nampak sijil halal yang bergantung kat dinding paparich..
Tarik nafas lega.

Hakim pun senyum.

Tapi tu lah... dah alang alang sampai..
Tak kan tgk sijil halal je.. lepas tu balik..

Dah alang alang sampai...

Jom la kita dinner kan..


Bila tengok dia order makanan sendiri..
Tersedar betapa dah tua diri dayah ini..

Satu ketika dulu dia makan apa yang dyh order kan..
Satu masa dia pandai pilih makanan ikut gambar..
Sekarang dia dah membaca satu satu menu yang ada..

Cepatnya masa berlalu!



Milo tabur... memang layan kan..
Dayah memang ikutkan je dia nak order apa pun..
Tengah nak membesar nih selera makan hakim tak menentu.. kadang kadang dia kuat makan..kadang kadang tak berselera nak makan.. sebagai ibu dayah ikut keadaan dan kesesuaian... anak dayah kan.. mesti dayah nak yang terbaik untuk dia.. :)

Yelah..sesetengah ibu bapa suka memaksa jika anak tak mahu makan nasi.. tak mahu makan sayur... sebenarnya dayah tak berapa gemar dengan paksa memaksa.. jika anak tak mahu makan sesuatu.. dayah lebih suka memujuk. sebagai ibu mesti kita nak anak kita makan makanan berkhasiat kan.. tu lah... sebenarnya lain orang lain cara didikan cuma matlamat kita nak anak tu berjaya dunia akhirat.. kan..


Haaaa...time order tak perasan sebenarnya...
Bila makanan sampai... eerrkkk banyaknya makanan...
Nak makan kitorang berdua je...

Suami dayah yang hensem takde.... jauh dimata sentiasa dekat dihati kami la tapi..

Dekat dua jam jugak dayah lepak paparich tu dengan hakim..

Makan...sembang..menikmati pemandangan... haha..
Kadang teringat gak kat bapak hakim..
Dulu dayah date dengan ayah dia.. sekarang ayah dia dikejauhan anak dia pulak meneman... heeeeheee.. terkenang jugak saat bercinta dan memang tak tertahan tengah dok makan berdua tu hakim boleh jugak tanya ibu dia teringat tak kat ayah.. bila dayah jawab ingat dia tanya lagi rindu tak kat ayah... hikhik...

Apakah anak...apakah.......

Mestilah ibu rindu...

Mujur je zaman internet ni zaman smartphone jadik bila rindu bertamu tu paham paham sendirilah apa yang patut dilakukan... hihi..

Nanti next time nak date berdua ngan suami dayah.. hehe..
Hakim tinggal ngan opah dia lah... wahhh  mesti hangin je kalau dia tau perancangan ibu dia nih hikhik..dok lepak dua jam tu tetap tak habis jugak nasi lemak dan kuew tiau tu..

Tak berapa sedap..
Hehe..

Sungguh nih... mengenangkan dayah berdua ngan hakim maka dayah tak komplen apa pun.. cuba kalau suami dayah ada... haaaa berjela dah dayah komplen tak sedap tau... mengada sangat nak berpura pura manja manja dengan suami la gitu... :p

Aahhhh dah berdua je dengan hakim tu...
walaupun tak sedap.. tak habis makan tetaplah...
tanpa banyak bunyi..bayar dan jom lah kita berlalu pergi je... hihi..

Macam biasa bila berdua dengan hakim dayah akan dapat nombor telefon salam perkenalan dimana mereka mereka ingat dayah nih kakak yang sweet belanja adik kecik dia makan... haha... pelik tapi benar.. dulu dayah susah nak terima bila orang ingat hakim adik dayah tapi sekarang dah redha dan menghargai orang ingat dayah muda.. kihkih..

Nampak tak sedar diri di situ..

Maka misteri status halal paparich terungkai..
meragukan? status halal paparich dijadikan bukti..





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.