Thursday, June 11, 2015

Misi mencari hadiah hari guru

Untung budak budak zaman sekarang kan..kan..kan..pasal bila hari guru.. kebanyakannya ibu bapa yang sebok carik kan hadiah heheh...Macam aku dengan bfffffffff aku nih... dah dua tahun berturut turut nih kitorang keluar carikan hadiah untuk cikgu cikgu yang mengajar anak kami.. last year beli kat bangi je... tahun nih sampai ke kl weihhh.. niat dia hati nak hadiahkan tudung aidijuma..

dulu kalau datang central market nih sebab nak teman sorang lagi kawan rapat aku dating..teringat kenangan lama heheh.. 

dah jumpa kawan cenggini,harus lepak makan makan..kejap pun jadik lah..antara masa untuk kaum ibu macam kami nih bertenang kejap.. hikhik...mak mak je yang paham apa yang aku maksudkan.. ^_^

Tak seberapa pun hadiahnya kalau nak dibandingkan dengan jasa cikgu cikgu kat sekolah tu... tambah untuk kami kami yang tahu betapa nakal nya anak kami.. bukan sorang dua pulak tu yang cikgu cikgu nak hadap kat sekolah kan... kita semua tau bukan hadiah yang cikgu cikgu semua harapkan.. tetapi kejayaan murid murid dan anak didikan tu...


Aku kenkadang merasakan.. selain sebab menghargai jasa cikgu tu.. salah satu sebab yelah masa kecik kecik dulu aku tak berpeluang nak bagi bagi hadiah nih semua... dok tengok je bebudak yang kaya tu bagi hadiah kat cikgu... yang aku mampu buat masa kecik dulu cuma potong manila kad lipat dua buat kad selamat hari guru, tu pun huduh kemainnn lagi kad nya.. last last aku bawak balik jugak.. tak sampai hati nak bagi kat cikgu aku..hikhik..



Ada sekali tu masa aku darjah empat, aku bungkus twisties bagi kat cikgu aku masa hari guru..sob..sob.. betapa teringin nya aku nak bagi cikgu hadiah.. nak mintak kat mama dengan abah.. memang tak lahhhh... adik beradik lima orang zaman dulu... mana berani nak keluarkan permintaan sebarangan.. kang naya kena cubit.. hahah..

Yelah kalau aku dah bagi hadiah.. adik badik aku mesti nak jugak kan.. kang kos beli hadiah tu boleh buat lauk seminggu.. sanggup...? Kehkeh.. kenangan masa kecik...zaman membesar... zaman belajar erti kehidupan.. zaman taknak nyusahkan mak bapak..zaman hati murni tengah suci... ^_^

seribu satu sebab yang ada menyebabkan aku rasa aku patut sediakan hadiah untuk guru anak aku.. anak aku bukan jenis banyak kerenah... bila aku tanya dia nak bagi apa kat cikgu dia, dia kata terpulang kat aku..jangan sampai membebankan dahhh..

kepada cikgu seluruh malaysia, selamat hari guru.. ^_^

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.