Saturday, August 1, 2015

Sehari sebelum puasa

Setiap tahun rasanya semua umat islam eksaited, penuh gembira menanti bulan ramadan. Termasuk lah kami sekeluarga nih.. biasanya seminggu dua sebelum puasa tu mesti nak kemas rumah kaw kaw, lepas tu segala barang dapur pun nak top up.. semangat lain macam memikirkan nak masak untuk sahur dan berbuka tu..kan..kan..

Hehe..


So sehari sebelum nak puasa hari tu, aku ajak hakim pi beli barang dapur sikit.. top up apa yang patut, anak bertuah aku tu pulak request nak potong rambut pendek sikit.. huuhuu.. terasa betul anak aku dah besar.. sekarang dah mula request nak potong rambut.. huuhuu.. so sebelum ke mydin tu aku singgah la kejap kedai gunting rambut orang lelaki.. kasik pendek rambut budak hensem nih.. ^_^


Settle potong rambut tu aku tanya dia dulu, nak balik mandi dulu ke atau nak terus pergi.. yelah kadang lepas potong rambut kan tak selesa.. ada rambut yang jatuh lekat kat baju ke..kat badan ke.. tapi anak aku kata tak mau balik nak terus pergi beli barang je.. maka berdesup lah aku terus ke mydin..

Musykil aku masa tu.. orang tak ramai.. aku ingat orang akan ramai semua berpusu pusu nak beli barang.. meleset jauh sangkaan aku tu.. yang best nya boleh lah aku membeli dengan aman damai tenang tanpa sesak sesak langgar bahu huhuhu..



Aku memang suka masak sayur lemak kobis. Sebab senang. Heheheh.. so setiap minggu mesti akan ada lauk nih.. sayur lemak kobis. Lagi satu sayur bayam..tapi hari tu tengok bayam semua layu kaw kaw.. huhu..


Masak lemak ni pulak kalau nak buat pedas sikit.. memang kena letak sekali cili padi kan.. aku suka ambik cili padi kampung.. selalu ada merah dan hijau.. aku selalu leka pilih cili padi tu.. seboleh bolehnya aku nak ada dua dua warna tu bila tumbuk atau blend masak buat kuah tu nampak cantik je warnanya.. tak kisah lah gulai lemak tu putih atau kuning.. bila cilipadi tu timbul mesti nampak cantik warna nya, merah dan hijau..


Dan ntah kenapa aku sembang pasal masak masak pulak kan.. heheh :p
Haaaaa maklumlah nak puasa kan.. habis segala barang mentah kat mydin nih.. terkejut daku.. ingat takde orang ada banyak la pilihan makanan.. sekali tengok.. huhu.. agaknya semua orang dah keluar beli awal pagi lagi kot.. aku  je yang lambat membeli.. tapi elok jugak.. takde lah aku membazir beli banyak banyak kan..


Haaaa.. kad raya..! Tak sampai hati la aku nak kata tidak.. hehe.. beli lah nak.. ibu pernah jadik budak sekolah.. ibu paham..


Haaaaaa yang bab bateri ni aku lemah sikit..nak beli aku risau kang salah saiz..tak beli tak sampai hati.. memang anak aku tu ada dua tiga kali request dah nak beli bateri yang boleh cas untuk kereta control dia.. last last aku beli jugak, lepas call suami aku dalam dua puluh tiga kali.. hikhik.. lagi pulak orang kat bahagian elektrik tu kata kalau salah saiz boleh datang tukar.. haaaa.. boleh lah boleh lah.. nak sambut ramadan tu.. aku sungguh tak sampai hati nak hampakan anak aku..


Settle bayar semua cepat cepat balik.. yelah.. nak unpack balik segala barang yang beli.. nak susun simpan semua ambik masa.. dan aku pulak taknak la terlepas terawih kan..
Balik tu memang tak tengok benda lain dah.. tengok dapur je lah.. heheh..
Gitu lah.. sehari sebelum puasa tahun nih..

^_^

Kbai!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.