Tuesday, June 10, 2014

Pantas masa berlalu

Dah bulan jun..
Dah setengah tahun..

Dayah rindu juga dunia blogging..
Kadang kadang perasaan tu datang..
Cepat cepat dayah halau pergi..

Buat masa ni..
Fokus dayah adalah pada perniagaan kecil dayah..

Alhamdulillah.. perniagaan online yang bermula secara kecil kecilan ni dah mula nampak hasilnya.. dayah bersyukur sangat sangat dengan rezeki yang Allah s.w.t kurniakan..

Segala hasil penat lelah berusaha siang malam.. bukan senang untuk stabilkan pendapatan apa lagi dayah bermula dengan modal yang kecil.. insyaAllah sedikit masa lagi dayah akan ada tapak kecil untuk dijadikan butik kecil.. tapak perniagaan tetap..

Dayah tak nafikan dayah mula menarik nafas lega dan mula senyum dengan apa yang dayah perolehi hari ini.. bukan mudah untuk mula berniaga.. dan sebenarnya lebih payah untuk cuba kekal dengan nya.. tapi tak mustahil untuk berjaya dengan kerja keras dan usaha tanpa kenal erti putus asa.. janji Allah itu pasti..

Terima kasih Allah.

Terima kasih semua orang yang menyokong dayah sejak dari dayah mula berniaga hingga sekarang.. semoga kalian sudi menyokong dayah lagi di masa depan..

Dayah tak nafikan.. permulaan dayah sedikit lancar dan mudah kerana sokongan rakan blogger.

Kalian tahu siapa diri kalian.
Terima kasih.

Dan paling dayah sayang dalam hidup..
Suami dan anak dan anak..

Terima kasih banyak banyak banyak ♥

Yeay...! Tetiba buat entry ala ala retis menang award kan.. haha..

Suka hati titew la.. blog titew..

:p

Satu hari nanti..... dayah harap dayah akan mula berblog secara konsisten kembali.. :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.