Monday, September 1, 2014

#kbba , cabaran 30 hari , day 1

Haaaaa... sungguh dayah terpengaruh la kali n dengan satu fenomena baru ye.. tetiba penuh wall fb dengan hashtag cabaran tiga puluh hari.. biasa nampak hashtag kelab blogger ben ashaari je.. cam biasa dayah jadik silent reader je.. baca mana yang sempat.. komen dah malas.. membebel setakat dalam hati je... hihi..

Dalam dok baca baca dan baca.. hati dayah rasa macam best jugak la cabaran nih.. mampu ke nak hapdet blog tiga puluh hari direct dengan task.. dan game macam ni kena jujur lah dari hati kan.. ke dayah je anggap begitu? Hehe.. tak kisah lah.. yang penting lepas fikir seketika.. dayah rasa nak join.. mana tau mampu menarik minat nak ber blog hari hari macam satu ketika dulu lepas nih kan..

Maka dayah mencarik cik sue, dan mintak cop mohor nak join..

Cabaran hari pertama,

1 gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda.


Setakat nak gambar terbaru.. no hal..hehe..
Kaki selfie macam dayah akan sentiasa ada gambar terbaru kekeke.. kalau tak fikir aurat tengah mandi pun mau ada satu gambar selfie hahah.. mujur lah tahap ketagih selfie tak sampai tahap itu lagi.. hihi.. gila kalau tersebar gambar selfie masa mandi.. mau viral dengan tajuk makcik tak sedar diri berselfie ketika mandi kang...

Ok..ok..

5 fakta mengenai dayah.

1. Sangat suka makan kfc. Hahah.. mana tak gemok kan. Eh.. gemok tu fakta jugak tapi semua orang boleh nampak jelas.. jadi tak perlu la makcik bg kenyataan bertulis lagi ye dak.. haha.. yup.. dayah sangat suka kfc. Mujurlah tak perlu buat penerangan jelas tentang fakta diri sendiri kan.. jadi.. boleh berhenti disitu. Dayah suka makan kfc.

2. Dayah sangat suka nasi kerabu dengan solok dan daging bakar. Deerrr..
Makanan jugak yang jadik pilihan... haha.. sedappp lah nasi kerabu... sendiri tengok sendiri terliur pulak sekarang... hahah.. tapi ini lah fakta. Dayah suka nasi kerabu.

3. Suka dengar suria fm. Sebab ada linda onn.. heheh.. sekarang dah lebih syok sebab ada adibah noor.. haaaa.. 3 in 1 pulak fakta kali nih.. pakej. Dayah suka dengar suria fm.suka linda onn.suka adibah noor. Daripada gambar boleh dikenal pasti dayah suka makan nanananano, suka charge tepon masa memandu dan suka guna smart tag bila lalu tol. Hahaha.. ini semua fakta la.. yang dayah buat hari hari tapi tak semua orang tahu kan..

4. Dayah suka memandu laju laju bila dapat peluang. Selalu hadap jalan jammed tersengguk sengguk.. kalau dapat masuk gear 3 tekan sikit masuk gear 4.. tak tahan masuk gear lima.. turun gear 4 balik kejap.. gear lima balik.. pergghhh.. dapat cecah 140km tu amik gambar lepas tu watsap kat suami dayah yang hensem tu bagi dia sakit dada dengan perangai bini dia..hahah.. biasanya dayah dapat peluang tekan minyak kat highway je la.. memandu la selaju suka hati nkorang selagi nkorang yakin jangan over sangat dah sebab malang tak ber bau kan.. masing masing dah besar.. tahu masing masing dah ada tanggungjawab kan.. ha.. dah kenapa aku yang bawak laju aku pulak yang membebel kan... kekeke.. ok.. satu lagi fakta.. tak padan dengan gemuk..dayah suka bawak laju laju.. bila keadaan mengizinkan lah...

5. Dayah suka ambik gambar candid yang cantik. Bukan senang nak dapat candid yang cantik kan..sesetengah gambar candid buat seseorang nampak tak berapa lawa.. kenkadang gambar goyang.. lighting tak cukup.. macam macam la.. gambar candid kan.. bukan nye orang tu tau nak sedia posing kan.. haaa.. ampun mummy daddy.. anak menantu letak gambar candid mummy daddy kat sini..hihi..

Gitulah.. lima fakta yang dayah rasa nak share dengan orang ramai walaupun dayah tau orang ramai bukan nak baca pun.. hahah..

Tetiba dah habis.. sikit sangat mintak pun kekekeke.. dengan manusia banyak cakap dan suka berlebihan macam dayah ni.. lima tak cukup.. hahah.. fakta jugak tu.. hihi..

Selain daripada suka makan, dayah jugak suka lelaki tu... hiihii.. #FaktaPalingPenting

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.