Monday, October 26, 2015

Habiskan mee

Hari tu aku beli mee tu paket besar, separuh dah goreng.. tinggal lagi separuh tersorok dalam petiais..mujur aku teringat.. dok pikir pikir nak masak apa breakfast nanti.. aku memang dah pikir dah nak buat cengkodok atau bahasa sedap dengarnya cucur lemak manis hikhik.. tengah tengah goreng tu lah aku dok teringat ada baki mee lagi dan kalau aku tak goreng jugak..risau nau nau expired.. mee bukan boleh tahan lama sangat kan kan kan..

So aku goreng jugak lah mee.. top up telur goreng sekali.. kira heavy jugak kan breakfast cenggini... elok lah sarapan kenyang kenyang nak buat kerja seharian pun senang hati je kan..kan.. Bukan selalu pun aku rajin nak masak banyak cenggini pagi pagi :p sesekali sesekala je nih.. "terpaksa rajin" heheh.. tak rela pulak daku kalau mee tu expired rosak begitu saja..terasa sangat membazir nya.. huhu..



Settle breakfast nih..banyak keje nak buat nih.. biasalah..senin kan.. sikit banyak tu monday blues tu memang ada.. ^_^ kepala otak memang ingat nak sambung tidur je...hahah.. tak boleh lah.. anak sekolah dengan minggu periksa nih.. haaiisshhh gitu lah ya.. aku rasa "peperiksaan"nih memang akan sentiasa menghantui aku la agaknya.. aku ingat dulu aku dah habis sekolah merdeka takde periksa nak kena hadap dah.. sekali ada periksa anak pulak.. dua puluh tiga puluh tahun lagi agaknya aku nak berdebar kerana cucu aku pulak nak periksa... kekekeke begitu jauh aku memandang masa depan.. ^_^
Ok..sekarang aku nak pandang makanan dah.. 

kbai..!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.