Saturday, September 6, 2014

#kbba , cabaran 30 hari, day 6

Apa anda makan hari ini.
Task ke enam.

Biskut kering celup dalam teh panas ooohhhh sedapnya dengan ice cream.
Sepanjang hari ini saja la yang dayah makan. Suami dengan anak sepanjang hari keluar. Father and son time kata mereka.. daripada pagi diorang keluar jogging lepas tu terus breakfast kat luar.  Balik siap hensem hensem wangi wangi diorang terus keluar pi tengok wayang , balik petang siap macho macho diorang pi gym balik maghrib siap gagah gagah pi latihan silat. Haaaaa... sepanjang hari kat luar..dan siap pesan kat dayah tak payah risaukan diorang.. jangan masak dan rehat banyak banyak.

Heehee.. actually makcik dayah tak berapa sihat.. jarang dayah ni tak sihat.. jarang batuk..jarang demam.. tapi bila sekali dijangkiti demam batuk selsema nih...boleh bawak meleret lebih seminggu.. ^_^

Dan sedikit rasa tak sedap tekak. Tonsil bengkak. Doktor suggest makan aiskrim. Katanya melegakan anak tekak dan bantu surutkan tonsil yang bengkak. Makan aiskrim.  Hahah.. kita yang tak tau apa pasal medic ni memang rasa nak gelak. Macam tak logik pun ada orang tak sihat disuruh makan ice cream.  Lantak lah.. syok jugak melayan se kotak ice cream sensorang. Makan. Dah kenyang simpan balik dalam peti ais. Lapar. Makan lagi ice cream. Sorang sorang balun se kotak macam tu. Puas nafsu makan. Puas hati. Kekekeke.. sesekali sulam dengan biskut dan teh panas. Boleh je nak masak bubur ke.. sup ke..tapi takde selera nak makan.

Layan la biskut kosong celup teh. Feveret. Ikut hati teringin nak makan megi kari letak fishball letak telur.. humang aii sodapnyeeee tapi suami ku tak bagi hihi.. dia kata kalau nak makan megi kena sihat dulu.  Dua kali pikir dah macam budak budak pulak dayah nih..heehee..

Itulah makanan saya hari ni.
Biskut kosong cicah teh panas.
Aiskrim.
dan hundred plus.. tak suka..
:( kena paksa telan jugalah....

Sekian

Friday, September 5, 2014

#kbba , cabaran 30 hari, day 5

Tiga perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih.
1. Maafkan i.
Heehee.. i kena pilih yang terbaik untuk masa depan i. Dengan ayat omputih best man win , i harap u redha. i takmau u kenang lagi kisah silam ya. i bahagia sangat sekarang ni. i minta maaf kerana tak memilih u. i yakin pilihan i tak salah. i tahu i jahat sebab putuskan hubungan kita demi dia, again, i have to do what i had to do. i choose him. I'm sorry. Let me go from your heart. It's belong to someone else. Not me. I'm so sorry.
2. Sekarang i meniaga online. Jual outfit plus size. Heehee.. i dah makin gemok. see..beruntung u kan? kalau i tak tinggalkan u dulu.. maybe u kawen dengan orang yang bakal gemok, ye dak? Haaaa.. tolong bgtau kenkawan u ye..mana tau ada orang mencari pakaian plus size kan..i ada jual tau.
3. Selain jual outfit plus size, kenkadang i buat cakes and cookies. For my husband sebab dia suka makan cakes and cookies yg i baked. Biasanya i akan baked lebih, packing then jual kat kenkawan terdekat atau jiran jiran. So kalau u nak cakes or cookies, bagitahu la.. i biasa buat chocolate flavour,  tapi bayar la ye.. hahah..
i ni je jenis banyak cakap u pun tau kan tapi task ni kata 3 perkara so i cakap dengan u 3 saja la ye.. okbai!
P/S: gigil kepala lutut nak bercakap, pasal yang mintak putus aku! Kang kalau kena penampor jepun, tak ke naya?

Thursday, September 4, 2014

#kbba , cabaran 30 hari , day 4

Buku kegemaran anda.
Cakap pasal buku. Memang kegemaran dayah. Dayah memang suka membaca. Apa yang menarik minat semua dayah baca. Dayah memang ada banyak buku. Segala macam jenis buku. Semua buku dayah sayang. Takde pilih kasih.
Cabaran hari keempat, buku kegemaran anda. Kalau nak cerita pasal buku kegemaran... haaaaaa... boleh juga..
Bukan semua buku kesayangan dayah tu dayah suka kekekeke.. walaupun suka membaca... kan..kan..kan.. ada je buku yang dayah tak minat tapi dah orang tersayang hadiah kan... dayah baca juga. Dayah kan suka membaca..buku tu je yang dayah tak suka.. hahah.. macam complicated..sukar difahami kan..
Kejap suka baca buku..kejap kang tak suka buku.. tapi kalau dibaca dengan teliti.. mesti paham maksud dayah tu.. tak paham jugak.. jom kita ngeteh...dayah explain bagi paham nak...... jom la..... hihi..
Buku kegemaran dayah. Doraemon. Berpuluh silap silap beratus komik ada dalam simpanan dayah. Paling win komik doraemon. Buku la tu.. buku komik..
Hihi.. terimalah kenyataan...  buku komik doraemon adalah buku kegemaran dayah..tengoklah.. buku tu dah kuning kelabu asap dah..naik lunyai.. dayah baca ratus kali.. ratus kali ketawa sorang..
Nak buat cemana... otak dayah memang beginilah...orang lain buku kegemaran semua grand va va voom kan... terimalah diri dayah seadanya..tolong jangan ejek dayah sebab buku kegemaran dayah adalah komik doraemon.
Jangan eh..jangan ejek. Ni hak peribadi. Ingat senang ke nak berterus terang nih..?
Bagi buku lima kang..nak??

Wednesday, September 3, 2014

#kbba , cabaran 30 hari , day 3

Sesuatu yang menguatkan anda.
Aku tengok je task nih.. aku senyum.
Aku tahu aku ada gambar yang cukup sesuai bagi aku la.. keadaan waktu aku ambik gambar tu.. itulah yang aku sedang fikirkan masa tu. Kekuatan aku.
Tak pernah terfikir yang aku akan guna gambar ni secepat nih. Masa aku amik gambar nih.. memang aku ada fikir nak abadikan kenangan manis tu..cuma tak sangka secepat nih..memandangkan masa aku ambik gambar tu aku tengah malas update blog kan..tapi aku ambik jugak gambar tu curik curik.. ^_^
Kekuatan aku.
Seorang suami yang sudi terima aku seadanya. Dan seorang anak yang terpaksa terima perangai ibu dia sepenuh jiwa raga. Heehee..
Masa ni jalan jalan raya ke perlis. Almost maghrib.. singgah sebuah surau yg dikelilingi sawah padi. Aku solat dulu masa nih.. bukan berjemaah. Cuma aku sengaja tunggu mereka habis solat. Nak salam cium tangan suami ambik berkat!
Sangat menyentuh hati bila aku tengok suami aku yang hensem berjemaah dengan anak yang soleh. Tu yang aku terus curik curik amik gambar. Masa tu lah terdetik dalam hati aku. Kekuatan aku.
kekuatan aku, solat.
Walau solat aku tak sempurna.
Banyak cacat cela.
Rompong dan rongak sini sana.
semoga Allah ampunkan dosa kita semua.. aamiin..
ikhlas, dayah.
^_^

Tuesday, September 2, 2014

#kbba , cabaran 30 hari , day 2

5 cara memenangi hati anda.

Ikut nafsu hipokrit dayah teringin betul nak jawab begini...
1. Hadiah kan dayah rumah banglo
2. Bagi dayah sebuah kereta audi
3. Belanja dayah sepuluh gram emas setiap bulan
4. Bawa dayah shopping setiap minggu
5. Belikan dayah handphone baru seriap kali ada model terbaru dari sony
Wahhh...gitu... mengalahkan ratu cantik dah kekdahnya.. hahah..

Sebenarnya.. dayah rasa susah betul nak jawab soalan ni. susah nak cakap pasal hati. Haha.. jenis oldskool macam dayah nih.. bila disentuh pasal hati nih.. memang lama lah dayah pikir.. pikir.. pikir..  tak boleh buat main pasal hati nih.. ♥

lepas lama fikir..ini yang mendapat tempat teratas. cara yang mampu menambat hati.


1. Sentiasa berasa dalam tangga teratas la kot. Belanja dayah kfc..! Hahah.. kfc ni sangat dekat dengan hati dayah.. kecik kecik dulu bila ada hari istimewa yang nak di rai..kfc la  makanan nampak mewah yang senang dimiliki.. orang tua dayah selalu beli kfc je lah.... kami bukan keluarga kaya.. jadik bila dapat makan kfc tu dia punya gembira memang tak terkata. Beli tak banyak pun..tapi masing masing makan berkongsi.. oowwhh sangat manis.. jadi kfc always win.. walau kami adik beradik akhirnya kini dah mampu..(Alhamdulillah) tak pernah lagi lupa diri. Susah nak explain kat orang yang tak alami apa yang kita lalui.. heehee.. kfc always win. Always. Dekat di hati.


2. Belanja nasi ayam pelisss.. hehehe.. makan lagi... kakakakakahkah.. mana tak gemok kan... hihi.. tapi sungguh la.. dayah ni penggemar nasi ayam... kalau pergi pasar malam ada lima stall nasi ayam..lima lima tu dayah akan beli dan try.. kekekeke.. rasa sikit sikit.. share la ngan keluarga.. janji merasa.. mujur juga packaging nasi ayam ni bukan jenis penuh.. selalu nasi kan secawan.. adoii.. dah sembang pasal nasi ayam pulak makcik nih kannnn.. hihi.. sungguh la.. nasi ayam sering menambat hati.. tak pernah gagal la setakat nih.. ♥ hikhik..

3. Durian crepe. Nampak je durian crepe..terus masuk setengah inci dalam hati ni.. ngahahaha.. teman kan oghang peghak... segala yang berkaitan dengan durian teman suka.. paling win durian crepe.. pasal durian crepe dah kawen dengan creme yang sedap dan manis..gituh... buat sementara.. durian crepe memang antara makanan menarik di dunia... tapi durian crepe ni baru hadir setahun dua je.. jadik tak mustahil nko akan digantikan yer durian crepe.. hahahahah.. buat masa ni.. durian crepe juga dekat di hati..


4. Nasi ayam.. lagiii..?? Yup.. nasi ayam.. hahahah.. Iolls tak mampu menipu diri sendiri.. sesungguhnya nasi ayam nih sangat sangat memikat hati... ehh.. nasi ayam seperti didalam gambar diatas sahaja.. yang hanya dijual disatu tempat saja..yang hanya dijual oleh pakcik dan makcik yg berniaga di depan masjid kajang saja.. haaa siap bgtau lokasi.. pi la try..  dia punya nasi..sambal kicap sup ayam semua mabeles...oii..oii.. makan sepinggan boleh buat hati terpikat setahun oii.. haha.. nkorang tak pernah rasa maka nkorang tak tau.. jadi terima saja kenyataan nasi ayam diatas adalah antara perkara menarik di dunia yang menambat hati dayah.. hihi.. (mi kari dia pun sedap jugak....haahaa sempat promote..)


5. Never say never. Sate dan cendol.. yup.. makanan lagi.. hahah.. sukati lah.. dah memang ini yang menyentuh hati dayah.. phewww.. membesar kat kajang buat dayah sebati dengan sate.. hihi.. satu malaysia ada jual sate.. tapi cuma satu kedai tu je yang menarik hati dayah..setiap minggu! Kalau terbabas seminggu tak pergi.. the next following week mesti nak jugak jugak.. adalah satu kedai yang agak terpencil kat kajang nih.. terpencil terpencil pun setiap malam sate yang dijual nya laris dibeli pelanggan setia.. hehe..
Cendol tu bukan minat sangat..terpaksa beli je.. sebab kesian kat orang yang jual nya..takde orang nak beli cendol dia.. semua dok  beratur beli sate je.. selepas bertahun tahun.. jadik kebiasaan.. cendol tu dah jadik kegemaran la sudahnya.. hikhik..

Senang je rasa nya kan... bawak pi makan .. makan..makan.. sampai gemok.. haha.. maca senang je nak memenangi hati Ioll kan.. dah memang setiap manusia tak sama.. lagi pulak.. sebenarnya hati dayah dah lama takde.. dah bertahun tahun lamanya.. dayah dah serah hati dayah kat dia.. dayah dah takde hati nak dimenangi dah..


Hahah.. bajet sweet la makcik dayah ni kan.. kekekeke..
Tapi itu la kenyataannya.. sebab tu susah nak settlekan task yang ini.. yang ada kat dayah sekarang hati lelaki hensem tu lah... sebab tu kuat makan.. hahahah.. dah memang rahsia memikat lelaki ialah kenyangkan perutnya.. gitu...haha.. semoga alasan ini logik diterima...

Peace yawww..!


P/S : donut tu pun memikat jugak tu.. menambat hati jugak tu.. kan... hihi. ♥

Monday, September 1, 2014

#kbba , cabaran 30 hari , day 1

Haaaaa... sungguh dayah terpengaruh la kali n dengan satu fenomena baru ye.. tetiba penuh wall fb dengan hashtag cabaran tiga puluh hari.. biasa nampak hashtag kelab blogger ben ashaari je.. cam biasa dayah jadik silent reader je.. baca mana yang sempat.. komen dah malas.. membebel setakat dalam hati je... hihi..

Dalam dok baca baca dan baca.. hati dayah rasa macam best jugak la cabaran nih.. mampu ke nak hapdet blog tiga puluh hari direct dengan task.. dan game macam ni kena jujur lah dari hati kan.. ke dayah je anggap begitu? Hehe.. tak kisah lah.. yang penting lepas fikir seketika.. dayah rasa nak join.. mana tau mampu menarik minat nak ber blog hari hari macam satu ketika dulu lepas nih kan..

Maka dayah mencarik cik sue, dan mintak cop mohor nak join..

Cabaran hari pertama,

1 gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda.


Setakat nak gambar terbaru.. no hal..hehe..
Kaki selfie macam dayah akan sentiasa ada gambar terbaru kekeke.. kalau tak fikir aurat tengah mandi pun mau ada satu gambar selfie hahah.. mujur lah tahap ketagih selfie tak sampai tahap itu lagi.. hihi.. gila kalau tersebar gambar selfie masa mandi.. mau viral dengan tajuk makcik tak sedar diri berselfie ketika mandi kang...

Ok..ok..

5 fakta mengenai dayah.

1. Sangat suka makan kfc. Hahah.. mana tak gemok kan. Eh.. gemok tu fakta jugak tapi semua orang boleh nampak jelas.. jadi tak perlu la makcik bg kenyataan bertulis lagi ye dak.. haha.. yup.. dayah sangat suka kfc. Mujurlah tak perlu buat penerangan jelas tentang fakta diri sendiri kan.. jadi.. boleh berhenti disitu. Dayah suka makan kfc.

2. Dayah sangat suka nasi kerabu dengan solok dan daging bakar. Deerrr..
Makanan jugak yang jadik pilihan... haha.. sedappp lah nasi kerabu... sendiri tengok sendiri terliur pulak sekarang... hahah.. tapi ini lah fakta. Dayah suka nasi kerabu.

3. Suka dengar suria fm. Sebab ada linda onn.. heheh.. sekarang dah lebih syok sebab ada adibah noor.. haaaa.. 3 in 1 pulak fakta kali nih.. pakej. Dayah suka dengar suria fm.suka linda onn.suka adibah noor. Daripada gambar boleh dikenal pasti dayah suka makan nanananano, suka charge tepon masa memandu dan suka guna smart tag bila lalu tol. Hahaha.. ini semua fakta la.. yang dayah buat hari hari tapi tak semua orang tahu kan..

4. Dayah suka memandu laju laju bila dapat peluang. Selalu hadap jalan jammed tersengguk sengguk.. kalau dapat masuk gear 3 tekan sikit masuk gear 4.. tak tahan masuk gear lima.. turun gear 4 balik kejap.. gear lima balik.. pergghhh.. dapat cecah 140km tu amik gambar lepas tu watsap kat suami dayah yang hensem tu bagi dia sakit dada dengan perangai bini dia..hahah.. biasanya dayah dapat peluang tekan minyak kat highway je la.. memandu la selaju suka hati nkorang selagi nkorang yakin jangan over sangat dah sebab malang tak ber bau kan.. masing masing dah besar.. tahu masing masing dah ada tanggungjawab kan.. ha.. dah kenapa aku yang bawak laju aku pulak yang membebel kan... kekeke.. ok.. satu lagi fakta.. tak padan dengan gemuk..dayah suka bawak laju laju.. bila keadaan mengizinkan lah...

5. Dayah suka ambik gambar candid yang cantik. Bukan senang nak dapat candid yang cantik kan..sesetengah gambar candid buat seseorang nampak tak berapa lawa.. kenkadang gambar goyang.. lighting tak cukup.. macam macam la.. gambar candid kan.. bukan nye orang tu tau nak sedia posing kan.. haaa.. ampun mummy daddy.. anak menantu letak gambar candid mummy daddy kat sini..hihi..

Gitulah.. lima fakta yang dayah rasa nak share dengan orang ramai walaupun dayah tau orang ramai bukan nak baca pun.. hahah..

Tetiba dah habis.. sikit sangat mintak pun kekekeke.. dengan manusia banyak cakap dan suka berlebihan macam dayah ni.. lima tak cukup.. hahah.. fakta jugak tu.. hihi..

Selain daripada suka makan, dayah jugak suka lelaki tu... hiihii.. #FaktaPalingPenting