Wednesday, April 1, 2015

Perempuan seksi di gym

Amboi tajuk entry kemain lagi haaaaaaaa... kihkih.. bukan apa.. semalam aku ada nampak kat paper.. paper apa lupa la pulak dah... cerita pasal gaya hidup masa kini.. antara yang jadi kegemaran anak muda zaman sekarang ni pergi gym untuk bersenam. Demi kesihatan.

Memang bagus sangat dah topik kesihatan nih.. cuma mata aku jer tak berapa berkenan tengok gambar gambar yang ditonjolkan tu.. gambar lelaki sado tu biasa lah kan.. bab gambar awek awek gym tu.. semua kemain seksi lagi seluar baju ketat nampak lurah dada ewah ewah ewah... negara islam model melayu nama model islam tapi pakaian bukan main barat lagi...

Dah kenapa dengan suratkabar tempatan nih... perlu ke letak gambar awek seksi berpakaian menjolok mata macam tu untuk cover story pasal gym..? Maybe lah ramai wanita yang berpakaian macam tu bila pergi gym.. sebab nak tunjuk badan cantik kan.. realitinya ada jugak yang bertudung tapi anggota badan lain " bertelanjang " ada semua tu aku nampak dengan mata sendiri kat gym..

Cuma.. sebagai media cetak apa salah nya lah didik pembaca dengan sesuatu yang lebih baik, lebih bagus. Cuba letak model muslimah sikit.. bukan tak boleh.. boleh je.. agaknya zaman sekarang memang media cetak pun dah tak mampu kot nak beri contoh teladan yang baik. Selalu aku dengar orang kata suratkabar tu akan letak cerita dan gambar untuk lariskan jualan saja.. hurm..

Yelah. Letak model gemok dan ala muslimah macam aku.. mana nak laku suratkabar tu ye dak.. dan story pasal gym dan kesihatan akan jadik kurang power lah kalau takde gambar perempuan seksi kan.. agak nya lah..

Hurm. Cenggini lah. Aku bersangka baik je lah kan.. itu je yang dapat aku buat ye dak..?
^_^

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.