Tuesday, October 27, 2015

Bila anak nak periksa

Setiap kali anak aku nak periksa.. mesti aku yang rasa nervous kekekeke sejak dia kecik dulu lah... seingat aku sejak dia nak periksa time tadika dulu pun aku rasa macam ada rama rama terbang dalam perut heheh dulu ku sangka kan bila anak aku dah besar hilang lah rasa nervous aku tu... tidak bhaiiii tidakkkk... perasaan itu tidak hilang malah semakin meningkat kadar peratusan nervous tu lebih tinggi dari peratus kenaikan tol silk highway baru baru nih... bahahahah.. tetiba terkait pulak pasal tol kan...

Tapi memang gila lah...silk highway dari singgit jadik singgit lapan posen..huhu.. Ok..nak cerita pasal anak aku nak periksa..bukan pasal kadar kenaikan tol ^_^



So biasanya dua tiga hari sebelum periksa satu satu matapelajaran tu aku akan ajak anak aku ulangkaji.. biasalah kan budak sekarang nko tanya pasal kartun ke pasal main ke lajuuuu je nko akan dapat jawapan..cuba tanya nama cikgu mata pelajaran english...hahah aku rasa ramai je yang terkial kial nak jawab terutamanya budak budak lelaki.. jangan kan cikgu.. anak aku tu kadang aku tanya nama kawan dia yang itu yang ini pun selalu dia selamba jawab "hakim tak ingat nama kawan tu" hahaha nko ghase? Aku rasa cam nak pangggg kan je anak aku tapi tak sanggup pulak..kesalahan kecik je pun tak ingat nama orang kan..



Yang buat aku bakal naik hanginnn yelah bila aku tanya.. hakim ingat tak macam mana bundarkan nih belajar awal tahun nihhhh dan anak aku jawab.. "tak berapa nak ingat lahhh ibuuu" haaaaaa memang memang memang lah aku geram pasal dah lah aku sendiri tak berapa nak ingat hahahaha tak pasal pasal aku pulak nak kena dok ulangkaji sama ngan anak aku... hahah siyes lah aku geram tau aku nih dah lahhh lemah maths..huhu.. sampai watsap watsap lah dengan adik badik aku dalam grup kat watsap tu..sekali dengan mama joined menjawab soalan ulangkaji matematik tahun tiga..!



Mujur juga sekali dua tunjuk kat anak aku dia mula ingat semula dan tahu cara nak bundarkan nombor nombor tu semua.. aku siap buat soalan extra la nak tengok betul ke anak aku paham.. soalan last sekali dia jawab salah dan sungguh unexpectedly mama aku yang perasan jawapan tu salah kekekeke tak cukup rajin je aku nak screen shot segala persembangan kat watsap grup tu.. heehee kalau rajin memang aku tepek dah sekali kat entry nih.. esok besar besar biar hakim baca sendiri..heheh.. Tapiiiiiiiii ku tak cukup rajin lah nak scroll balik watsap semalam tu huhuh..



Semalam tapau habis ulangkaji untuk matematik.. moga moga tak banyak sikit yang aku dok ulangkaji dengan anak aku tu boleh buat dia ingat sedar dan tahu betapa ibu dia nih sayang kat dia hahah yelah sungguh daku tak suka maths ntah kenapa sampai tingkatan lima aku hadap add maths aku pun tak tahu hahah.. tapi aku memang tak suka matematikkkk.. kalau "kira kira" duit tu aku suka lahhh hahah orang meniaga lah katakan.. ^_^


Dari meja bilik ke meja depan tv sampai ke tilam.. takdelah aku kisah anak aku tu nak meniarap nak duduk ke asalkan dia nak belajar nak buat homework nak ulangkaji kalau dia rasa nak berdiri dua jam atas bangku sambil buat kerja pun aku tak kisah.. yang penting anak aku tu nak belajar dan dia rasa selesa..hikhik..

Lapar  pulak rasa..malas nau nau pulak rasa nak masak.. uwaahhh..
Babai!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.