Monday, May 18, 2015

Jalan jalan kat melaka

Melaka nih memang negeri favourite aku.. tak dapat nak dijelaskan kenapa.. tapi dari kecik lagi aku memang suka negeri melaka.. banyak banyak kali pergi pun aku tak pernah rasa bosan.. malah kenkadang aku rasa macam bila dah pencen dan bersara nanti aku nak habiskan sisa riwayat hidup aku dengan suami ku kat melaka... memang tak kesampaian la keinginan tu pasal suami teman anak jati negeri perak.. haruslah dia nak menetap kat tanah tumpah kelahiran dia kan..

Letih tak hilang lagi.. tapi bila belek belek gambar yang ada.. terasa ringan je otak aku.. hahah.. yelah senyum sengeh sensorang mengingatkan kenangan manis.. takkan nkorang tak pernah senyum sensorang kan.. banyak je rasanya cerita nak share.. tapi sebagai isteri dan ibu aku kena dulu kan segala yang patut didahulukan..

Trip ke melaka kali nih adalah ihsan dari #kelabbloggerbenashaari nye team.. cik sue yang baik hati bagi aku peluang untuk join blogger blogger buat review pasal agro farm home stay kat melaka.. yeah kerana melaka memang negeri favourite aku maka bagai orang mengantuk disorong bantal laju laju je aku terima tawaran cik sue.. mekasih cik sue...

Lama giler aku tak join event event atau sebarang aktiviti yang melibatkan blog. Sedar blog kita nih tahap ikan bilis je halus dan dengan tak hapdet apa apa cerita pun.. nak berblog ni memang kena fokus dan sindrom malas aku mengatasi segala gayanya.. malas nak fikir banyak weih.. nak mengarang ayat bagai.. huhu..

Cuma lately nih.. memang aku rasa cam rindu nyaaaa nak bebel kat blog aku.. actually aku hapdet je blog cuma semua aku simpan kat draft.. aku tak publish sebab rasa tak nak berkongsi.. rasa tak sedia nak berkongsi.. hahah.. feeling diva sangat macam enam juta rakyat malaysia nak baca blog nko kan dayahhhh.. kihkih..

Well..

Mari lihat lah berapa lama aku mampu bertahan gigih hadap blog kali nih.. seronok tengok blogger blogger yang berkawan baik antara satu sama lain.. masing masing jaga kelakuan dan jaga hati masing masing.. aku nih jenis makcik yang tak reti nak jaga hati orang.. but heiiii.. aku boleh berubah untuk kebaikan.. dulu aku minah rempit sekarang aku minah racer haaaa kan upgrade menjadi lebih baik tu..

Sooo.. aku kena letak target dulu kali nih.. sebelum nih bertahun tahun aku berblog tanpa hala tuju.. main main je kerja aku.. tu pun banyak entry lama aku dah draft kan.. sorok dan ada yang aku delete balik.. ilmu blogging tak banyak mana tapi sedikit pengalaman yang ada tu akan aku guna sebaik baiknya...

InsyaAllah.

Okeh.. aku nak tidur jap.. tengahari cam ni syok tidur.. moga moga dapat ilham nak mengarang kisah kat melaka dengan baik lepas bangun tidur kang.. hikhik..

Babai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.