Friday, June 5, 2015

percutian Felda Residence Hot Spring,Sungai Klah Sungkai

sepanjang panjang nya title entry aku letak..ada hati nak dapat rebut trafik kalau ada orang google pasal sungai klah hot spring park nih.. heheh.. last month masa cuti awal bulan mei..kan cuti panjang sikit masa tu.. semua ahli keluarga aku ada.. mama abah dengan lima lima adik beradik aku.. kitorang memang dah lama tak cuti ramai ramai.. so bila abang aku suggest kan pergi felda hot spring sungkai nih kat dalam group watsap... semua orang setuju.. mula mula kami dok google mencari maklumat tentang felda hot spring sungkai nih.. belek belek images felda hot spring resort.. eksaited rasa bila tengok kemain cantik lagi tempatnya... 

disebabkan kami ramai maka kami dok belek harga villa kat felda hot spring sungkai tu.. harga untuk satu malam cecah seribu jugak lah.. maybe sebab peak season.. ada tiga bilik.. share kami lima beradik harga villa tu dalam bajet lah.. yang penting selesa untuk mama abah yang dah berumur.. untuk abang aku dengan anak anak dia dan untuk aku dengan suami ku dan anak ku.. adik adik aku yang belum kawen boleh tidur bergelimpangan kat ruang tamu kan.. hahah.. alahai.. orang bujang kan..

lepas bincang lima enam jam kat group.. maka mula lah proses nak booking villa tu.. call receptionist nak booking villa.. villa dah penuh.. bahahah...tak sangka aku weihhh.. felda yang kat dalam ceruk hutan dengan harga villa seribu lebih satu malam tu boleh fully booked! memang power lah.. heheh.. terus aku letak harapan tinggi mesti best tempat nih... haaa gituh...


so.. takde villa kita pergi second option.. sewa chalet... chalet nya jauh lebih murah lah.. satu bilik dua ratus lebih sikit.. kami ambik dua bilik, sebelah menyebelah tengah tengah ada pintu tembus.. itu je yang dapat pada tarikh itu ye.. lambat sikit booking konfem penuh.. boleh lahhhh... bawak la tilam bantal extra dari rumah... haaa..


maka.... pada hari berkenaan... berkonvoi la kami adik beradik  ke felda sungai klah dengan gembiranya... separuh perjalanan... lepas sikit sungai buluh... hujan turun.... sampai la masa nak check in tu.. hujan lebat... dah settle check in pun tak dapat nak masuk bilik pasal hujan siyes lebat dan jalan nak ke bilik takde yang in door... payung ada.... tapi hujan terlalu lebat.. ada payung pun risiko untuk kebasahan sangat tinggi.. memandangkan ada kanak kanak dan orang tua maka kami memilih untuk menunggu hujan teduh.. alahai.. hujan renyai renyai pun ok dah kan.. dan akhirnya dekat pukul 5petang hujan mula renyai.. yang lelaki lelaki dok pulun angkat beg dulu hantar ke bilik.. dengan beg bantal dan beg toto bagai.. tidur semalam je tapi beg ada dekat 10bijik hahah.. payung pun ada tiga je so memang gilir gilir hantar beg lepas tu hantar orang tua lepas tu hantar anak anak.. aku redah je la hujan renyai renyai tu.. dalam hati dah eksaited nak pi usha kolam takungan air panas tu..


















selesai je semua orang masuk bilik.. mula buka beg makanan.. yeah makan time.. mama masak meehon.. ada ayam golek... nugget dan burger.. sebelum masuk kawasan resort belah luar tu ada brader jual burger.. tengah tengah hujan tu kami order.. sedap burger nye.. berbaloi baloi beli..... settle makan, solat lepak lepak sepuluh minit.. hujan berhenti.. adik adik aku dah ajak jelajah kawasan persekitaran...


















maka petang tu sempat lah aku pusing pusing kejap.. dan anak aku sempatlah main air bagai... ada kedai makan yang ada open karaoke tapi aku tak jengah langsung kedai makan tu.. maka takde apa info yang dapat aku share.. harga air mineral pun aku tak tau pasal aku tak singgah beli apa pun.. baca review dari beberapa blog lain ada yang kata harga air mahal dan tak boleh bawak masuk makanan dan minuman dari luar.. disebabkan aku stay tidur kat felda sungai klah ni maka pengalaman aku mungkin sedikit berbeza dengan yang walk in untuk main air saja..

Sewa chalet tu pakej sekali dengan tiket masuk ke kawasan air panas sungai klah tu.. harga tiket semua aku lupa nak amik tahu heheh.. maka aku tak dapat lah nak share pasal harga tiket bagai..yang aku ingat , tiket aku tu valid untuk dua hari , hari aku check in dengan esok. boleh pakai dua hari nak masuk kawasan kolam rekreasi air panas sungai klah tu..



kolam untuk mandi manda main air kat situ luas jugak... ada bahagian yang airnya cetek untuk kanak kanak, ada bahagian yang air dalam untuk orang dewasa.. masa aku pi jengah petang tu orang dah tak ramai, maybe sebab baru hujan jadik semua orang dah balik... sempat lah sejam lebih main air..





















dekat pukul 7 kawasan tu dah mula gelap.. sana langsung takde lampu, jadik kalau nkorang yang plan nak datang main air tu, nak balik hari tu jugak...kena pandai pandai bajet masa tau... dekat pukul tujuh tu memang dah sunyi..tinggal beberapa orang yang stay kat situ dengan pekerja pekerja yang tengah siap siap nak balik..


waktu malam kat kawasan chalet memang gelap..... heheh.... tapi takde lah sampai gelap gelita tak nampak apa.. ada kafe yang sediakan dinner, kalau taknak makan kat dalam kawasan tu boleh jugak keluar pi jalan besar kat sungkai sana, ada banyak jugak pilihan kedai makan... kitorang malam tu pi beli nasi goreng goreng,kuew tiau dengan roti canai kat luar... yelah ramai ramai rasanya lebih berbaloi pi beli nasi bungkus daripada pilih makan bufet, untuk dewasa mungkin berbaloi tapi kanak kanak 6 orang.... bukan makan banyak pun... tak berbaloi amik buffet kan... makan malam tu beli kat luar... maybe terasa jauh nak keluar balik dengan jalan gelap kan... tapi mengenangkan harga yang dibelanjakan tu..... berbaloi lah keluar gelap gelap tu...tapi..........lupa lah nak ambik gambar masa makan malam tu.... heheh...

yelah....bila dengan family... ramai ramai macam tu kerjasama sangat penting ye... sorang tolong tengok bebudak, sorang tolong siapkan air, yang lain tolong siapkan makanan, meriah keluarga kecil, walaupun tak sesibuk menghidang macam kat kenduri tetap sibuk ye... kalau tak perhati dan tak teliti....ada je kang yang terlanggar air terlanggar makanan bagai... dengan ada nya anak anak kecik, waktu makan tu biar fokus, sebab lepas makan nak kena mengemas lagi kan..... hanya yang hidup berkeluarga ramai je yang mampu paham segala hiruk pikuk ini... jangan salah paham pulak... segala gala hiruk pikuk ini kategori kenangan manis tau... cuma simpan dalam otak je lah... takde gambar gambar...henpon letak tepi..hihi..

malam pukul 10 semua orang dah mula berbungkus dalam selimut masing masing... konon nak tidur awal....tapi....... takde maknanya... sampai pukul dua pagi sebok anak beranak bersembang lepas tu gelak... mula lah kan wujud sesi throwback zaman kecik kecik la... mula teringat kenangan itu kenangan ini...teringat cerita hantu masa kecik kecik lah... aaiiisssyyyhhhh adik beradik aku lima orang.....lepas sorang sorang bukak cerita.. aku rasa dekat empat lima pagi kot baru tertidur...




pukul enam lebih macam tu... semua orang mula bangun... takde rasa mengantuk pun...semua eksaited nak pi celup kaki kat air panas... heheh... gilir gilir bersiap mandi solat bagai... lepas tu kul tujuh lebih keluar bilik dah...pi breakfast.... breakfast memang ambik kat kafe je...senang... dekat.. kenyang perut semua orang, terus terjah taman rekreasi sungai klah sekali lagi.... awal pagi orang tak berapa nak ramai.... memang sorga dunia lah main air..... berendam ramai ramai... seronok sangat cuti dengan family ramai ramai... bukan selalu dapat peluang nak semua orang ada...



dekat pukul 11 tu kitorang gerak naik...masa ni pengunjung luar dah makin ramai...tempat dah mula sesak... kami dah main air dari pukul 8....dah cukup puas hati dah... balik bilik... siap kemas segala.. sempat lah sebelum pukul 1 check out...

setakat nih je lah yang aku ingat kisah bercuti kat felda hot spring sungai klah awal bulan lepas.. percutian satu keluarga yang santai... pengalaman aku tak semestinya sama dengan pengalaman orang lain kan..kan..kan..

kalau tanya kat aku...cuti kat sini best.......... aku check out dengan kenangan manis... insyaAllah ada peluang, ada ruang aku nak datang lagi....insyaAllah...

okbai.








  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.