Saturday, September 6, 2014

#kbba , cabaran 30 hari, day 6

Apa anda makan hari ini.
Task ke enam.

Biskut kering celup dalam teh panas ooohhhh sedapnya dengan ice cream.
Sepanjang hari ini saja la yang dayah makan. Suami dengan anak sepanjang hari keluar. Father and son time kata mereka.. daripada pagi diorang keluar jogging lepas tu terus breakfast kat luar.  Balik siap hensem hensem wangi wangi diorang terus keluar pi tengok wayang , balik petang siap macho macho diorang pi gym balik maghrib siap gagah gagah pi latihan silat. Haaaaa... sepanjang hari kat luar..dan siap pesan kat dayah tak payah risaukan diorang.. jangan masak dan rehat banyak banyak.

Heehee.. actually makcik dayah tak berapa sihat.. jarang dayah ni tak sihat.. jarang batuk..jarang demam.. tapi bila sekali dijangkiti demam batuk selsema nih...boleh bawak meleret lebih seminggu.. ^_^

Dan sedikit rasa tak sedap tekak. Tonsil bengkak. Doktor suggest makan aiskrim. Katanya melegakan anak tekak dan bantu surutkan tonsil yang bengkak. Makan aiskrim.  Hahah.. kita yang tak tau apa pasal medic ni memang rasa nak gelak. Macam tak logik pun ada orang tak sihat disuruh makan ice cream.  Lantak lah.. syok jugak melayan se kotak ice cream sensorang. Makan. Dah kenyang simpan balik dalam peti ais. Lapar. Makan lagi ice cream. Sorang sorang balun se kotak macam tu. Puas nafsu makan. Puas hati. Kekekeke.. sesekali sulam dengan biskut dan teh panas. Boleh je nak masak bubur ke.. sup ke..tapi takde selera nak makan.

Layan la biskut kosong celup teh. Feveret. Ikut hati teringin nak makan megi kari letak fishball letak telur.. humang aii sodapnyeeee tapi suami ku tak bagi hihi.. dia kata kalau nak makan megi kena sihat dulu.  Dua kali pikir dah macam budak budak pulak dayah nih..heehee..

Itulah makanan saya hari ni.
Biskut kosong cicah teh panas.
Aiskrim.
dan hundred plus.. tak suka..
:( kena paksa telan jugalah....

Sekian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.