Saturday, October 25, 2014

Terbakar. Dugaan tahun baru.

Lama termenung mencari sedikit kekuatan untuk bercerita. Sesuatu yang dayah nak luahkan. Tapi tak terluah.

Dayah nak kongsi pengalaman.

Ingat nak kongsi tu mudah.Sekadar menaip dan bercerita.Dayah kan manusia yang banyak cakap.Pom pang pom pang tu benda biasa bagi dayah. Ok. Dayah ingat nak bercerita.

Online.

Termenung.

Nak cerita apa?

Banyak yang boleh dayah cerita.
Dari awal kejadian hingga akhir kejadian.

Ok.

Tarik nafas. Hembus.

Berat.

Tak semudah yang disangka.

Sesungguhnya dayah serahkan sepenuhnya segala rasa pada Allah s.w.t.

Sejak malam kejadian. Itu yang dayah fikir. Itu yang dayah rasa. Perasaan melihat segalanya yang kita sayang hilang begitu saja memang sukar nak diluahkan. Berat. Tak tahu bagaimana nak susun atur ayat ketika bercerita kerana ia melibatkan hati dan perasaan sendiri.

Terima kasih pada setiap orang yang sudi hulur bantuan dan pertolongan.

Terima kasih banyak banyak.

Terima kasih.

Hingga kini. Dayah masih belum luahkan segala perasaan yang berombak dalam dada. Dayah masih belum keluarkan segala rasa ribut dalam hati. Walaupun pada suami. Sekadar berkongsi secebis gundah gulana dengan beberapa sahabat dan segenggam resah gelisah dengan suami dan anak.

Menangis. Belum.
Belum. Menangis.

Tarik nafas. Hembus.

Bersyukur tiada nyawa yang terkorban.
Itu lebih dari mencukupi.

Allah masih pinjamkan insan yang dayah sayang di dunia ini.

Manusia yang dayah cintai masih ada di sisi.

Bersyukur. Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.