Tuesday, April 29, 2014

Akhir bulan april

Esok hari terakhir bulan april kan...?

Dah satu pertiga tahun 2014 dayah lalui... penuh dengan suka duka.. dan macam macam kisah yang jadik.. ada je dayah update dalam blog... tetapi tak dibaca oleh suami dayah lagi.. maka takde kelulusan nak publish semua entry entry tu.. kadang kadang rasa ralat jugak sebab apa yang dayah tulis.. apa yang dayah cerita kat blog adalah sesuatu yang dayah bersedia untuk berkongsi cerita.. heeee ^_^ tapi tu lah.. dayah memang perempuan melayu kuno tahun enam puluhan.. nak publish entry pun mintak izin.. almaklum lah.. segala dosa dayah kan suami yang tanggung hehe.. maka sebab itu lah dayah rela tunggu suami dayah free.. baca dulu satu satu entry dan publish..

Hurmm.. dulu dayah pernah cuba nak buat duit dengan blog.. tipulah kalau dayah kata tak pernah merasa hasil daripada blogging.. pernah.. Alhamdulillah.. mungkin tak sebanyak orang lain..dayah tetap happy..

Cuma.... dunia blog yang semakin mencabar buat dayah penat.. penat nak kejar untuk berjaya.. tambah tambah bila dah makin tua nih.. alahai.. industri blog juga ada politik tersendiri dan dayah tak mampu nak berada dalam kancah politik itu.. berpura pura senyum sedangkan dalam hati sangat menyampah.. rasa benci nak berpura pura begitu.. so not me... yeah.. nak review event.. nak review produk.. nak kena jaga ayat.. nak kena sentiasa jaga hati.. ohhh letih sangat lah...

Yang best tentang blog. Kenal ramai sangat blogger yang baik baik hati.. yang positif.. yang penyayang.. yang ini sangat sangat best.. memang rakan rakan blogger yang positif nih.. takde galang gantinya.. dah banyak yang dayah cuba lakukan dalam hidup dayah.. rakan rakan blogger yang positif paling win lah.. mereka sudi bantu antara satu sama lain susah senang bersama tak berkira.. haishhh banyak la kalau nak senaraikan..

Ada positif. Ada negatif. Itu yang dayah rasa dengan dunia blog.

Seseorang yang banyak bebel mcm dayah akan sentiasa ada je topik nak hapdet dalam blog.. sentiasa ada je menda yang boleh diceritakan.. ^_^

Adalah tak mungkin dayah nak stop blog..
Kecuali Allah tak izinkan.. dayah takde lah nak stop blogging.. dayah akan menaip dan menaip bila bila masa.. nak cakap pasal apa.. nak cerita pasal apa..

Dayah akan cakap je.. dayah akan cerita je.. cuma bezanya.. matlamat..

Hehe.. teringat dayah pernah join minum pagi yg tak berapa pagi dengan denaihati kat shah alam beberapa bulan lepas.. dayah seorang je perempuan masa tu.. segan dan malu tak payah nak cerita lah.. dayah cekalkan hati demi nak cedok ilmu...

Hurmmm.. dayah ada cakap masa tu.. dayah xde matlamat dalam berblog..

Yup.. sampai sekarang dayah rasa dayah masih belum jumpa matlamat dayah..

Hurmmm.. maybe memang dah ditakdirkan.. blog dayah hanya untuk suka suka dayah mengomel.. share cerita yang biasa biasa.. ^_^

Walau apa pun.. dayah sayang blog nih..

Okeh.. takde apa nak cerita dah..

:)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.