Monday, September 28, 2015

Teringin makan kek

Heheh.. itu lah perangai aku hampir setiap minggu mesti nak makan kek.. kalau rajin sikit aku buat sendiri.. agak agak malas aku pi lah beli jer..


Bulan nih ikut kan aku makan kek lebih dah daripada sepatutnya sebab ada birthday adik aku dengan birthday mama. Tapi tu lah.. anak tekak agak mengada.. cukup time je gatal gatal merembes air liur teringin teringin nak kek.. semalam dekat pukul sembilan.. otak dan perut serta anak tekak bersama nafsu menghantar isyarat sesama sendiri hahahah.. giler ayat sains.. bangga cikgu sains tingkatan satu aku nih kekekeke...



Suami aku kat gym..cuma ada anak aku je.. jadik lah.. aku ajak teman pi beli kek.. lepas tu anak bertuah tu ajak aku makan je kat situ.. tengok jam dekat pukul 10.. kawasan sekeliling dah mula sunyi.. aku risau jugak.. tapi terpandang kek yang nampak menawan alahaiiii.. boleh lah... tarik kerusi terus menikmati kek kat situ juga..


Actually tak teringat pun nak ambik gambar bagai.. dah tua kan.. heheh tapi anak bujang aku rajin pulak nak hapdet insta dia... kemain mintak aku ambik kan gambar.. huhu.. terasa betul baby yang aku kendong itu telah mula menunjukkan ciri ciri berubah kepada remaja..
Settle makan kek, tengok jam sepuluh setengah.. dah alang alang keluar aku ajak la anak aku pi mydin kejap.. aku nak beli barang dapur sikit.. top up bawang bawang rempah ratus gula garam sikit..



Syok betul beli lewat macam tu.. takde orang langsung... eh..eh.. ada la..sorang dua manusia..yang lain semua pekerja mydin tengah susun susun sapu sapu kemas kemas.. first time aku nengok mydin buat house keeping.. kalau dulu harus semangat aku ambik gambar sana sini nak hapdet dalam blog.. hahah.. sekarang dah tua tua nih.. dah pandai segan segan dah... hahah takde lah aku nak ambik gambar tak tentu pasal dah..
Gambar anak je yang aku tak segan nak ambik kat mana mana pun.. hikhik..

Macam tak berapa puas hati lah beli bawang kentang halia kat mydin semalam.. :( last week aku beli kat pasar malam terasa fresh segala barang tu.. huhu.. hujung minggu nih nak cuba luangkan masa jejak pasar malam.. walaupun panas tanpa penghawa dingin takpelah.. puas hati beli barang barang semua fresh..


Ok lah..
Babai..!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.