Saturday, June 21, 2014

Kerja ku sekarang

Beli barang.
Ambik gambar.
Upload gambar.

Jual barang.

Tu lah kerja dayah sekarang.
Gembira. Dan rasa lebih puas.

Tapi dia punya letiiiiiihhhh.......

Phewww!

Kadang kadang rasa jugak macam nak give up. Dalam pada nak give up tu sedar tak sedar dayah dah mula melangkah setapak lagi dalam hal hal meniaga nih. Daripada cuma meniaga kecil kecilan secara online.. lebih kurang seminggu lagi dayah akan mula berniaga secara offline juga..

Dayah dah sewa tapak meniaga kat bangi..ruang nya kecil saja..tapi sewa boleh tahannnn jugak la mahal hehehe.. pikir beratus kali..ntah ntah dah ribu ribu kali pikir nak berniaga ada tapak tetap sebab nak membayar sewa setiap bulan dan perlu komitmen yang tinggi nak meniaga tunggu kat kedai sendiri.. nak upah orang memang tak mampu lagi..

Banyak benda difikirkan.

Sedar tak sedar.. kurang lebih seminggu lagi.. hurmmm.. gusar jugak dalam hati terfikir salah betul keputusan yang dayah buat tapi kalau tak pernah mencuba macam mana nak tau ada hasil atau tak kan kan kan..

Semoga kedai kecil dayah semakin maju aamiin..
Semoga setiap barang yang dayah jual dibeli orang aamiin..

InsyaAllah ♡

Okeh.. yang nak dipublish kisah harian banyak sangkut kat draft tapi kisah kisah mcm tu dayah tgu suami dayah baca dulu then kalau dia approve baru publish..

Setakat bebelan kosong macam ni dia kat sebelah dah boleh dengar dayah cakap sambil menaip hehe.. so boleh publish terus.. segala komen komen kalian.. ha.. mesti ada yg terfikir kenapa komen nkorang tak publish.. dayah baca je komen kalian yg sudi komen tu.. tapi tu lah.. bab bab approve ni mmg dayah serah kat tangan suami dayah la.. :)

Gini la gayanya bila hidup berkongsi segala galanya..

Okeh.. nite.. ♡

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.