Tuesday, October 20, 2015

Mudah sangat, cara buat cengkodok pisang

Siyes aku tak pandai buat cengkodok pisang.. bukan cengkodok pisang je..actually segala jenis cengkodok aku tak berapa pandai nak buat.. kalau makan tu iye aku expert.. behehhehheh..

So..aku nekad nak fokus belajar buat cengkodok pisang..banyak kali aku google tapi tak jumpa blog yang dapat ajar aku cara buat cengkodok pisang yang simple.yang mudah.yang lazat.

Satu hari tu aku cuba usha kat you tube.. sekali aku nampak kat channel inspirasi 111 ada video dapur bujang ramadan..ajar cara buat cengkodok pisang dan memang nampak macam betul betul mudah.. so one day aku try buat sendiri cengkodok pisang yang sedap itu..

Memang sangat sangat mudah.



First,  lenyek pisang sampai hancur.



Kemudian, masuk kan tepung perlahan lahan dan gaul sebati..


Lepas tu, masuk gula dengan garam. Gaul lagi bagi betul betul sebati.


Settle tu, cuit sikit tepung tu..rasa.. sedap ke tak sedap. Cukup tak garam. Cukup tak gula..kalau ada rasa kureng kat mana mana tu adjust la tambah tepung ke..tambah garam ke..tambah gula ke..  dah puas hati segala tadi tu.. panaskan kuali tuang minyak masak.. mula lah menggoreng...! Sekejap je.. siap..!



Senang sangat. Mudah sangat.
Nkorang pun patut cuba.. hehe..
^_^

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.