Saturday, October 17, 2015

Aku nak update semua kisah holiday

Yeah begitu bersemangat aku taip title entry kekekeke tapi sungguh lahhhh aku tengah belek belek draft nih.. entry yang dua tiga tahun lepas pun ada terperap lagi.. ada yang aku dah masuk gambar takde apa cerita.. ada yang aku dah mengarang berjela jela satu gambar pun takde..hahah.. jenuh gak nak edit gambar... aku risau je lama lama sikit lagi aku langsung lupa segala pengalaman yang ada... haaishhh padahal itu lah tujuan asal aku buat blog.. aku nak cerita dan simpan kenangan nih untuk anak aku supaya dia boleh baca bila dia besar nanti.. kot kot aku dah arwah.. dia rindu kat aku.. kan..

Ok.. memula aku kena pesan lah nih.. anak..jika anak baca ni memang ibu dah arwah dan anak rindu ibu.. hadiah kat ibu alfatihah dan doa ok? Lepas tu rajin sikit baca yasin, lepas tu boleh lah sambung baca.. hehe.. terpikir pulak kan.. mesti anak rindu ibu yang garang nih pom pang pom pang kan...? Huhu..

Ok sementara hidup nih haaaaaa aku kena lah kuat semangat sikit nak kongsi cerita nih.. kadang semangat kemainnn lagi nak hapdet..lepas tu ternampak blog orang tu title entry menarik..singgah baca jap.. lepas tu nampak blog ni pulak.. lepas tu kang boleh sangkut baca entry lain.. hahah kadang aku leka baca blog orang last last blog sendiri tak jugak update..

Nih aku tengah habiskan cerita pasal pi cuti kat bukit gambang hari tu.. rasa nya tu la last aku pi cuti cuti malaysia tahun nih.. akhir tahun nih cuti sekolah aku ingat nak bawak anak aku jalan jalan jugak.. cam tak sempat pulak.. dengan aku nak buat majlis khatan dia.. dengan family aku ada nak buat majlis kenduri.. dengan aku nak balik kampung sebab musim buah..heheh..

So... next year jika panjang umur insyaAllah cuti cuti malaysia... boleh lah aku kumpul duit banyak sikit kan.. tak payah tidur kat hotel bajet kalau dapat kumpul duit banyak sikit boleh lah tidur kat hotel bintang bintang kannnn.. :p

Ok lah.. aku nak sambung perabih makan... Alhamdulillah rezeki Allah bagi... ^_^


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.