Wednesday, August 12, 2015

Hakim tak sihat :(

Hanya mak mak je yang paham ehhh perasaan ini... gundah gulana bila anak tak sihat.. susah hati dan memanjang berdoa anak cepat sihat Ya Allah, jika boleh biar aku je yang ganti anak aku tak sihat tu.. gituh la doa seorang mak..                                  
Kali nih demam anak aku mula pagi jumaat last week... aku dah nak halang dia pergi sekolah tapi dia nakkkk pergi jugak sebab ada jamuan raya.. dia dah janji nak bawak kek coklat.. okeh dengan berat hati aku bagi jugak lah anak aku pi sekolah.. siap aku hantar sampai depan pintu kelas dia..huhu..

































Balik petang tu patut nya aku nak gerak ke perak, ada majlis raya + kenduri kawen tapi dah anak aku tak sihat... cancel terus nak berjalan jalan tu.. maaf lah sedara mara.. yang paling penting dalam hidup mak mak nih memang anak, anugerah pinjaman Allah yang tak ternilai...

Masuk sabtu pagi tu... dia mula cirit birit.. adoyai... susah hati betul aku..! Masuk apa je dalam perut walaupun cuma air kosong.. mesti keluar balik.. sampai lembik gak anak aku.. ubat memang dah bagi dah... menjelang petang tu nampak dia kuat sikit... malam tu siap dia pi gelanggang silat dia macam biasa.. harus lah aku ikut teman.. elok pulak hujan turun.. lebat jugak.. suami aku kata takpe lah.. biar je kena hujan.. biar sejuk sikit badan dia.. maka aku perhati dari tepi je lah diorang bersilat tu...





















Pagi ahad... Alhamdulillah badan hakim dah tak panas.. cirit birit masih ada.. masa breakfast aku cuma bagi dia makan roti kosong, tengahari nasi dengan lauk telur je.. sayur bayam pun tak boleh pedas.. aku nak masak ayam ke daging ke.. anak aku kata xmau..takde selera... huhu.. baiklah.. seharian makan ikut selera anak aku je.. takkan kami mak ayah nak makan sedap sedap ayam rendang daging rendang sedangkan anak tengah tak berapa sihat perutnya kan..?



So ahad tu satu open house pun aku tak pergi..elok lepas zohor suami aku suruh siap.. pergi shah alam nak ziarah kubur arwah kawan sekerja dia..meninggal sebab kemalangan, Allahuakbar.. terus aku siapkan anak aku.. bagi ubat sesiap..bawak baju seluar spare.. double check lagi ngan anak aku..larat tak nak teman ayah nih...

Anak aku pun gigih kata larat..yelah.. aku rasa dia pun nampak kot kat mata ayah dia sedih dengar berita kawan dia kemalangan tu.. aku rasa anak aku pun paham satu keluarga saling beri sokongan antara satu sama lain.. sedar tak sedar je petang ahad tu aku dah sampai shah alam.. jalan tak jammed langsung.. suami aku tak lalu federal highway.. memang cepat sangat sampai.. sepanjang perjalanan tu aku fokus kat anak aku jer.. risau dia nak terbeyak ke.. sakit kepala ke.. huhu..

Sampai je tanah perkuburan.. jenazah arwah pun baru sampai.. sempat suami aku tolong sama uruskan jenazah arwah.. huhu...teringat pulak muka suami aku yang nampak sedih..mengikut cerita suami aku, arwah kawan dia nih sangat baik orangnya.. dah selamat selesai semua urusan, tengah baca yaasin tu anak aku mintak izin nak turun, katanya tak pernah tengok situasi pengebumian.  Hurm.tarik nafas panjang aku.


Memikirkan anak aku kurang sihat. Dan permintaan dia. Dan sungguh lah aku mungkin sayang anak aku tak ber tempat.  Aku pun turun kereta teman dia pi tengok apa yang dia teringin nak tengok. Aku tahu lah nih mak aku kalau tahu mampuih aku kena bebel nih.. dah budak tengah tak sihat aku lagi bagi dia jejak kaki kat tanah perkuburan kan... tak kuat hati aku nak menghalang anak aku dari melihat salah satu proses pembelajaran dalam dunia..

boleh tak kalau mak aku bebel nanti aku jawab , my son my rules..? hahah tetiba kang elok setakat kena bebel PANG penampau jepun naik kat muka.. baru ada akaiiii.. hahah..tergelak sorang pulak aku tengah menaip nih..

selesai segala urusan , terus suami aku bawak pi seksyen 7, pi surau solat asar.. siap siap bawak hakim pi toilet suruh dia kentut siap siap, tengah cirit birit nih biasanya kentut tu kan sekali nak terbeyak.. sebagai mak bapak kita lahhh nak kena ingat hal cenggini ye.. jangan anak terkentut pakej terbeyak sebab cirit birit..nko pi marah pulak anak nko.. haiihh no good..no good.. okeh?!


Settle anak aku lepas hajat kecil dan hajat besar, terus dia ajak makan ayam penyet alang alang dah sampai shah alam... jom..!

Alhamdulillah,  anak aku dah  ada selera nak makan nasi banyak.. maybe memang dia pun dah lapar betul.. dah membuang ye dak..?


Balik dari shah alam, terus pi singgah klinik lagi sekali, saja aku nak doktor check anak aku.. ubat semua ada lagi.. aku bukan apa..risau demam dan cirit birit kan antara simptom denggi.. susah hati aku pikir.. aku bukan pandai sangat hal medic nih.. so biar doktor yang check.. ye dak..?

Lama jugak doktor bagi anak aku mc. Sampai rabu. Katanya demam memang panas.. dan biar rehat betul betul.. makan kat umah boleh control kalau sekolah nanti tak tau anak aku macam mana.. baiklah... aku kalau doktor tak bagi surat mc pun memang selagi anak aku tak sihat..takde nya aku nak bagi anak aku pi sekolah.. selain sebab nak jaga anak depan mata.. sebab aku taknak terjangkit kena anak orang pulak..naya! Macam aku suri rumah.. boleh lah tengok anak.. yang ibu ibu bekerja..achaner..? Jenuh nak amik cuti pulak nanti kan..

Yup..aku tak mau anak aku boleh menjadi punca masalah kepada orang lain pulak.. so selagi boleh cegah dan elak.. aku cegah. Aku elak.


malam tu lepas maghrib suami aku suruh siap.. dia nak bawak anak pi darul syifa, jumpa ustaz kat sana, amik air bacaan ruqyah dan air bacaan yaasin... gituh.. bagus tul suami aku nih.. perubatan moden dia boleh, perubatan islamic pun dia boleh.. huhu..

Nih dah tiga hari dah.. Alhamdulillah demam memang dah surut.. cirit birit je masih tinggal saki baki.. aku memang on time bagi anak aku ubat.. terutamanya ubat cuci perut tu.. harap harap menjelang esok pagi anak aku sihat sepenuhnya.. dah tiga hari tak pi sekolah.. banyak jugak tu tercicir pelajaran kan..?


Tetaplah....selagi anak aku tak betul betul sihat..selagi tu aku tak bagi dia pi sekolah.. biar sihat dulu ye anak..?

nih nak menunggu gigi tumbuh pulak... satu satu gigi susu anak aku nih luruh.. ada yang tengah goyang goyang.. ada yang mula nak goyang...kadang ada hari yang dia rasa tak tahan sakit gigi tu dia request lah kat aku masak bubur je... rasa macam baru semalam aku eksaited gigi pertama dia tumbuh...sekarang dah tunggu masa gigi susu semua jatuh.. sekejap nau masa berlalu..

hurm..

Ibu sayang anak tau!

ok..bai..!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.