Saturday, May 3, 2014

Penuh dengan kenduri

Seharian... sejak pukul 11am hingga pukul 4pm, hari nih dayah berkejaran memenuhi 4 undangan majlis perkahwinan kawan kawan suami dayah...

Mujur je semua majlis berdekatan.. dan jalanraya hari nih tak jammed langsung antara bangi-putrajaya-sungai besi-kampung baru yeah happy sangat sangat sebab dapat attend empat majlis berlainan dan semua makanan sedap sedap.. hehe..

Bila pergi majlis kenduri kawen nih.. dayah mesti akan teringat majlis sendiri.. otomatik flash back kisah sendiri biarpun ambil masa beberapa minit je.. tetap teringat kenangan lalu.. tetap terkenang betapa dah bertahun dayah jadi isteri orang.. dayah rasa gembira dan bahagia. Dayah doa setiap hari agar Allah pinjamkan segala kebahagiaan ini hingga akhir hayat dayah aamiin..

Bukan mudah menjadi seorang isteri. Dugaan dan cabaran setiap rumahtangga tak sama. Dayah dengan suami dayah sampai hari nih masih mencari kesefahaman walaupun dah bertahun tidur sekatil. Menjadi suami isteri tak bermakna kita akan memahami pasangan kita semudah kita menghafal a b c sebab perangai manusia berubah ubah.. kalau tak suami yang berubah.. isteri yang berubah dan perubahan itu hadir dalam pelbagai rupa pelbagai cara..

Bagi dayah kita sendiri yang bentuk sama ada mahu acuan bahagia atau sebaliknya.

Sehingga hari ni... dayah dengan suami dayah masih bercinta.  Masih terus cuba mengenali hati budi masing masing dan tak dapat nak elak perselisihan faham dan berbeza pendapat. Setiap kali muncul krisis.. mesti akan ada adegan masam muka.. haha.. kalau terkenang sendiri mmg dyh senyum sengeh sorang sorang pasal dah tua tua pun ada adegan panas merajuk rajuk lagi antara kami tapi bagi dayah itu antara penyeri hubungan rumahtangga.. setiap kali rajuk pasti ada pujuk..peluk peluk.. hihi..

Tak kisah siapa yang salah.. yang penting lekas lekas selesaikan.. alahai... fikir fikir dan fikir.. janganlah kerana hal yang kecil nak perbesarkan hingga akhirnya hubungan boleh jadi teruk berantakan..

Dayah sayang suami dayah. Kebanyakan masa dayah tak kisah mengalah untuk dia.

Dayah tahu suami dayah sayang dayah. Sebab kebanyakan masa dia sentiasa mengalah untuk dayah.

Sama tak serupa. Yang pastinya dalam hati kami ada cinta.

:)

Dah kenapa tetiba nak sembang pasal hal rumah tangga kan.... eeehhhhhh pergi kenduri kawen punya pasal la ni haha.. terbawak bawak mood rumahtangga jadiknya..

Selamat pengantin baru utk semua yang baru sah menjadi suami isteri ♡

Okbai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.