Thursday, March 20, 2014

Aku dah tak peduli nuffnang

Haha.. title entry berlagak daripada dayah... tapi sesungguhnya ia tulus ikhlas daripada hati...

Actually nak hapdet entry pasal benda lain...tapi singgah jengah email dulu tadi.. ternampak email dari nuffnang.. katanya jemputan eksklusif..wahh macam heran jugak jemputan apakahhh.. mengenangkan kita nih sedar diri kita blogger ikan bilis kan.. macam pelik bila terima email "jemputan" daripada nuffnang... haaa... walaupun dalam hati dah teragak sesuatu......... klik email dan baca.... yeahhh dah agak dah... memang sesuatu sangat la... jemput buat entry jika nak menyertai party ulang tahun nuffnang.. kena buat entry kreatif dan pos gambar kat instagram..

Ek elehhh.. poyo betul nuffnang nih... dengan berlagak dayah ckp.. "follower aku lagi banyak daripada follower nuffnang kat instagram sana.. apa jadahnya aku nak bagi promo free.." budusss.. aku pos gambar promote nuffnang.. jemputan belum tentu dapat... nak buat entry kreatif...? Aaahhh nko buat la entry kreatif mana pun... nuffnang tu memang dah ada list feveret blogger yang dia nak jemput...

Dulu zaman dayah tengah nak explore dunia blog nih... boleh la dayah layan... buat entry bagai.... Sekarang dayah dah faham "dunia sebenar" blog.. memang lantak nko la nuffnang... hantar jemputan khas pun belum tentu dayah nak pergi..

Zaman tu dah berlalu...

Dayah dah tak kuasa dah nak hadap event event nih.... kecuali yang dayah memang nak... haaaa tu lain lah... bila kita nak pergi sesuatu event tu ertinya ada la sesuatu yg kita nak tahu... tapi kalau saja saja pergi event nak cover story nak ber party party.... bye bye lah.. cukup setahun lebih berada dalam dunia itu... dayah rasa tak boleh nak ngam dengan keadaan dan suasana tu lagi...

Dayah nih jenis "nak muntah" dengan keadaan hipokrit.. haaaa... nkorang nak kata apa kata.... nak tinggal komen pedih pun tinggal la.. dayah tak amik kisah dah.. melalui pengalaman tak seberapa yang dayah ada... 80 peratus dunia blog yang melibatkan event dan glamour nih penuh dengan dusta dan kepura-puraan.

Yang tak pernah pergi event memang takkan paham.. disebalik penulisan dan gambar yang indah indah ada dalam blog yang cover event... ada "kepahitan"
Sesama kita yang alami saja yang tahu.. nak akui atau tidak... suka hati lah....

Maka... berbalik kepada cerita asal...

It's not a goodbye kepada nuffnang..
Gila nak goodbye.. ada 21 hengget dalam akaun tu.. haha.. tak naik naik duit nuffnang dayah... dah lama tak peduli traffik... dah lama tak peduli uv...

Alhamdulillah online bisnes semakin baik.

Dulu dayah nak buat duit dengan blog.. maka dayah jaga hati perut nuffnang baik baik.. yelah... dalam banyak banyak advertiser yang ada... dayah tak nafikan dayah paling suka dengan nuffnang... tapi tu lah kan... dayah makcik makcik... maka nuffnang tak suka dayah.... tak syok la kan bertepuk sebelah tangan nih...

Maka dayah carik alternative lain untuk buat duit dengan blog... Alhamdulillah I've founded it. Berniaga. Dan dayah bebetul rasa dayah dah mula buat duit dengan blog... lebih banyak yang dayah dapat sekarang jika nak bandingkan dengan berblog dulu dan harapkan duit dari iklan atau event... aaahhh memang jauh beza sangat la.. puas hati kerana dayah mula berjaya buat duit dengan blog tapi dengan cara dayah sendiri...

Takde nak harap advertiser dah...

Maka nuffnang... ketahuilah... dayah memang tak pandang nkorang dah...

Nkorang memang dah ada favourite blogger yang nkorang nak jemput.. kenapa nak hantar email macam tu kat blogger blogger ikan bilis macam kami ni... kalau blogger ikan bilis mcm kami nih buat entry se kreatif mana pun.. kamu takkan pandang kami.. kan nuffnang?

Hurmmm..I tulis berdasarkan pengalaman.....

Takdelah kecewa dengan nuffnang sebab semua staff dia baik baik dan friendly.. setiap event nuffnang.. kebajikan blogger memang terjaga.. paling win..payment tak pernah delay... maka atas dasar dasar ini lah... walaupun dayah dah tak harapkan duit dari iklan blog... dayah tetap kekalkan iklan nuffnang.. sebagai tanda menghargai... peluang yg nuffnang pernah bagi kat dayah..dulu...

Okeh... dah takde apa lagi nak luahkan..

Since dah tak berapa nak jaga hati perut nuffnang nih... rasa lebih syok ber blog... sebab dah takde "cikgu" nak perhati.. kita bebas tulis apa saja.. tak peduli langsung pasal iklan iklan nih..hehe..

Ok... bye..

Monday, March 17, 2014

Cinta itu apa ?

Dulu dayah selalu tanya kat boyfriend dayah apa maksud cinta. Boyfriend dayah kata.. dia akan jawab selepas dia jadi suami dayah yang sah..

Masa berlalu... akhirnya dayah selamat menjadi isteri dia.. dayah tanya lagi sekali.. apa maksud cinta.. dan suami dayah yang hensem tu kata.. nanti selepas dayah menjadi ibu kepada anak dia...dia akan jawab...

Okeh...fine...

Bila dayah dah menjadi ibu.... dayah tanya lagi... apa maksud cinta... dan suami dayah jawab..

Dia tak dapat jawapan lagi...

Dan dia tanya dayah balik...

"Awak rasa kalau saya kawen lagi satu.. saya dapat tak jawapan kepada soalan awak tu?"

Dayah garu kepala. Tak faham.
Dayah tak jawab. Sebab dayah tak tahu nak jawab apa.

Baru baru nih.. dayah tanya sekali lagi kat suami dayah. Apa maksud cinta?

Dan tiba tiba hakim jawab..

"Ibu nak pinjam kamus hakim tak? Kamus yang ibu beli tu ada macam macam maksud perkataan yang hakim tak faham.. hakim selalu tengok kamus "

Okeh... dayah hanya mampu menjeling je suami dayah yang ketawa...

Bertahun dayah tunggu suami dayah jawab.... dayah akan terus tunggu...

Heran nya... kenapa suami dayah takmau jawab... haishh..lepas nih dayah mesti beringat.. takmau tanya depan hakim lagi... hihi.. kelakar jugak mengenangkan betapa naifnya anak bujang dayah tu nak bagi ibu dia faham...

Yang dia tak faham sebenarnya ibu dia tengah nak bermanja dengan ayah dia.. sebab tu saja tanya soalan soalan "manja" hihi..

Friday, March 14, 2014

Jerebu teruk. Tak pergi sekolah.

Cuaca panas. Jerebu. Mata pedih. Anak tekak pun jadik sakit. Perit.

Satu hari dayah mesti paksa hakim minum sekurang kurangnya 3 botol air mineral botol besar tu... yeah... definitely bukan jenama spritzer atau mana mana air yang dikeluarkan daripada taiping.. ahaks!

Selagi ada pilihan..selagi tu kita elak yang meragukan...gituh... ^_^

Okeh.. dayah bukan nak cerita pasal air mineral spritzer.. dah banyak dah blog yang cerita pasal punca air spritzer tu.. sila google.. heeee.. :)

Balik ke cerita asal...

Hari ni sekali lagi hakim tak pi sekolah minggu ini... badan dia macam nak demam...ibu dia dah gusar...hihi.. over kan dayah... heee ;)

Bawak dia pi klinik... balik klinik terus singgah servis kereta... berat hati rasa nak servis kereta proton nih.. aaisshhh.. rasa kedekut betul nak keluarkan duit tu... haha.. pakai kereta nak...! Servis taknak! Kan..kan...

Semua orang rasa macam tu tak..? Rasa terpaksa servis kereta.. huhu..

Minor servis... rasanya seratus lebih je.. sayang kereta nih... maka terpaksa terpaksa pun... dayah hantar gak la servis.. saja up entry.. bagi ingat sikit.. hihi...

Okeh.. lepas servis kereta ... kita pi cuci kereta pulak...

Bersambung..

;)

Thursday, March 13, 2014

status halal diragui

Paparich.

Dayah cerita pada hakim.. kekangan masa menyebabkan dayah pernah beberapa kali singgah membeli di paparich.. bukan kelazatan makanan atau minuman yang ditanya pada dayah tapi dia bertanya paparich tu ada sijil halal ke?

Dayah terkedu kejap.

Dayah teringat.. dayah tak pernah check sendiri..
Dayah hanya bertanya pada kawan yang ada dengan dayah waktu itu. Kawan yang sama sama membeli makanan dan minuman disitu. Saat terkenang sikap sambil lewa dayah semasa membeli makanan dan minuman di papa rich..dayah rasa sangat kesal. Dayah patut check sendiri .. dayah patut pastikan sendiri.. bukan sekadar bertanya dan menerima bulat bulat tanpa usul periksa.

Dalam terpinga pinga tak tahu nak jawab apa pada hakim... dia cadangkan kat dayah kita pergi paparich dan check sendiri.. haaaa.. betapa anak hensem dayah tu memahami yang ibu dia nih tak mampu nak jawab soalan dia tentang status halal yang dia tanya.. hehe.. seram sejuk sebenarnya dayah rasa sepanjang perjalanan ke paparich tu..

Macam mana kalau paparich tiada status halal jakim?

Dalam berdebar dup dap dup dap..

Dayah sampai kat paparich dan lega......
Dari jauh dah nampak sijil halal yang bergantung kat dinding paparich..
Tarik nafas lega.

Hakim pun senyum.

Tapi tu lah... dah alang alang sampai..
Tak kan tgk sijil halal je.. lepas tu balik..

Dah alang alang sampai...

Jom la kita dinner kan..


Bila tengok dia order makanan sendiri..
Tersedar betapa dah tua diri dayah ini..

Satu ketika dulu dia makan apa yang dyh order kan..
Satu masa dia pandai pilih makanan ikut gambar..
Sekarang dia dah membaca satu satu menu yang ada..

Cepatnya masa berlalu!



Milo tabur... memang layan kan..
Dayah memang ikutkan je dia nak order apa pun..
Tengah nak membesar nih selera makan hakim tak menentu.. kadang kadang dia kuat makan..kadang kadang tak berselera nak makan.. sebagai ibu dayah ikut keadaan dan kesesuaian... anak dayah kan.. mesti dayah nak yang terbaik untuk dia.. :)

Yelah..sesetengah ibu bapa suka memaksa jika anak tak mahu makan nasi.. tak mahu makan sayur... sebenarnya dayah tak berapa gemar dengan paksa memaksa.. jika anak tak mahu makan sesuatu.. dayah lebih suka memujuk. sebagai ibu mesti kita nak anak kita makan makanan berkhasiat kan.. tu lah... sebenarnya lain orang lain cara didikan cuma matlamat kita nak anak tu berjaya dunia akhirat.. kan..


Haaaa...time order tak perasan sebenarnya...
Bila makanan sampai... eerrkkk banyaknya makanan...
Nak makan kitorang berdua je...

Suami dayah yang hensem takde.... jauh dimata sentiasa dekat dihati kami la tapi..

Dekat dua jam jugak dayah lepak paparich tu dengan hakim..

Makan...sembang..menikmati pemandangan... haha..
Kadang teringat gak kat bapak hakim..
Dulu dayah date dengan ayah dia.. sekarang ayah dia dikejauhan anak dia pulak meneman... heeeeheee.. terkenang jugak saat bercinta dan memang tak tertahan tengah dok makan berdua tu hakim boleh jugak tanya ibu dia teringat tak kat ayah.. bila dayah jawab ingat dia tanya lagi rindu tak kat ayah... hikhik...

Apakah anak...apakah.......

Mestilah ibu rindu...

Mujur je zaman internet ni zaman smartphone jadik bila rindu bertamu tu paham paham sendirilah apa yang patut dilakukan... hihi..

Nanti next time nak date berdua ngan suami dayah.. hehe..
Hakim tinggal ngan opah dia lah... wahhh  mesti hangin je kalau dia tau perancangan ibu dia nih hikhik..dok lepak dua jam tu tetap tak habis jugak nasi lemak dan kuew tiau tu..

Tak berapa sedap..
Hehe..

Sungguh nih... mengenangkan dayah berdua ngan hakim maka dayah tak komplen apa pun.. cuba kalau suami dayah ada... haaaa berjela dah dayah komplen tak sedap tau... mengada sangat nak berpura pura manja manja dengan suami la gitu... :p

Aahhhh dah berdua je dengan hakim tu...
walaupun tak sedap.. tak habis makan tetaplah...
tanpa banyak bunyi..bayar dan jom lah kita berlalu pergi je... hihi..

Macam biasa bila berdua dengan hakim dayah akan dapat nombor telefon salam perkenalan dimana mereka mereka ingat dayah nih kakak yang sweet belanja adik kecik dia makan... haha... pelik tapi benar.. dulu dayah susah nak terima bila orang ingat hakim adik dayah tapi sekarang dah redha dan menghargai orang ingat dayah muda.. kihkih..

Nampak tak sedar diri di situ..

Maka misteri status halal paparich terungkai..
meragukan? status halal paparich dijadikan bukti..





Tuesday, March 11, 2014

Sedap mengurut

Takde niat lain selain nak cuba try test tengok keyword mengurut , urut , diurut atau terurut *haha* ada orang tak google sekalian urut urutan tak kira la urutan tradisional atau urutan moden atau juga urutan batin .. haaaa.. just wondering..

Dan memang perangai dayah kalau nak tahu sesuatu..dayah akan mencari jawapan.. actually beberapa bulan kebelakangan nih minat dayah terhadap dunia blog memang merundum jatuh.. sejak hati terpaut pada dunia perniagaan online.. yang memerlukan lebih daripada seratus peratus perhatian.. blog nih dayah jadikan bahan bacaan masa terluang je.. dayah pernah terfikir macam nak tutup je blog nih jadik private blog.. tapi malas nak godek setting punya pasal sampai ke sudah.. sampai sekarang blog ni masih gitu.. tak ber update.. tak diprivate kan jugak.. niat nak tukar dot com pun tak terlaksana.. padahal azam 2014 nak ada dot com.. aaisshh achaner nih...

Balik daripada sbb2014 dayah rasa macam terminat balik nak ngadap blog.. hehe.. dasar wanita tidak tetap pendirian kan kan kan.. dayah rasa hal duniawi nih hati dayah cuma tetap pada suami dan anak je lah kot.. hekhek.. hal hal lain memanjang je tak pasti tak tahu tak itu tak ini..ada je tak..

Macam macam dayah rasa nak cerita kat blog tapi nak ambik feel tu bukan mudah. Dah tinggal lama skill ngadap blog *walaupun blog tak seberapa gah ioll tetap ada skill oouhhh..haha..

Okeh.. maka rakan rakan..

Silakan lah kalau nak cuba try test tengok usha usha keyword urut mengurut diurut atau terurut nih.. daripada sekeping gambar bukti .. kenangan untuk budak kecik yang hensem nih.. ibu dia dapat idea bereksperimen.. entry tak berkualiti dari dayah nih harap harap berkekalan dan perlahan lahan bertukar menjadi entry blog berkualiti gitu...

Nak mula buat draft pasal sbb2014 lah..

Hurmmm...

Tidur dulu lah kan..
Blog suam suam kuku.. reader tak berapa nak ada.. aaaiisshhh.. tidur lagi syok.. kendian kendian je lah ioll cerita pasal sbb2014 kan kan kan..

Ok bye..

Saturday, March 8, 2014

Segalanya tamat pukul 3 pagi

Seharian yang panjang.

Pagi, tanggungjawab terhadap kerja.

Tengahari, uruskan hal anak sekolah.

Petang gerak pi shah alam.. kondisi badan yang sedari semalam tak sihat makin worse. Nak tak nak dayah call adik dayah..dayah dah tak larat sangat nak drive pi shah alam.. ada hal meniaga yang nak diselesaikan. Agak kecewa sebab bila sampai shah alam.. hal tersebut dah selesai tapi tak dimaklumkan pada dayah lebih awal. Sesuatu yang dayah malas nak kenang. Perkara kecil je pun dan yang paling penting is selesai..

Balik dari Shah Alam lepas maghrib.

Selesaikan hal anak sambil membalut pembelian pelanggan. Alhamdulillah rezeki tak putus putus yang Allah beri.

Selesai homework anak.. makan malam. Lepas tu sempat lepak depan tv kejap layan movie.. makan ubat yang pahit.

Tak lama ngadap tv...tangan dan kaki bangun dan bergerak. Gosok baju.. bahagikan duit perniagaan.

Esok.. sepetang bersama blogger 2014.

Dengan tak berapa nak sihat ni..
Dengan blur tak tau nak pakai apa mc tu.nanti.. huhu..

Esok.. actually pagi nanti je pun.. kan kan kan debaran #sbb2014 semakin terasa.

Ok bye.

Thursday, March 6, 2014

Hadiah best best #sbb2014

Haaaa... tahun lepas masa dayah pi sbb2013... dayah asyik hapdet kat twitter tak menang cabutan bertuah.. lepas satu nama satu nama satu nama takde pun nama dayah... dayah memang rasa jauh hati giler haha.. memang giler kalau dikenang sebab nama pun cabutan bertuah kan kan kan.. kot takde rezeki nak kata apa kan......

Dalam dok mengomel tu tetiba nama suami dayah kedengaran... ha ah.. tahun lepas dayah pi sbb2013 dengan suami dayah... tetiba nama dia yang naik untuk hadiah... ok fine.. hadiah mu hadiah ku jua la gituhhh.. hihi.. dapat set mangkuk berjenama weihhh.. suka giler walaupun hadiah berhabuk... wakakaka.. dasar tak tau untung kan...dapat free pun nak bersungut... haha.. ioll bukan tak hargai ehhh.. ioll ckp je.. cakap je eh..

Tgh syok syok leka tgk org terima hadiah... sambil ber tweet tweet... hihi.. tetiba nama dayah pun keluar... wahhh menang seutas rantai dengan loket.... haaaaa senyum sampai esok malam bila mengenangkan.. maklumlah.. budak yg tak pernah menang cabutan bertuah macam dayah akhirnya merasa... hehe.. masa tu dayah terus pasang niat.. next year kalau ada sepetang bersama blogger lagi... dayah mesti nak sumbangkan hadiah..

Seseorang buat dayah senyum.. rasa terharu dan gembira kerana dapat hadiah dari cabutan bertuah... dayah pun nak buat orang lain rasa gembira..

:)

Alhamdulillah..

Setahun berlalu..

Dayah tunaikan niat dayah.
Sebaik saja dayah nampak shakiddo up status untuk penaja hadiah cabutan bertuah....laju laju dayah pm kid..
Memula ingat nak bagi nama blog..
Bincang bincang ngan suami dayah yang hensem tu.. kita bagi atas nama @bachplussize nama bisnes kecil kitorang yang Alhamdulillah dah nak masuk 5 bulan . Online bisnes yang dah ada dua slot dalam butik di Shah Alam dan Kuala Selangor.

Dayah ingat lagi... memandangkan bach plus size jual barang wanita... kitorang suami isteri bincang lagi nak bagi hadiah apa.. takmau la sponsor barangan wanita walaupun sebenarnya kalau sponsor barang sendiri kos jadik rendah.. untung kat pihak kitorang kan... NO NO NO...

Kita nak memberi sebab nak berkongsi kegembiraan... kita nak support pakcik denaihati kita kan.. so kita nak beri hadiah yang lelaki atau wanita boleh guna....

Tak la ambil masa lama untuk fikir nak bagi hadiah apa... hehe.. lepas decide nak bagi hadiah apa.. kitorang suami isteri together gether pi pasaraya mencari... jumpa yang berkenan dia hati.. bayar bawak balik umah dan simpan.. dekat dua bulan jugak lah.. semalam sebelum hantar hadiah kat akademi denaihati.. dayah amik hadiah dan lap balik elok elok.. ada la sikit sikit habuk sebelah luar.. dua bulan gak hadiah tu tak disentuh kan.. Alhamdulillah dapat hantar kat akademi denaihati sana.. hehe..

Perasaan dayah...?

Puas hati... dan dayah berharap orang yang bakal menang hadiah cabutan bertuah nanti adalah orang yang macam dayah... yang tak pernah menang cabutan bertuah... biarlah mereka juga senyum macam mana dayah senyum tahun lepas..

Dan mestilah dayah nak menang hadiah lagi tahun nih.... siapa yang nak tolak hadiah kan... menang hadiah sendiri pun takpe sebab hadiah yg dayah beli memang dengan penuh kasih sayang.. hadiah best... Haha.. apa salah puji diri sendiri kan..

Hihi..

Dua hari lagi..

Dayah masih tak tahu nak pakai baju apa.

Dayah seorang yang comot. Tak lawa.
Gonna keep it that way.

Almaklumlah.. ioll melawa lawa when my husband around je...hehe...

Yup... suami dayah tak dapat teman dayah pi sbb2014 sebab dia jauh... uwaa..

Silap silap kang kalau xde hati mahu dayah tak jadik pergi... hantar adik je ganti... ewahhhh.. :)

Adik dayah mesti nak pergi punya.. ada makan makan kan.... hehe..

Okbye.