Monday, May 5, 2014

Ku tewas

Gitu la title entry pasrah..

Memang sambil mengunyah pizza tu..
Mata dayah dok belek je ruangan bawah kat dalam pkns bangi tu.. huhu..

Jadi lepas makan.. dayah tarik la tangan hakim singgah singgah kejap la "kononnya"  haha.. walaupun dah pasti dah hakikat masa tu.. mesti terbeli jugak kang....

Billion nih memang pasaraya yang dayah dah kenal pasti sejak zaman sekolah menengah lagi... harga barangan yang dijual semua mesra poket... hihi ayat feveret bff dayah la tu.. dah jadik mak mak ni berbelanja harus yang mesra poket sajo... hikhik..

Puas hati la..dayah beli 3 helai tshirt dengan sepasang baju tidur hakim dan jumlah keseluruhan 60 hengget lebih.. tshirt yang cantik..kualiti yang baik.. memang berbaloi baloi.. kalau tak mengenangkan takut kena bebel ngan suami dayah.. hehe.. memang dayah rasa dayah nak memborong lagi... heeee tapi siyes tak sanggup nak dengar suami dayah bebel.. beli benda yang tak perlu sebenarnya.. hehe biasa lah perempuan kan kan kan..

Walaupun dah ada segala keperluan kan.. pantang nampak perkataan sale.. tetiba rasa segala kain baju kat umah tak cukup lah..dah kecik la..dah sendat la.. dalam otak tu asyik pikir.. murah murah.. rugi aku tak beli nih Ngahahahaha.. kalau dikenang memang ngeng! Ntah apa yang ruginya tak tau la kan..hihi..

Beringat ingat la dayah membeli tadi..

Nih dalam nak up cerita pun..masih dok cakap dalam hati.. rugi tak beli lebih sikit tadi.... memang sesuatu betul lah.. pasaraya, jualan murah dan perempuan. Huhu..

Dah selesai beli.. baru ingat misi mencari tiket wayang... haha.. dan ngam ngam beli.. suami dayah telefon... adehhhh..

Bersambung.

Sunday, May 4, 2014

Dalam setiap gigitan mesra

Sedapnya.. Alhamdulillah Allah beri nikmat Allah beri rezeki.

Maybe tak sesedap pizza hut atau Domino's yang femes itu kan kan kan.. sesekali harus support local product.. niat ioll suci murni.. hihi..

Sejak dua menjak jadi usahawan wanita nih... gitu lah... setiap kali nak beli sesuatu.. fikir panjang panjang..
Hihi..

Kalau dulu tak pernah pikir apa.. ada duit extra je.. beli beli dan beli..

Okeh.. menikmati pizza pah yang sedap. Menepati citarasa tempatan dan harganya mesra poket serta restorannya adalah selesa dan layanan serta servis yang diberikan memang terbaik. Kat kompleks pkns bangi.

Tingkat satu..
Dan dayah nampak kat ground floor macam ada jualan murah je.. hurmmm..

Gatal je kaki nak jengah jengah..
Boleh kot singgah kejap kan..?

^_^

bersambung..

Misi mencari tiket

Awal pagi kitorang keluar hari nih.. nak mencari tiket wayang cerita spiderman..

Beli awal la.. sebab nak seat belakang.. plan nak tengok maybe rabu atau khamis.. huhu.. tu pun belum tentu dapat tiket kang.. hero hero dayah nih nak seat belakang belakang je.. tak berapa nak suka la walaupun seat tengah.. cam tak syok feel dia..

Suami dayah yang hensem gi gym.. work out je memanjang dia tu.. haha.. nak maintain hensem kan.  Bini dia nih je yang tak insaf insaf..tak reti reti nak exercise langsung.. hihi.. dalam hati memanjang feeling selamat sebab dah ada orang sayang..gituh.. esok esok kalau orang tu kena kebas ngan awek hot haaaaa agaknya baru nak nangis nangis pasang badan balik kan kan kan.. ;)

Biasalah orang perempuan memang ramai cam ni.. selagi tak terkena.. buat tak kisah je... aaaiishh seram pulak pikir bukan bukan nih..

Sekarang kitorang tengah tunggu pizza masak.. kat kompleks pkns bangi.. teringat kak jie bila datang sini..dayah first time datang sini masa jumpa kak jie.. masa tu la rasa makan pizza pah.. sedap jugak weiiihhh..haha.. jatuh hati terus..

Kali nih dtg lagi.. lepas makan baru pi carik tiket wayang..

Lapar giler dah..

Keluar dari pagi sebab ada customer nak beli blouse.. c.o.d kat area bangi.. alang alang sekali keluar.. sambil menyelam minum air gituh.. hihi..

Ok.. bersambung..

Bau pizza pah dah masuk kat hidung..
;)

Sesekali mekap

Haaaa dayah memang jarang sangat sangat mekap mekap nih... tak berapa nak selesa... kita orang biasa kan.. rasa selesa jadik diri sendiri je... tapi semalam kan meneman suami dayah pi kenduri kenkawan dia.. dayah nak nampak la cam matang sikit... hewhewhew.. dah banyak kali dengar orang komen dayah nampak muda dari usia sebenar.. mestilah happy nampak muda kan kan kan.. tapi semalam dayah nak nampak matang.. hihi lagipun suami hensem kat sebelah kan.. terasa sangat la cam nak berhias sikit untuk dia..

Dan bila dayah yang touch up diri sendiri ini yang dayah tahu buat cuma pakai eye liner letak sikit eyeshadow tambah sikit maskara lepas tu tenyeh lipstik.. siap... dan rasa diri sendiri lawa sangat la dah tu.. hihi..

Perempuan dan mekap.... hurmm..
*biasalah tu* sambil tangan dibahu anak mata hitam tengok atas gituh..

Bila sesekali mekap..sesekali rasa lawa luar biasa..mula la timbul rasa ketagih tau.. mula la rasa macam esok nak mekap lagi la.. ha.. memang payah la nak buang perasaan syok sendiri tu dari jiwa ini.. hehe.. ^_^

Ok..saja lepas gian.. lama tak hapdet blog.. windu ooohhh nak bebel bebel kat blog. . Aaisshhhh...

Okbai.

Saturday, May 3, 2014

Penuh dengan kenduri

Seharian... sejak pukul 11am hingga pukul 4pm, hari nih dayah berkejaran memenuhi 4 undangan majlis perkahwinan kawan kawan suami dayah...

Mujur je semua majlis berdekatan.. dan jalanraya hari nih tak jammed langsung antara bangi-putrajaya-sungai besi-kampung baru yeah happy sangat sangat sebab dapat attend empat majlis berlainan dan semua makanan sedap sedap.. hehe..

Bila pergi majlis kenduri kawen nih.. dayah mesti akan teringat majlis sendiri.. otomatik flash back kisah sendiri biarpun ambil masa beberapa minit je.. tetap teringat kenangan lalu.. tetap terkenang betapa dah bertahun dayah jadi isteri orang.. dayah rasa gembira dan bahagia. Dayah doa setiap hari agar Allah pinjamkan segala kebahagiaan ini hingga akhir hayat dayah aamiin..

Bukan mudah menjadi seorang isteri. Dugaan dan cabaran setiap rumahtangga tak sama. Dayah dengan suami dayah sampai hari nih masih mencari kesefahaman walaupun dah bertahun tidur sekatil. Menjadi suami isteri tak bermakna kita akan memahami pasangan kita semudah kita menghafal a b c sebab perangai manusia berubah ubah.. kalau tak suami yang berubah.. isteri yang berubah dan perubahan itu hadir dalam pelbagai rupa pelbagai cara..

Bagi dayah kita sendiri yang bentuk sama ada mahu acuan bahagia atau sebaliknya.

Sehingga hari ni... dayah dengan suami dayah masih bercinta.  Masih terus cuba mengenali hati budi masing masing dan tak dapat nak elak perselisihan faham dan berbeza pendapat. Setiap kali muncul krisis.. mesti akan ada adegan masam muka.. haha.. kalau terkenang sendiri mmg dyh senyum sengeh sorang sorang pasal dah tua tua pun ada adegan panas merajuk rajuk lagi antara kami tapi bagi dayah itu antara penyeri hubungan rumahtangga.. setiap kali rajuk pasti ada pujuk..peluk peluk.. hihi..

Tak kisah siapa yang salah.. yang penting lekas lekas selesaikan.. alahai... fikir fikir dan fikir.. janganlah kerana hal yang kecil nak perbesarkan hingga akhirnya hubungan boleh jadi teruk berantakan..

Dayah sayang suami dayah. Kebanyakan masa dayah tak kisah mengalah untuk dia.

Dayah tahu suami dayah sayang dayah. Sebab kebanyakan masa dia sentiasa mengalah untuk dayah.

Sama tak serupa. Yang pastinya dalam hati kami ada cinta.

:)

Dah kenapa tetiba nak sembang pasal hal rumah tangga kan.... eeehhhhhh pergi kenduri kawen punya pasal la ni haha.. terbawak bawak mood rumahtangga jadiknya..

Selamat pengantin baru utk semua yang baru sah menjadi suami isteri ♡

Okbai.