Wednesday, June 24, 2015

resepi mudah sotong bakar dan sambal telur

ramadan yang kedua, aku kekurangan masa nak masak banyak banyak... aku pi restok baju dengan skirt lepas hantar hakim pi sekolah.. hari jumaat sekolah masuk lambat kan..pukul 2petang so dekat pukul 3 baru aku sampai kedai... laju laju restok, sebab nak kejar masa..nak ambik hakim pukul 5.30petang...dengan jalan yang konfem lah jammed.... 

so awal awal memang aku dah plan dah... beli lauk sikit lepas tu masak yang simple simple untuk buka puasa... memang dalam kepala aku dah set dah masak lauk yang goreng goreng atau bakar... kalau nak masak yang berkuah atau berempah mesti ambik masa nak kupas segala bawang... huhu..


sambal tauhu dengan sayur nih aku beli dekat kedai makan, bukan kat bazar ramadan.. malas nak pikir sesak kat bazar ramadan..dengan nak carik parking... pppfffttt memang tidak lah.... so aku nampak ada kedai makan yang jual lauk, aku singgah beli...... sambal tauhu tu rm4.50 sayur tu rm4.... mahal...................! heheh.. pasrah dan redha je aku beli baru sayur dengan sambal tauhu dah dekat rm10...belum beli lauk macam ayam ke ikan ke... huhu.. maka nekad lah aku nak balik cepat lepas ambik hakim sempat lah masak kot.............

sebelah kedai tu ada kedai cool blog, aku beli smoothie choc untuk anak aku.. lepas tu ternampak ada orang jual kuih... aku beli la kuih sikit..support akak tu tu meniaga... nampak kegigihan akak tu dengan anak dia melayan customer tu... aku beli jugak sikit... tak mampu nak beli banyak kang tak habis membazir kan.. semoga kuih muih yang akak tu dengan anak dia jual habis setiap hari, aamiin..

sempat lah masak...! hikhik..

hakim balik sekolah kan 5.30petang.........lepas ambik je anak aku..terus aku berdesup pi kedai aceh beli lauk...dalam peti ais memang ada macam macam lauk tapi semua beku.... nak tunggu ais tu mencair ambik masa... aku kalau boleh sampai je umah nak terus masak kan..

so aku beli sekor sotong besar gak, lapan hengget... balik terus masak.. sotong bakar ^_^

bahan bahan:
sotong potong ikut suka 
serbuk kunyit
sikit gula dan garam
bawang merah,bawang putih,halia,cili merah blend semua sekali
daun bawang dan bawang goreng, kalau takde pun takpe...
minyak masak sikit

cara masak:
gaul mesra sotong dengan serbuk kunyit,gula dan garam.ketepikan kejap
lepas tu panaskan kuali, tuang minyak sikit je...dalam satu sudu je.. ratakan satu kuali sebab taknak nanti bila masuk sotong tu melekat lekat pulak.. agak agak minyak dah panas,masuk bawang semua yang dah blend tadi...lepas tu masuk sotong... masak kejap je seafood nih..tak lama pun keletang keletung atas kuali tu.. dalam 5minit.. 8minit.. masak dah..! nak bagi ada warna kat lauk yang mudah nih aku masuk la daun bawang dengan bawang goreng.. supaya lebih berselera bila nak makan tu... 

dah siap satu lauk yang aku rasa kalau aku pi beli kat kedai.........maybe harganya cecah 15hengget.


tengah aku basuh basuh kuali senang hati dah siap masak tu... anak aku request nak  telur.. nak sambal telur..... hewhewhew.... mana mampu nak kata tidak pada anak nko yang berpuasa kan.... maka laju laju la aku cuba sedaya upaya masak... sebelah rebus telur sebelah masak sambal.. gituh... kejar masa punya pasal.. aku tengok masa tu jam 6.50petang dah..huwahhh..

bahan bahan:
bawang merah,bawang putih,halia,cili kering dan blend semua sekali
sikit air asam jawa
gula dan garam
tomato , kalau takde pun takpe
minyak
telur yang dah direbus, aku suka goreng bahagian luar tu..

cara masak:
panaskan kuali , masuk minyak , minyak dah panas masuk kan bahan yang blend tadi. dah naik bau bawang tu masuk kan air asam jawa.. masa nih aku masak api kuat sikit sebab nak sambal cepat masak... nampak sambal dah berubah warna sikit aku masuk gula dengan garam.. sebab dah selalu masak sambal telur nih.. memang aku tak rasa susah nak buat.. bila sambal dah masak aku masuk kan tomato pasal aku suka makan tomato so aku suka suka hati lah tambah tomato..

masuk telur rebus, siap..! aku masak portion sikit... memang kejap sangat..siap..



alhamdulillah...habis semua lauk... takde apa apa pembaziran.. untuk sahur memang aku masak lain... simple simple telur dadar makan dengan nasi letak kicap...sedap..!

aku sempat kemas meja clear, sempat solat maghrib lepas tu pi terawih...

oh... hari kedua puasa...aku tak bancuh air, aku bukak je botol twister tu... tuang air dalam cawan.. heheh.. kejar masa kan... gituh lah kekdahnya..


hhaaiihhh..orang lain semua dah habis makan.. tunggu dia je....
tapi aku tunggu dengan penuh kesabaran... sampai sempat la aku curik curik ambik gambar dia hahah.. kalau dia tau mesti dia bebel kat aku kekeke..

anak aku dah besar.. dah pandai nak ambik gambar dalam mood standby.. nak nampak hensem.. ^_^

okeh... bai!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.