Thursday, October 15, 2015

Cara buat puding roti yang mudah

Meh lah daku share sikit cara cara buat puding roti yang mudah yang senang yang simple yang tak penat pun yang penting kena rajin kalau tak berapa rajin kang bersepah lah dapur...  heheh..

Hari tu kan anak kesayangan aku teringin nak makan puding roti kan.. dan memang dah lama sangat pun aku tak buat puding roti.. sampai aku lupa cemana nak buat nya.. kena lah aku usha pulak resepi mujur google ada.. huhu.. so aku rasa nekad lah nak share kat blog sendiri so next time kalau lupa aku  bukak je blog sendiri.. hikhik..



Mula mula,aku sapu semua roti tu dengan mentega. Lepas tu aku tabur kismis dengan gula..susun susun roti dalam kuali ajaib kepunyaan mak aku...ye aku guna kuali serbaguna yang konon "ajaib" tu..... nak beli mahal so aku import dari umah mak aku je.. ngeee ^_^ boleh je letak dalam loyang kalau nak bakar dalam oven atau dalam mangkuk pun boleh kalau nak kukus cuma kalau kukus tu make sure tutup dengan foil sebab tak mau air wap menitik dalam mangkuk tu..huhu..

Settle susun susun roti letak kismis dengan gula, masukkan susu yang telah dicampur dipukul pukul sampai sebati dengan telur. Memula aku guna segelas susu dengan dua biji telur, tuang tu nak bagi resap ke dalam roti dulu..

agak agak roti tu dah kembang semua susu dan telur tu.. aku tambah pulak susu yang aku dah tambah dengan satu sudu kecik tepung custard dan sedikit garam.ye..... aku masak apa pun memang suka letak garam sikit... ^_^ aku buat teh pun aku letak dua tiga biji garam tau.. hehe.. ^_^



Ok tuang susu tu ngam ngam.. segala bahan yang cecair cecair tu betul betul ngam ngam, tak boleh lebih lebih sangat kang kembang lain macam pulak puding roti tu... make sure semua tu ngam ngam roti tau!

Lepas tu aku letak atas dapur gas..  aku saja guna periuk ajaib, saja nak try test cuba tengok.. aku ada hati nak beli segala kuali periuk ajaib nih.. tengok mak aku masak guna perlu kuali tu macam best je..tapi tu lah.. mahal sikit harga nya tu.. aku tengah himpun duit lagi nih.. harap harap minggu depan order baju skirt banyak sikit lah.. dah minggu gaji kan.. huhu.. bulan nih aku memang nak kena beringat nih tak boleh beli itu beli ini suka suka hati.. kena simpan duit sikit untuk beli baju buku sekolah semua akhir tahun nanti..huhu..

Kan best kalau br1m dapat setiap bulan... hahah tetiba cakap pasal brim.. :p

Ok.. balik pasal puding roti.. sebab aku guna kuali ajaib tu.. so dalam sepuluh minit ke lima belas minit ke.. aku akan usha usha bukak penutup tengok check.. first time buat cara macam nih..risau jugak tak jadik.. dekat 40 minit jugak la puding roti aku tu duduk atas api..aku bukak api sederhana je..tak kecik sangat tak besar dan akhirnya siap jugak...

Alhamdulillah menjadi jugak eksperimen kecik aku hikhik.. memang periuk ajaib nih sebenar nya memudahkan.. dengan non stick dengan cepat.. huhu.. makin kuat semangat aku nak himpun duit nih nak jugak beli kuali periuk ajaib nih sendiri...huhu..



Ok... dah siap masak, sejuk kan sekejap.. sementara tu sempat la aku bancuh milo untuk anak aku.. petang petang  makan puding roti tu dengan susu cair...Pergghhh.. memang merecik lah kan bak kata kata budak zaman sekarang.. 
hikhik..

Ok.. itu je nak cerita.. tapi tu lah..dalam nak cerita pasal resepi tu..boleh pulak aku sesat barat sembang pasal hal lain kan..?Hahah..gini lah makcik makcik macam aku nih.. membebel tu memang satu kepakaran semula jadi.. :p

Ok babai!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.