Friday, May 1, 2015

pahit manis

payah sebenarnya aku nak kongsi cerita tentang hal nih.. hanya dengan mereka yang aku rasa dekat dihati dan dijiwa je yang mampu buat aku berkongsi cerita.. menjadi melayu sejak bayi, buat aku cukup sedar dan dalam kepayahan aku akui..bukan semua melayu gembira jika tengok melayu berjaya.. biasanya.. mesti aku ada terdengar dan terlihat akan ada ketidakpuasan hati antara si polan dengan si polan kerana kejayaan.. walaupun kejayaan tu cuma sebesar semut api, yang lebih menyedihkan si polan dengan si polan saling mengenali.. yup.. entah kenapa mesti si polan tidak suka si polan berjaya , cuma si polan saja yang tahu... aku tahu... yup aku tahu satu, si polan tu jenis manusia keji dan busuk hati sebab tu la dia tak puas hati bila si polan tu berjaya... walaupun kejayaan si polan cuma sebesar semut api....

dah kenapa tiba tiba aku rasa nak meluahkan rasa..?

aku sedikit sedih dan kecewa. awal awal aku mula berniaga dulu... aku didekati seseorang yang aku cuma kenal di alam maya, ajak aku share sewa tapak berniaga dengan dia... sebab dia tak cukup modal.. dan kebetulan sangat aku memang nak satu tapak untuk berniaga... walaupun jauh dari tempat tinggal aku... dan masa tu aku masih lagi bekerja sepenuh masa, aku gigihkan jugak diri berkongsi dengan dia.. walaupun perkongsian itu langsung tak nampak macam berkongsi.. hampir kebanyakan masa aku rasa dia cuma mengambil kesempatan pada aku... aku bersabar.. macam macam perkara berlaku.. segala kata kata.. segala perbuatan segala pengkhianatan.. aku simpan kemas kemas dalam otak aku.. aku pilih untuk menjauhkan berdiri..berhenti berkongsi dan simpan semua perkara yang menyedihkan sebab , aku rasa tidak berbaloi untuk aku fikirkan, tak berbaloi untuk aku gaduhkan. dengan rezeki yang Allah beri tak pernah putus buat aku rasa redha, biarlah dia tipu aku, biarlah dia cuma pergunakan aku.. aku betul betul serahkan pada Allah , kerana aku sangat sedar diri , setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. kejadian itu.. buat aku lebih matang, lebih tabah dan lebih kuat..

hurm,memandangkan aku anggap mereka kawan waktu itu, dan aku lebih suka salahkan diri sendiri kerana mudah mempercayai orang yang baru aku kenali , aku akhirnya ambil langkah membawa diri , menjauhkan diri sebolehnya aku tak mau sampai berputus hubungan sillaturahim sesama islam , masih ada dalam hati aku nih rasa tak puas hati dianiaya dan dipergunakan oleh mereka , sehingga kini aku rasa aku masih senyap diam tak berkata kata. masih ada sedikit kesabaran dan ketabahan dalam diri aku..

aku menolak segala kepahitan ketika mula berniaga kerana rezeki yang tak putus putus Allah beri pada aku sekeluarga. memilih untuk berniaga sepenuh masa dan niat aku cuma satu , aku nak bantu tingkatkan ekonomi keluarga.. Alhamdulillah , usaha yang tak putus putus dengan doa (kadang kadang aku tinggal solat juga) Allah beri rezeki yang cukup bukan saja untuk aku kongsi dengan keluarga.. kadang kala sebak sendiri mengenangkan betapa aku bukan hambaNya yang baik, tapi sentiasa diberi yang baik baik olehNya.

memikirkan segala yang baik baik yang ada dalam hidup aku, buat aku redha dengan kepahitan dulu... alhamdulillah buat masa ini aku sangat bahagia dengan hidup aku.. ujian dari Allah sentiasa ada , tapi itu semua adalah peringatan untuk aku supaya sentiasa ingat padaNya.. dan sesungguhnya tiada tempat lain untuk aku mohon pertolongan , hanya Dia semata mata.

hari ini , aku terima cerita yang sangat pahit untuk aku dengar , tapi aku hadapi juga. sekali lagi.. aku hampir tersungkur mahu rebah , mahu melatah menggigil seluruh anggota badan aku mahu marah , terlalu marah hingga menitis airmata.. bila manusia yang aku masih anggap kawan , sekali lagi mahu menikam aku , yeah hampir saja aku melatah , hilang pertimbangan dan mujur... berbual dengan "seseorang" buat sakit hati ku reda.. lama aku fikir.. semua ni kerana perasaan hasad dengki... sakit hati dengan apa yang orang lain miliki , mungkin..? entahlah...

kesal kerana tidak berhati hati daripada awal. kesal kerana salah memilih kawan.

tapi ini semua yang buat setiap orang semakin dewasa...

bukan dia saja yang melakukan kesilapan.. aku pun ada buat silap. semua manusia ada buat silap.

selagi aku boleh bertabah. dan semoga aku akan terus tabah. dan sabar.

pahit manis dalam berkawan dengan manusia... heh.. ^_^

sekali ini panjang lebar aku luahkan isi hati. mungkin lain kali aku akan delete entry ini. ianya lebih untuk diri aku sendiri. untuk aku ingat.supaya lebih berhati hati.

lebih banyak manusia jenis kawan makan kawan dia akhir akhir zaman nih...

hurm.... lama gila dah tak hapdet blog..
^_^

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.