Saturday, October 25, 2014

Terbakar. Dugaan tahun baru.

Lama termenung mencari sedikit kekuatan untuk bercerita. Sesuatu yang dayah nak luahkan. Tapi tak terluah.

Dayah nak kongsi pengalaman.

Ingat nak kongsi tu mudah.Sekadar menaip dan bercerita.Dayah kan manusia yang banyak cakap.Pom pang pom pang tu benda biasa bagi dayah. Ok. Dayah ingat nak bercerita.

Online.

Termenung.

Nak cerita apa?

Banyak yang boleh dayah cerita.
Dari awal kejadian hingga akhir kejadian.

Ok.

Tarik nafas. Hembus.

Berat.

Tak semudah yang disangka.

Sesungguhnya dayah serahkan sepenuhnya segala rasa pada Allah s.w.t.

Sejak malam kejadian. Itu yang dayah fikir. Itu yang dayah rasa. Perasaan melihat segalanya yang kita sayang hilang begitu saja memang sukar nak diluahkan. Berat. Tak tahu bagaimana nak susun atur ayat ketika bercerita kerana ia melibatkan hati dan perasaan sendiri.

Terima kasih pada setiap orang yang sudi hulur bantuan dan pertolongan.

Terima kasih banyak banyak.

Terima kasih.

Hingga kini. Dayah masih belum luahkan segala perasaan yang berombak dalam dada. Dayah masih belum keluarkan segala rasa ribut dalam hati. Walaupun pada suami. Sekadar berkongsi secebis gundah gulana dengan beberapa sahabat dan segenggam resah gelisah dengan suami dan anak.

Menangis. Belum.
Belum. Menangis.

Tarik nafas. Hembus.

Bersyukur tiada nyawa yang terkorban.
Itu lebih dari mencukupi.

Allah masih pinjamkan insan yang dayah sayang di dunia ini.

Manusia yang dayah cintai masih ada di sisi.

Bersyukur. Terima kasih Allah.

Sunday, October 19, 2014

Rumah saya terbakar

Saya buntu.
Saya rasa terkejut.

Terkejut yang amat sangat.
Sampai tak keluar airmata.

Sejak tengah malam semalam.
Melihat dari kejauhan api membakar satu persatu barangan peribadi dayah.

Dayah sungguh buntu.

Betul tak tahu nak buat apa.

Sangat ber syukur kerana ada orang sekeliling yang sudi membantu.

Terima kasih dayah ucapkan.

Dugaan Allah.

Allah tak beri apa kita mahu.
Allah beri apa yang kita perlu.

Thursday, October 9, 2014

kisah raya haji tahun ini


gigil jugak rasa tangan dayah nak menaip hehehe lama nau nau rasa tak hadap blog... tetiba datang mood nak pom pang pom pang....haaa...meh la share pasal raya haji yang lalu...

dayah balik kampung suami dayah..
kat ipoh perak.
sehari sebelum raya dayah sampai..
lepas tu terus pi tesco..
beli udang sebab plan nak masak nasi lemak sambal udang..
nak makan pagi raya tu..
kuah kacang..daging..ketupat palas..lemang dengan nasi impit ada jugak la..
dah kata raya kan.....cuma suami dengan anak dah request tu..
dayah masak jugak lah...pasal dayah dah jarang sangat masak..
hihi..

malam raya tu teringat  ingat susah betul nak tidur..
dayah jenis manusia susah nak tidur bila pindah tempat tidur..
last tengok jam pukul 4pagi kot..lepas tu sedar sedar lengan sasa kejut
suruh bangun solat subuh...sejuk oiii kat kampung... liat betul rasa nak bangun tu..
heheh..dah la payah nak tertidur kan...

lepas subuh sambung tidur balik kejap..
pukul 7 bangun telepon mak dayah dulu hehe..
sembang ngan keluarga sendiri dulu lepas tu baru mula masak nasi lemak..


lepas tu macam biasa raya pi masjid solat...lepas tu balik makan makan makan..
dalam pukul 9 tu suami dengan anak dayah pi tengok lembu yang dikorbankan..dayah lepak umah je basuh basuh pinggan....makan...sembang sembang...tengok tv... orang tak ramai kan raya haji...kat kampung suami dayah pun lengang jer...

sepanjang petang tu takde buat apa dah.. aktiviti memang makan sembang makan sembang tengok tv. lepas asar baru dayah merajinkan diri sikit mekap sebab nak ambik gambar syok sendiri ni...hehe.. lepas tu hapdet kat instagram sana... 

lepas settle amik gambar...terus cuci mekap....sambung makan lagi..
hehe kat kampung suami dayah tu ada satu lauk nih dipanggil daging masak hitam...sedap kemain.. tu yang dayah dok berulang makan tu....orang tak ramai..jadi tak la segan kan ...haaaa tetiba tercerita kat belog...abih sumer orang kampung tahu.....hehe..

lepas maghrib tu dayah ikut suami dayah pi umah pakcik dia..sembang sembang..makan lagi..hihi..

sekejap je kat umah pakcik dia...lepas tu laju laju balik..  nak kejor tengok akademi fantasia... haha...

masa tengah tengok akademi fantasia tu dayah rasa letih sangat dah...mengantuk..penat.. semua ada lah.... tak sempat tunggu habis af tu dayah dah tertidur...balik kampung biasalah... segala toto bantal semua memang depan tv je kan..


sedar tak sedar gitulah berlalunya sehari...kisah hari raya haji tahun nih..

alhamdulillah rezeki murah tahun nih..
perniagaan kecil dayah masih ada.
syukur.
terima kasih banyak banyak kat semua orang yang sudi beli dari dayah.

insyaAllah , ada rezeki lebih tahun depan dayah nak tumbangkan lembu sekor masa raya haji.
moga dipermudahkan, aamiin..

okbai..

Friday, October 3, 2014

Bulan 10 dah eh..

Cepat nya masa berlalu..
Tau tau je dah bulan 10...

Mula la dayah terpikir pikir...
Terkenang kenang..
Sejauh mana azam awal tahun 2014 terlaksana...?

Hurmm..

Rasa macam ada tiga empat perkara yang masih belum berjaya dayah buat..
Dan masih ada beberapa minggu sebelum tiba tahun baru.

Dan dayah harap menjelang akhir tahun nanti dayah berjaya buat semua yang dayah plan nak buat dalam tahun 2014..

InsyaAllah.

p/s: rindu dengan kamu wahai blog ♥