Saturday, May 30, 2015

Masa untuk diri sendiri

Tengok tengok keadaan sekeliling..dengar dengar cerita kehidupan orang sekeliling dan perhati perhati persekitaran di sekeliling hidup aku buat aku rasa sangat sangat bersyukur dengan apa yang aku ada dalam hidup aku.

Aku memang tak hidup mewah dan bergaya dengan segala barang berjenama. Ada smartphone satu nih pun dah happy sangattt.. merasa jugak nak ambik gambar anak atau selfie diri sendiri sesuka hati.. fulltime housewife part time buat online sales dan ye,  aku sangat sangat hargai kehidupan aku..sangat sangat bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri.

Ada ketika tu dugaan melanda..aku tabahkan hati je hadapi. Kuatkan mental dan tabahkan jiwa raga. Sentiasa ingatkan diri aku ujian yang menimpa tu bersebab. Mesti ada hikmahnya. Tengok balik sekeliling ada orang yang menghadapi dugaan yang lebih berat daripada aku..

Kehidupan rumahtangga setiap orang pun tak sama.. kisah rumahtangga aku Alhamdulillah masih bahagia sehingga waktu aku menaip nih.. akan datang aku tak tau lah macam mana kan.. semoga kebahagiaan ni Allah s.w.t pinjamkan sehingga akhir hayat aku aamiin..



Aku pun tak tau la kan kenapa tiba tiba aku nak pom pang pom pang pasal hal macam nih.. asalnya aku nak cerita aku makan ayam penyet yang sedap kat food court giant batu 9 jalan cheras tu ha.. heheh.. ntah lah.. kadang bila aku baca novel, tengok drama mahupun dengar kisah wanita dan rumahtangga.. aku memang akan jadik emo sikit.. ehh ehh.. banyak kot hakhakhak ^_^ tak tau lah pasal apa.. jiwa wanita aku mudah nau tersentuh..
Hurm..

Tu lah dia nya.. apa yang aku patut cerita.. aku dah tak ingat.. selain daripada kisah aku makan ayam penyet yang sedap itu.. huhu.. pasal "masa untuk diri sendiri" ahah..! Kebanyakan isteri dan ibu nih takde masa untuk diri sendiri.. betapa penting nya isteri dan ibu tu dalam institusi kekeluargaan nih..

Macam aku... cukup time kalau aku rasa aku perlu "me time" tu memang aku akan terus terang je dengan suami aku.. Alhamdulillah suami aku adalah seorang suami yang sangat okey *setakat pada masa aku menaip nih lah..akan datang aku tak tau la kot dia berubah*
Kena selalu ingat kan diri aku.. manusia nih berubah.. bukan nak doakan benda yang tak baik.. tak... jauh sangat dari hati tu.. kalau boleh kita semua nih sentiasa doakan yang baik baik saja.. tapi peringatan tu sangat penting.. kan..?

Nih aku pi giant batu 9 nih sebab nak jumpa kawan aku.. dapat jumpa kejap je.. lepas tu aku bergegas nak ambik hakim balik sekolah.. sempat lah singgah beli cool blog..
Ok lah.. aku rasa macam kompius dah nih.. nak cerita hal lain.. lain pulak yang aku ceritakan heheh.. kadang aku rasa dah macam diari dah blog aku nih.. aku buat untuk luahkan perasaan pulak dah kan..



Ok lah.  Babai sebelum aku merapu bebel pom pang pom pang hal lain pulak.. hahah.. :p

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.