Friday, June 26, 2015

resepi mudah udang masak lemak cili api,kari daging dan sayur campur


ramadan ketiga, aku memang happy sesangat sebab anak aku puasa... heheh.. siyes aku tak jangka yang dia dapat puasa penuh, sebagai ibu mesti lah aku sangat bangga dengan anak aku , syukur Allah hadiahkan zuriat yang manis nih kat aku... sungguh aku sangat bersyukur..moga Allah pinjamkan anak ku ini sehingga akhir hayat ku di dunia dan pertemukan kami semula di syurga kelak..aamiin..

^_^


so aku tanya anak aku dia ada rasa nak makan apa apa ke..? nak kari daging dan nak udang.. tak kisah lah ibu masak apa pun asalkan ada udang.. hurm.. okeh.. disebabkan barang semua ada.. so aku tunaikan lah permintaan anak aku..

mari masak kari daging..


bahan-bahan:
bawang merah,bawang putih,halia semua blend satu kali
serbuk kari.bancuh dengan air sikit kacau jangan bagi berketul
ubi kentang potong ikut suka
santan
air
daging
garam dan gula
minyak masak

cara masak:
panaskan kuali,tuang minyak..bila minyak dah panas masuk kan segala bawang yang dah blend tadi, tumis sampai naik bau.. lepas tu masuk kan serbuk kari yang dah dibancuh tadi.. tumis sekejap masuk kan air.. lepas tu masuk daging dengan kentang.. dah separuh masak tu masuk kan santan.. kalau boleh api tu sederhana je besarnya.. sebab nak daging bebetul empuk,kentang bebetul lembut dan nak santan tu bebetul masak.. agak agak dah nak masak tu masuk garam dengan gula sikit..

sepanjang ramadan ni aku memang masak letak sikit je gula dan garam.. biar tawar aku boleh tambah garam atau gula tu lepas buka.. kalau terlebih garam kang payah... tapi setakat nih Alhamdulillah tak pernah tawar lagi apa yang aku masak.. maybe sebab dah biasa memasak..kita boleh agak dah gula dengan garam tu nak letak banyak mana kan..


next, aku masak udang masak lemak cili api , dengan nenas..
sedap weihh.. heheh.. aku masak memang simple simple.. bahan setakat ada rencah asas.. dah cukup..

bahan-bahan:
bawang merah,bawang putih,cili padi dengan halia blend sekali
serbuk kunyit sikit, dalam satu sudu makan
nenas potong ikut suka
sedikit air asam jawa
air
santan
garam dan gula

cara masak:

okeh, setiap kali aku buat gulai masak lemak cili padi, aku memang tak guna minyak.. aku akan panaskan kuali, lepas tu masuk kan santan.. api keci... kacau santan tu sampai tu sentiasa, takmau santan pecah.. dalam lima ke sepuluh minit , baru aku masuk segala bawang yang dah di blend tadi.. lepas tu masuk serbuk kunyit.. kacau habis dengan api perlahan.. sampai mesra... sekata.. aku masuk air asam jawa sikit , biasanya aku guna asam keping tapi asam keping takde..

kuatkan sikit api , masak dengan api sederhana.. lepas tu masuk nenas.. sikit gula dengan garam.. masa nih aku selalu usha warna kuah tu.. kalau kuning tu nampak pucat.. biasanya aku tambah sikit serbuk kunyit untuk dapatkan warna gulai lemak cili api tu kan.. 

agak agak aku puas hati kuah tu dah masak.. baru aku masuk kan udang... heheh last sekali dalam lima minit.. pasal udang sangat cepat masak.. dan udang aku memang kupas kulit sesiap.. sebab suami aku suka makan udang begitu sahaja.. demi orang tercinta nko memang sanggup buat apa je kan.. walaupun ramai orang memasak tak mampu nak buang kulit udang tu sesiap.. aku sanggup je.. dulu bila aku masak udang selalu kena kritik dengan orang bila dapat tahu aku kupas sesiap kulit udang tu.. macam aku buat salah pulak... padahal aku tengah kumpul pahala tu memasak dengan penuh kasih sayang kan....

sekejap je siap..!
dah boleh hidang dah..
yelah..aku masak small portion...memang sekejap sangat lah..


sayur campur

bahan-bahan:
bawang putih dengan halia potong nipis nipis
brokoli potong ikut suka
lobak merah potong ikut suka
kacang panjang potong ikut suka
fishball potong ikut suka
sedikit garam dan gula
satu sudu minyak masak
setengah cawan air

cara masak:
panaskan kuali , tuang minyak , masuk kan bawang putih dengan halia yang dihiris halus.
dah naik bau tu, aku masuk kan carrot dulu, lepas tu aku masuk kan air pasal aku nak carrot tu lembut. lepas tu aku masuk kan brokoli dengan kacang panjang, masak dengan api sederhana.. lepas tu masuk kan fishball,garam dengan gula... 

masak sayur campur nih sangat sangat senang.. sayur sayur tu sentiasa boleh je ditukar tukar ikut lah apa jenis sayur yang ada dalam peti ais kan.. fishball tu kadang aku ganti dengan ayam,daging,udang..  dengan sotong pun pernah... 

gaul atas kuali tu dengan api sederhana.. dalam sepuluh minit air mula kering.. biasanya aku akan masak dan gaul atas kuali tu sampai air kering.. dah boleh hidang dah..

masak sayur nih setakat secubit garam dan secubit gula tu dah cukup dah.. insyaAllah tak tawar..


sampai dua pinggan sayur campur aku..terlebih potong...hikhik..  masa tu rasa cam banyak pulak lauk nih.. aku siap request belikan kuih sikit kat suami aku.. haaaa.... memang masa tu fikir kalau tak habis.. forward ke sahur la lauk lauk nih kan..

takde maknanya..

balik je terawih.. suami dan anak aku bantai makan bagi habis..licin..

air sirap bandung... entahlah... anak bertuah aku tu dok request lagi... padahal baru je minum masa first day puasa kan... tapi aku turutkan aje.. 

Alhamdulillah... berbuka puasa secukup nya..

okeh..babai...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.