Monday, June 22, 2015

resepi mudah ayam masak merah,bendi goreng dan cendawan masak lada hitam

haaaaa... amik nko... sekali tapau title aku tu heheh.. memudahkan diri aku sendiri nak carik resepi lain kali.. hari pertama ramadan tahun nih.. aku cuma beli kuih je.. tu pun bukan beli kat bazar ramadan, aku beli kat kedai tepi jalan je.. masa ambik anak aku balik sekolah.. air pun buat sendiri.. hari pertama puasa so aku bagi hakim pilih nak minum air apa... dia mintak air sirap bandung.. gred A punya air sirap bandung aku buatkan.. air memang standby awal.. bila dah dekat waktu buka puasa baru aku masuk kan ais dalam jag..


cendawan masak lada hitam

aku nih bukan pandai sangat masak.. aku cuma rajinkan diri mencuba dan terus mencuba.. tak pandai masak takpe.. jangan malas masak... haaaaaaa itu payah lah... so aku belek belek buku resepi.. aku rasa macam nak try la masak cendawan dengan lada hitam.. tapi ikut buku kat resepi.. pepaham la bahan bahan dia kemain berderet deret dengan segala rencah rempah..hewhewhew..

last last aku decide untuk hentam sajalah... aku just masak bahan bahan simple je..

bahan-bahan:
bawang merah. bawang putih dengan halia seulas seulas seinci gituh..aku blend bagi hancur.
cili hijau aku potong ikut suka, biji cili semua aku buang.
cendawan
serbuk lada hitam
kicap manis
garam
minyak masak

cara masak:
aku tuang minyak masak sikit je, lepas tu tumis bahan yang aku blend tadi. bila naik bau bawang tu semua aku masuk kan cili hijau, dalam seminit je aku masuk cendawan, agak agak cendawan dah nak masak aku masuk kan serbuk lada hitam, ikut firasat la sebab cendawan aku tak banyak sangat.. last aku masuk kan kicap manis dengan garam sikit.. sekejap je masa yang aku guna untuk masak cendawan masak lada hitam nih.. sebab bahan pun dah teramat simple.. sepanjang masak tu bau memang sedap tapi aku tak tau la rasa apa.. aku malas nak try try sikit sikit dibulan ramadan nih.. mau aku test seketul dua cendawan tu kang... hahah.. so aku tawakal je lah.. kalau tak sedap atau tak jadik.. lepas buka puasa tu boleh je masak lain adjust balik lauk tu kan...

kalau ikut resepi asal...... pphheewwwww...bulan depan pun belum tentu siap cendawan masak lada hitam aku..hikhik..


bendi goreng

ini senang je nih... aku tingkatan 1 dah belajar masak sayur nih dah... tingkatan 4 aku habis belajar... hahah.. punya lama nak khatam ilmu masak sayur nih....

bahan-bahan:
bawang putih,bawang merah,halia,cili padi ikut selera sendiri nak pedas atau kurang pedas sendiri decide nak berapa banyak guna cili padi tu dan udang kering atau ikan bilis, semua blend satu kali..
bendi , nak nampak cantik potong serong
gula
garam
minyak masak

cara masak:
tuang minyak masak, masuk bahan yang dah blend tadi.
bila dah naik bau bawang semua tu, masuk bendi goreng sekali..
masuk gula dengan garam
agak agak nampak bendi tu cam dah layu sikit..
boleh angkat dah tu..
siap..!

kenkadang aku masuk gak telur , udang , atau ikan bilis goreng.. masak sayur nih memang ikut kreativiti je bagi aku.. yang penting ada bahan asas nak masak tu..ye dak..?


ayam masak merah

bahan-bahan:
bawang merah,bawang putih,halia,sedikit udang kering (kalau takde pun takpe), cili kering blend semua sekali.. bahan bahan asas nih semua sendiri adjust nak pakai banyak mana , ikut ayam banyak mana.. cam aku ayam ada lima enam ketul je jadik bawang semua aku guna lima enam ulas..halia dua inci aku tak makan pedas jadi cili kering aku guna tujuh ke lapan tangkai je..kalau nkorang suka pedas boleh je blend sekali dua tiga biji cili padi..
cili sos dalam setengah cawan, kalau nkorang nak lebih pun boleh.. aku guna sos cili sebab nak dapatkan kuah yang berkrim... 
ayam
garam gula
sedikit air asam jawa
minyak masak

cara masak:
tuang minyak masak, agak agak la jangan banyak sangat jangan sikit sangat.. bila minyak dah panas masuk segala bawang dengan cili kering yang dah blend tadi...cam biasa bila dah naik bau bawang tu.. masuk kan ayam dengan air asam jawa, masak masak dalam 15minit~20minit sampai ayam masak, tambah cili sos tadi.. kalau kuah tu nampak pekat sangat tambah air sikit.. 
biasanya aku masuk kan serai time nih.. tapi hari tu serai takde..
kenkadang aku masuk daun sup saja nak naik bau wangi..

simple je ayam masak merah nih.. bila ayam tu dah masak, baru aku adjust masuk garam dengan gula.. agak agak je.. kalau bukan bulan puasa dah boleh rasa kan.. dah konfiden ayam tu dah masak, angkat..! tinggal nak makan je..huwahhh.. sedap tau!

hallo gambar goyang goyang.. lantak kan.. haplod je..

tiga lauk yang memang sangat mudah.. sedap.. dan jimat kos... ^_^

bagi isteri sepenuh masa yang ada kerja lain nak dibuat macam aku nih... berjaya masak lauk simple telur dadar tu pun dah bangga tepuk bahu sendiri okeh... memasak tu memang tak penat... tapi masa nak sediakan bahan memasak.. belum kira nak cuci nak basuh nak mengemas segala periuk belanga lepas selesai masak, nak hidang lagi... sedar tak sedar kadang dekat dua jam berdiri kat dapur tau..!

nko ingat tak letih keletung keletang kat dapur sensorang..?

kebanyakan kami para isteri dan ibu ni tak merungut pasal kami masak untuk orang yang kami sayang.. perasaan memasak tu adalah bahagia.. ^_^

oklah..bai..!


lauk untuk berbuka pada hari ramadan pertama..!
alhamdulillah , habis semua tak sempat nak bawak ke sahur..
sahur kena masak lain...  ^_^

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.