Thursday, August 7, 2014

Belek gambar si dia pukul 3 pagi

Fikir panjang nak meluah rasa hati kat blog sendiri. Sebelum ni dayah ada buat blog kosong dan private semata mata nak guna bila rasa nak meluahkan perasaan.. ala ala diari zaman dulu menulis zaman sekarang keletang keletung dihujung jari tapi dayah lupa dah email serta password utk blog itu.. dah lama sangat sangat tak guna.. blog kudus ni pun bernasib baik masih wujud sebab dah autolink.. kalau nak kena log in balik memang tak lah.. tak teringat password dah.. nak harap suami dayah yang hensem dan semakin seksi.. hhuurrmmmpphhhh dia pun dah lama tak hapdet blog..  masing masing sebok.. bila ada masa terluang tu memang guna sebaiknya untuk perkara yang sepatutnya..

Dan kenapa pada pukul 3 pagi tiba tiba makcik dayah ni nak hapdet blog?

Ada satu rasa dalam hati.
Rasa. Dalam hati dayah.

Rutin suami dayah sejak beberapa bulan yang lepas, pergi gym dan setiap malam sebelum midnight dia sampai la rumah.. suami dayah dengan penuh disiplin mengikuti ntah apa class membina badan kat gym demi mendapatkan badan yang sasa dan seksi.. ntahlah awek mana yang nak ditackle nya tu ye dakkk :p maklumlah dayah kan makin tua.. mana tahu kan.. kan.. kan.. lelaki kan boleh kahwin 4... tu yang suami ioll dok pulun jaga badan kan... #eh !

Biasanya setiap malam suami dayah akan tanya nak apa apa makanan tak?
Nampak tak sesuatu? Suami sibuk ke gym menguruskan badan dan isteri dia tanya pasal makan makan makan.. dia takmau isteri dia kurus pasal isteri dia gemok gemok ni pun nampak lawa :p kang kalau kurus bukan main jelita nanti.. hihi #syoksendiri sukati la ioll nak tulis apa kekdahnya... ;)

Macam biasa suami dayah yang hensem gagah tampan kacak seksi dan sasa tanya kat dayah nak apa apa makanan tak.. maklumlah gym dia dekat dengan downtown.. kan penuh dengan local food hinggalah western food kat downtown tu.. macam biasa dayah mesti la order kan hehe.. rugi lah tak order.. bukan orang lain yang tanya nak makan apa..suami sendiri.. kang kalau tak jawab dosa.. maka dayah jawab la pertanyaan suami dayah dengan penuh kasih sayang.. :p

Dan bila suami dayah sampai.. dihulurkan plastik yang mengandungi makanan yang dayah nak.. dan sebungkus plastik yang berisi dodol.

Ya.

Sangat tragis tangisan terharu dalam hati dayah.. sebab memang tahun ni..setakat nih.. dayah rasa macam tak puas makan dodol.. hekhek.. dasar kuat makan sangat kan.. mana tak gemok kan kan kan ;)

Siyes memang rasa sangat sangat sangat kat anak tekak.. macam nak makan dodol puas puas.... tapi permintaan tinggal permintaan.. tak terkeluar kat anak tekak nak suarakan kat suami dayah yang hensem dan tampan itu.. kadang terfikir sensorang kalau meminta minta sangat tu macam tak bersyukur pulak dengan rezeki yang ada setakat ni.. gitu.. maka senyap kan saja la keinginan hati nak makan dodol puas puas.

Tu yang sangat mengharukan bila tetiba ada sebungkus besar dodol dalam satu lagi bungkusan plastik tu.. hurmm tetiba rasa suami sendiri adalah sweet dan romantik. Fikir dua kali dia memang begitu sejak dulu pun. Sweet dan romantik. Sejak akhir akhir nih seksi dan sasa masuk dalam pakej suami :p

Kita tak cakap kita teringin nak makan apa.. tetiba dia belikan.. rasa macam chemistry yang ada tu ber lip lap lip lap berkelip bagai bintang bersinar bagai bulan gitu...

Hakikatnya, rezeki Allah kurniakan ♥

Tapi sebagai anak melayu yang tak boleh lari dari drama swasta.. feeling feeling syok sendiri suami ku bukan saja seksi dan sasa tapi jugak sweet dan romantik dayah tetap merasakan sesuatu dalam hati bila tgk ada dodol utk dayah..

Dup dap dup dap..

Rasa macam cinta.
Kompius pun ada.
Cinta kat dodol?
Atau kat orang yang membeli dodol tu?

P/S: mula mula ingat nak up gambar dodol.. pikir lima enam kali.. baik up gambar mengada ngada kitorang hiiiihiii..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.