Wednesday, September 3, 2014

#kbba , cabaran 30 hari , day 3

Sesuatu yang menguatkan anda.
Aku tengok je task nih.. aku senyum.
Aku tahu aku ada gambar yang cukup sesuai bagi aku la.. keadaan waktu aku ambik gambar tu.. itulah yang aku sedang fikirkan masa tu. Kekuatan aku.
Tak pernah terfikir yang aku akan guna gambar ni secepat nih. Masa aku amik gambar nih.. memang aku ada fikir nak abadikan kenangan manis tu..cuma tak sangka secepat nih..memandangkan masa aku ambik gambar tu aku tengah malas update blog kan..tapi aku ambik jugak gambar tu curik curik.. ^_^
Kekuatan aku.
Seorang suami yang sudi terima aku seadanya. Dan seorang anak yang terpaksa terima perangai ibu dia sepenuh jiwa raga. Heehee..
Masa ni jalan jalan raya ke perlis. Almost maghrib.. singgah sebuah surau yg dikelilingi sawah padi. Aku solat dulu masa nih.. bukan berjemaah. Cuma aku sengaja tunggu mereka habis solat. Nak salam cium tangan suami ambik berkat!
Sangat menyentuh hati bila aku tengok suami aku yang hensem berjemaah dengan anak yang soleh. Tu yang aku terus curik curik amik gambar. Masa tu lah terdetik dalam hati aku. Kekuatan aku.
kekuatan aku, solat.
Walau solat aku tak sempurna.
Banyak cacat cela.
Rompong dan rongak sini sana.
semoga Allah ampunkan dosa kita semua.. aamiin..
ikhlas, dayah.
^_^

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.