Tuesday, June 16, 2015

pasar malam brinchang, cameron highlands

musim cuti sekolah, pasar malam brinchang , cameron highlands bukak setiap malam.. kalau bukan musim cuti sekolah, ia cuma dibuka pada hari jumaat dan sabtu.. lama sesangat dah aku nak pi pasar malam brinchang nih.. kali terakhir pergi dah lebih sepuluh tahun lepas.. ingat ingat lupa dah pada pengalaman yang lepas.. tak silap aku pasar malam brinchang , cameron highlands yang aku pergi sepuluh tahun lepas, dekat kawasan parking, masa tu aku menginap kat salah satu bajet hotel kat brinchang tu.. jadik jalan kaki je turun.. saki baki memori tentang pasar malam brinchang yang ada dalam otak aku ialah , pasar malam tu best.. banyak barang makanan yang sedap sedap dan ada jual banyak pokok cantik cantik..
huii lupa nak watermark gambar nih.. takpe..saper curi gambar aku, aku akan buat report polis dan dakwa kat mahkamah. pedulik hapa aku kalau nko nak rasa aku kejam.. bahahah..

pengalaman yang aku lalui sepuluh tahun lepas, apa yang aku ingat dan bayangkan dalam kepala hotak aku tentang pasar malam brinchang cameron highlands, sangat sangat jauh dengan pengalaman aku kali nih.. kami sampai ke brinchang cameron highlands lebih kurang pukul 7.cuaca mula gelap dengan hujan rintik rintik, sejuk jangan cakap lah.. mujur kami semua memang pakai baju lengan panjang masa tu.. jaket dan baju sejuk ada dalam beg, malas nak memunggah.. takpelah.. bukan selalu nak merasa suasana sejuk macam tu kan..

aku tengok ada amoi amoi kat sana berseluar pendek paras peha, yang pakai mini skirt pun ada.. aku memang tak paham lah bila tengok amoi amoi berpakaian seksi dan sendat macam tu datang pasar malam..bukan pasar malam biasa..pasar malam kat brinchang, cameron highlands, sejuk kot oii.. lantak nko la ye amoi.. nko dah biasa pakai seksi seksi kot kan..

on the way ke brinchang, jalan tak jammed..sedangkan bila aku watsap family aku, dalam group semua pakat nasihat kat aku pikir masak masak, jalan kat cameron highlands biasanya jammed time cuti sekolah.. alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkanNya. jalan tak jammed dan kami jumpa parking dengan mudah, betul betul depan kawasan pasar malam brinchang cameron highlands tu..

kali terakhir aku pergi sepuluh tahun yang lepas, pasar malam kat tapak parking kereta.. sekarang kat kawasan tanah yang rata, jauh sikit daripada kawasan parking kereta yang aku sangka kan tapak pasar malam brinchang tu.. mungkin sekarang dah tak sesuai untuk buat pasar malam kat kawasan parking kereta tu lagi..

memang ramai orang, dan kawasan pasar malam tu pun agak luas.macam macam jenis sayur sayuran ada..tapi aku tak beli...tak jenguk dan tak survey harga pun..sejak awal lagi aku memang tak berniat nak beli apa apa pun..bukannya aku nih rajin masak pun hahah.. so aku banyak memerhati je.. yang bebetul menarik minat aku nak membeli cuma cactus je... hikhik..


ini je gambar yang aku ada kat pasar malam brinchang, masa ni baru beli madu, saja nak haplod kat instagram dengan fb, baru la teringat nak ambik gambar.. orang memang tak berapa ramai lagi masa nih.. tak la aku segan sangat nak berposing tengah tengah pasar tu hikhik..



selain cactus, aku beli makanan je.. tu pun cuma cendawan goreng yang sejuk macam baru keluar petiais dengan strawberi celup coklat, semata mata nak bagi anak aku pengalaman je tu.. kalau tak memang takde lah aku nak beli segala makanan tu..entahlah.. maybe aku letih sangat dah masa tu..letih main ai kat bukit gambang resort city.. jadi nafsu nak berbelanja tu pun dah takde..

aku beli bantal strawberi nih.. aku rasa bantal nih comel... konon takde niat nak beli apa apa.. hahah.. biasa lahhhh orang perempuan kan... kihkih... topi harimau tu memang dah lama aku carik... untuk anak aku lah.. sebelum nih aku ada belikan topi burung hantu... dua dua barang nih 25hengget... selepas aku bertekak pom pang pom pang dengan nyonya tu.... heheh.. kalau tak harga bantal strawberi tu je dia letak rm25, topi rm15. kalau tak tegar nak menawar.... memang boleh burst budget weihhh... aku nih memang nak berjimat selagi boleh dizaman gst berleluasa nih ha....


pokok cactus, satu 7 hengget... aku beli dua cukup lah kot kan... aku cadang nak letak kat dalam bilik air sebenarnya... konon nak bilik air ala ala hotel lima bintang lah kan... last last aku letak kat dalam bilik anak aku... heheh... aku rasa lagi lawa dan berseri bilik anak aku dengan adanya pokok cactus tu... aku beli jeruk strawberi... 5 hengget satu , madu tu pun 5 hengget.. first time aku try madu macam tu... sarang lebah ke apa ntah nama nya.. lupa pulak aku.. rasa dia cam jelly yang manis... sedap gak la tapi tak boleh nak sekali hadap la.. manis sangat... mujur gak aku amik yang kecik je... kalau amik bekas besar mau berbulan baru habis...huhu..




semua ni rm49, duit aku sendiri tau...! aku tak mintak laki aku belanja... heheh... perasaan bayar sendiri tu lain rupanya... rasa cam puas hati reward diri sendiri dengan hasil usaha penat sendiri... tapi.. ini je lah yang aku bayar sendiri... yang lain tetap la laki aku yang bayar... ngam ngam je bajet aku 50hengget nih.. ^_^

last last sebelum nak balik tu kami ada jugaklah beli strawberi dengan mempelam untuk keluarga kami dan opismate laki aku... aku tak tau la berapa hengget sebab aku tak bayar.. yang aku tahu, harga nya bagi aku lebih kurang je kalau aku beli kat kedai buah feveret aku kat umah aku...  heheh.. tapi tu lah.. kita membeli tu sebagai tanda ingatan ye dak..?


nih masa on the way naik... kereta tak banyak... sempatlah berhenti tepi kejap... ambik gambar... bagi hakim tengok rupa air sungai kat kawasan tanah tinggi tu cemaner rupanya.... hikhik... memang sama je kan tapi suka hati aku lahhhhhhh aku nak ajar anak aku pasal alam semula jadi... eehhh.. :P

pucat dan nampak sangat muka aku tu keletihan... tapi trip nih sangat sangat best..!

dari umah ke bukit gambang resort city , lepas tu ke kuala lipis makan nasi kenduri (selamat pengantin baru su!) terus naik cameron highlands then , balik tu turun ke ipoh....

heheh... memang cuti sekolah kali nih banyak berjalan jalan lah.. Alhamdulillah rezeki dari Allah.. couldn`t thanks my hubby enough for spending time with us and for this short gateway.. 

okeh...sekian lah pengembaraan aku kat pasar malam brinchang cameron highlands.. nanti aku rajinkan diri mengarang pasal cuti kat bukit gambang pulak lepas nih..

pendapat sejujurnya dari aku pasal pasar malam brinchang nih, 
yang best sebab sejuk je... ^_^ 
yang mahal dan tak ternilai ialah pengalaman peribadi...

jangan dengar cerita orang je,pengalaman setiap orang tak sama..!
kbai..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.