Thursday, September 17, 2015

Malasnya aku

Nak buat apa pun malas. Heheh.

Takde lah aku malas malas tu tak bersebab. Punca malas adalah sebab aku kurang sihat... bila kurang sihat..kurang tenaga..bila kurang tenaga.. rasa nak makan tidur makan tidur je lah..Gitu lah..

Hari ni jerebu kat area umah aku tak berapa kuat.. sejak pagi hujan turun sampai tengahari.. udara jadik segar sangat.. sampai anak aku pun sedar dia hirup udara segar.. terus ambik kesempatan ajak aku pi turun kolam.. lama tak berenang dah katanya..
Tengahari aku tapau nasi, terus tapau sekali lauk untuk makan malam. Dengan nasi putih pun aku beli je.. nak masak nasi pun aku rasa takde tenaga..



ikut hati malas nak teman anak aku ni berendam dalam kolam.. tengok muka dia tak sampai hati pulak.. kang mana tau esok lusa jerebu kuat balik.. huhu.. aku gagahkan jugak la diri aku teman dia.. awal awal aku dah cakap setengah jam je main air tu.. mujur gak anak aku nih dah besar..dah boleh paham ibu dia kurang sihat.. cukup setengah jam aku panggil naik.. laju je dia naik.. heheh..



Tetiba terasa dah besar pulak anak bujang aku nih.. kalau dulu kecik kecik bila dapat main air tu.. takde makna la setengah jam.. hahah.. tak lama lagi aku dah tak perlu teman dia jika dia nak berenang... hurm.. dulu anak aku kecik aku rasa tak sabar nak tunggu dia besar.. sekarang dia dah makin dewasa..aku pulak rasa macam..kenapa cepat sangat kamu membesar wahai anak.. heh.. manusia kan.. tak pernah nak puas hati.. cam nak lempang diri aku sendiri.. takmau hidup tak tau bersyukur.  Allah bagi banyak nikmat. Aku kena syukur.

Hurm.

Sempat jugak la aku pi singgah pos parcel kat customer,  lepas tu singgah kedai tupperware beli botol air untuk hakim.aku beli botol besar sikit tengah tengah musim jerebu cuaca tak menentu nih.. aku nak kalau boleh biar la habis sebotol air tu... nampak pulak orang jual keropok roda tiga tu.. heheh aku panggil keropok roda tiga.. rasa macam lama tak makan.. dua bungkus tu sepuluh hengget... boleh lah..


Huhu..

Banyak benda yang aku nak buat jadik tergendala. Aku nak habiskan gosok semua baju dan ambik gambar. Lepas tu aku nak pi usha kain untuk skirt . Lama dah tak jual skirt.. customer aku dah ada yang mula tanya.. kak dayah dah tak mau meniaga ke?
Ikutkan memang aku rasa macam dah malas nak meniaga. Heheh. Penat. Bila cerita pada dua tiga orang kawan dan ahli keluarga,  diorang kata sayang kalau aku stop sebab dah ada customer. Dalam kepala otak aku.. takde lah sampai aku nak stop terus. Cuma aku buat secara sambilan je..aku dah takde nafsu nak berniaga sepenuh masa.. 

sejak awal berniaga aku tak pernah niat nak jadi jutawan.aku cuma nak ada pendapatan supaya aku boleh berhenti kerja dan dapat jadik surirumah dapat tengok jaga anak aku..
Sekarang.. anak aku dah besar..tahun depan dah darjah empat..aku rasa macam nak kerja balik pun ada.. tengok lah cemana kan.. asalkan aku buat sesuatu yang aku suka.. tak sampai aku jatuh rugi.. hurm.. nampaknya aku kena pikir bebetul nih.. kalau nak kerja dengan orang semula..aku takkan bebas bergerak kesana kesini macam sekarang.. heheh..
Aku tengah tak sihat. Otak aku tengah mamai. Esok dah sihat aku kena pikir pikir balik bebetul.

Minggu depan raya haji. Aku tak kemas beg lagi..tak siap baju raya lagi.. huhu.. tak tau lah suami aku nak balik kampung ke tak raya haji nih.. haaaa kalau aku nak kerja..aku kena ingat tak boleh dah nak cuti cuti suka suka hati.. hurm..hurm..
Tidur dulu lah..

Subuh kang bangun harap harap sihat sikit dah..aamiin..!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.