Thursday, August 20, 2015

gigi susu kepada gigi kekal


satu satu gigi susu anak aku goyang...Alhamdulillah.. bahagian atas semua dah selamat tukar kepada gigi kekal.. tinggal bahagian bawah je yang belum habis..  macam macam pengalaman aku lalui dengan anak aku nih sepanjang masa dia nak tukar gigi tu... dulu masa kecik sikit.. kerap jugak dia merengek sebab sakit gigi tu... dah besar sikit nih kurang sangat aku dengar rungutan dia.. habis kuat dia mengadu sakit gigi berdenyut dia tak larat nak mengunyah makanan...dia mintak aku masak kan bubur... biar nasi tu lembik.. senang dia nak mengunyah... 



antara bubur nasi yang aku masak ikut suka... yang penting aku pastikan sedap.. aku nak anak aku berselera makan...yelah..gigi tengah sakit...aku paham lah memang otomatik selera makan hilang.. kan..? 




macam macam bubur nasi aku pernah try buat... bubur nasi letak ayam , letak ikan bilis , letak daging letak telur pun pernah.... ha.... letak petai pun pernah anak aku request tau..! hahah anak aku request nak makan apa....aku mesti sedaya upaya try masak sedap sedap...walaupun aku tak pandai sangat nak memasak nih.... aku cuba jugak lah penuhi kehendak anak bujang aku tu....

teringat memula aku masak nasi bubur..... anak aku punya banyak komplen... nasi tak cukup lembik lah...air kurang lah... tawar lah... takde rasa rempah... haaaaaaaa banyakkkkk lagi aku malas nak ingat heheh.... dalam hati aku memang dah rasa nak marahhhhh dah masa tu tapi lepas istighfar dua tiga kali tu aku insaf... memang aku tak berapa pandai masak pun kan...jadi belajar betul kan kesilapan tu.... lepas dua tiga kali buat bubur nasi tu........ahah...! pandai lah aku dah...! anak aku komplen tu masa umur dia lima tahun... heheh sengeh sorang aku teringat... masa tu gigi atas dia tengah sakit.. bila aku cerita balik kat anak aku... dia pun gelak mengekek... langsung dia tak ingat apa yang dia komplen... hihi.. 

yang penting sekarang bubur nasi yang ibu masak sedap..! kata nya.....


nih bubur nasi ayam extra lada hitam tak silap aku nih... sekarang gigi yang goyang semua dah jatuh..tinggal lagi dua belah bawah,hujung sekali... terasa betul dah besar anak aku... macam baru semalam perasaan eksaited gigi pertama dia tumbuh... sementara teringat nih aku saja nak hapdet pasal gigi dia... esok esok aku panjang umur...dah tua tua boleh lah aku baca balik...

gigi anak aku yang jatuh...semua aku tanam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.