Monday, June 22, 2015

Powerbank penting bukan saja untuk telefon

Power bank jadik penting sejak aku tahu ada torchlight attached kat dia.. heheh.. yelah.. aku nih jenis seram dgn kawasan gelap.. walaupun dalam umah sendiri.. sejak tau powerbank pineng ada torchlight terus aku pasang keinginan untuk ada sebijik.. dapat yang paling kecik pun jadik lah...

Harga powerbank boleh tahan mahal jugak.. dan disebabkan aku bukan jenis manusia yang sering habiskan bateri handphone.. powerbank memang bukan keutamaan.bukan satu keperluan.ia cuma kehendak.menyebabkan aku tertangguh tangguh membelinya sebab aku tak rasa ia benda penting.walaupun aku nak sebab ada torchlight. Harga yang berpuluh puluh tu buat aku rasa lebih baik aku beli torchlight kecik je.. tak sampai sepuluh hengget dah boleh dapat torchlight kecik dah..

Dalam pada aku seram dengan kegelapan..aku selalu jugak beranikan diri aku..selalu ingat Allah ada.. heheh.. cam klise je bunyi nya.. tapi aku yakin itu lah yang setiap kita yang beragama islam ni akan ungkapkan dalam hati kan.. selalu ingat Allah ada..

Jadi akhirnya torchlight pun jadik tidak penting. walaupun aku rasa aku perlukan nya.. mana tau ada kecemasan kan..


Hurmmm..

Penat mencari duit buat aku berhati hati ketika nak belanjakan nya.. untuk keperluan sendiri lah.. cuba kalau aku fikir beli tu untuk laki atau anak aku.. selalu laju je aku beli tak pikir dua kali.. hikhik.. aku yakin ramai kaum ibu dan golongan isteri yang berperangai macam aku.. heeee ^_^

Until one fine day.. aku terlihat elok je powerbank atas katil... oh.. rasa nak melompat dua tiga kali sebab happy.. powerbank pineng dan memang ada torchlight attached sekali... alahai..Dah tentu laki aku yang belikan.. mana ada orang lain boleh masuk umah aku suka suka hati kan.. memula tu aku sorok gak perasaan aku.. yelah kang aku dah tunjuk gedik lompat lompat sekali laki aku kata tu powerbank dia.. haaa tak malu nko dua belas hari..? So aku wat lek wat peace je bila nampak powerbank tu..

Eehhh.. actually aku buat buat tak nampak.. hahah.. aku buat buat busy.. sidai baju.. lepas tu pi tengok tv...Dan akhirnya laki aku mengalah.... dia cakap gak la kat aku "tu powerbank saya beli untuk awak" wahahah.. masa tu aku dah nak lompat bintang dah tapi aku tahan lagi hati aku..

Walaweihh dapat barang idaman hati.. saper tak happy kan..? Tak payah la kalian tau apa aku buat untuk berterima kasih.. sah sah lah aksi sensored sedikit terlampau *tett* tapi bagusnya aksi tu membunuh setan tau..! 

#eh

:p

Ok.. sekarang.. powerbank nih dah beberapa bulan berkhidmat untuk aku.. dan harus lah aku sayang barang yang laki aku bagi.. so aku sangat kedekut untuk bagi sesiapa pun pinjam hahahahah.. tetiba sempat aku selit bahagian kedekut nih kan... tapi yup.. aku kedekut sesangat nak bagi orang pinjam barang aku... bukan lah sampai tak pernah langsung bagi orang pinjam.. ada lah jugak bagi... dengan berat hati.. ^_^ takde lah aku nih jenis kedekut sangat.. aku pun sedar segala yang aku ada cuma pinjaman sementara di dunia ini..

Dan semalam... tengah tengah aku lepak dalam bilik... tetiba black out..! Pap! Sempat tangan aku capai powerbank pineng aku dannnnn.. zass.. kali pertama torchlight tu berkhidmat secara rasmi.. yelah selalu dok main main je setiap kali on torchlight tu.. Alhamdulillah.. dalam panik panik tu.. elektrik elok balik..

Tak sampai satu minit pun.. tapi khidmat torchlight powerbank aku itu sangat lah ku hargai... terasa betul berbaloi siapa siapa yang beli powerbank tu.. betul betul boleh guna waktu kecemasan bila tetiba electric out.

Tu je lah yang aku nak cerita.. heheh..
Ingat tak sekolah sekolah dulu cikgu suruh buat karangan...
Inilah karangan aku.
Aku dan powerbank.
Gituh..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.